❉ ❉ ❉
"Tuanku keluar dari Istana ni dengan siapa?" Soal Daeha sepanjang jalan menunggang kuda bersama Puteri Soohyung di belakang.
Sepanjang jalan sehingga lah pukul 12 malam , di mana beberapa meter lagi pasukan berkuda Daeha akan tiba di hadapan pagar masuk Kota Hanyang , wajah Soohyung sentiasa redup mengingati tentang Taehyung.
"Dengan Jimin." Balas Soohyung dalam nada yang sangat perlahan dan layu.
Rindu pada abangnya itu masih lagi mekar tetapi siapa dia mahu membantah arahan lelaki itu? Bukan dia tidak kenal Taehyung tu macam mana. Kalau dia mengarah orang , dia malas lakukan benda tu berkali-kali.
Bagi nya , hanya menyusah kan sahaja.
Tapi dia rindu lelaki tu !!!!
Soohyung menghela keluhan berat.
"Jimin? Pengawal yang di arahkan untuk menjaga Tuanku ke? Takkan dia tak jaga Tuanku baik-baik?" Soal Daeha agak pelik.
Soohyung tidak menjawab malah dia hanya diam dan mengeratkan lingkaran pada pinggang Daeha. Belakang badan lelaki itu di jadikan tempat untuk berbantal sebelum matanya mula tertutup rapat.
"Panjang ceritanya Daeha. Sekarang soo nak tidur. Mengantuk." Ucap Soohyung sudah lemah dan tidak mampu untuk bercakap akibat perasaan mengantuk yang melampau.
"Tuanku nak tidur , tukarlah posisi , nanti Tuanku jatuh." Balas Daeha membuatkan Soohyung mencebik geram. Tidak lama kemudian , pelukan pada tubuh lelaki itu serta-merta di lepas.
"Jalan je lah. Saya tak mati pun kalau jatuh." Marah Soohyung lalu menyambung semula tidurnya pada bahu Daeha.
Tanpa membuang banyak masa , Daeha dan pasukan nya meneruskan perjalanan sehingga lah tiba di Istana tepat waktu 1 pagi.
❉ ❉ ❉
RUMAH YEONCHANG
0100 ,Sejak tadi aku masih lagi tidak berjaya melelapkan mata. Sebaliknya aku masih setia duduk di balkoni rumah menghirup udara segar biarpun diri ini sudah rasa mengantuk tahap dewa.
Aku sendiri tidak tahu apa yang merasuki aku untuk tidak melelapka mata di saat ini. Mungkin aku baru sedar yang si 'Taesoon' tu langsung tak pulang ke rumah sejak petang tadi.
Dia merajuk dengan aku ke?
Atau dia dah tinggalkan kampung ni?
"Hm , kemana lah di malaun tu pergi." Ujarku sambil mengusap tubuhku kasar untuk mendapatkan sedikit haba panas. Malam ni terasa sangat sejuk , haih , ini yang tak suka ni.
Krekk.
Tiba-tiba sahaja satu suara asing menganggu ruang pendengaran aku dengan jelas. Secara automatik , kepala aku menoleh ke kiri , di mana bilik tidur aku yang di huni oleh 'Taesoon' itu adalah punca segala suara yang bising dan menganggu pendengaran itu.
Kening aku mula bertaut.
Dia dah balik ke?
Hanya tu sahaja yang bermain di kepala aku sekarang. Adakah itu Taesoon atau pencuri? Atau , lelaki berhanbok hitam yang membunuh tentera Ansi itu?
Niat ingin tahu semakin membuak.
Tanpa membuang banyak masa , aku terus sahaja berdiri lalu mendekati bilik tersebut. Lilin yang aku hidupkan di dalam bilik itu petang tadi masih lagi bercahaya. Dan bayangan seorang lelaki jelas kelihatan dari pintu tersebut.
YOU ARE READING
[COMPLETED] 너의 편 | SIDE OF YOU feat Kim Taehyung
Historyczne2019 FAN FICTION | MALAY Pada suatu masa dahulu, Di zaman joseon. Fanfiction + Action + Romance Originaly written by © luckisscars ×××××××××××× AMARAN ! : languages roller coaster : super redicilous and annoyed : berminat menjadi cacing? sila baca p...