15 : Confession

1K 169 70
                                    

❉   ❉   ❉

"Maafkan saya Tuan , tapi ada seorang lelaki kampung yang serang saya secara tiba-tiba. Dia , dia ada cakap yang dia ialah seorang Putera." Ucap seorang pengawal bawahan Istana yang di sahkan cacat apabila sebelah dari tangan nya sudah di potong oleh seorang lelaki kampung.

Lelaki Kampung? Oh sangat mustahil untuk berani memenggal tangan pengawal Diraja. Melainkan manusia itu memang gila.

"Lelaki kampung yang gelar diri dia Putera? Gila ke dia tu? Mabuk?" Balas Tuan Kang Goseul sambil mengukir sengaris senyum sinis.

"Dia tidak tahu kah yang Yang Mulia hanya ada seorang Puteri dan bayi yang belum di ketahui jantina nya? Atau lelaki itu asal dari Kampung yang bukan di label sebagai penduduk Hanyang?" Tambah Goseul mula menunjukkan rasa amarahnya kepada lelaki yang sudah menganggu misi nya.

"Dia serang kamu selepas kamu lalu Kampung Gayu bukan? Jadi maksudnya , dia kemungkinan penduduk Rumah Yeonchang. Tapi , bukan lah Rumah Yeonchang hanya ada penduduk perempuan saja?" Goseul mula ligat berfikir.

"Tapi , dia suruh saya sampaikan benda ni dengan Tuan." Sampuk pengawal itu serta-merta membuatkan Goseul menoleh ke belakang.

"Apadia?" Goseul mengerutkan keningnya. Macam mana lelaki kampung itu tahu yang pengawal Istana ni berkerja di bawah seseorang?

"Kalau Tuan ada niat jahat lagi dengan permaisuri , dia akan penggal kepala Tuan." Jujur pengawal tersebut. Dia sudah cukup trauma hendak berhadapan semula dengan lelaki itu.

"Siapa lelaki kampung itu? Kenapa dia cukup tahu tentang rancangan saya terhadap Permaisuri?" Goseul mula menghela nafas kasar.

"Saya tak kenal dia langsung Tuan. Tapi , wajah dia , sangat mirip Yang Mulia. Kalau Tuan pandang sekali , dah boleh tahu dia lah Raja Taeseok masa muda dahulu." Jelas pengawal itu bersama tangan nya yang mula terketar-ketar.

"Persis Yang Mulia?" Goseul mula tersenyum kecil.

"Tidak mengapa. Biar saya saja yang datang dan berjumpa dengan lelaki kampung itu hari ini. Nanti beritahu dengan Yang Mulia saya dan beberapa orang pengawal atasan keluar untuk melawat penari-penari dari Rumah Yeonchang." Jelas Goseul di balas dengan satu anggukan kecil oleh pengawal tersebut.

"Kalau dia asal dari Rumah Yeonchang. Pasti ini semua di sebabkan Han Jiyoung." Sinis Goseul bersama pandangan mata yang cukup berdendam dengan lelaki kampung itu.

Goseul terus mendapatkan kuda bersama empat orang pengawal atasan Istana yang sudah cukup mendapat latihan untuk mempertahankan diri. Cukup sesuai untuk menangkap seorang lelaki kampung yang sudah memenggal tangan seorang pengawal.

Tujuan utama nya kini ialah Rumah Yeonchang.

❉   ❉   ❉

RUMAH YEONCHANG
09:00 am

"Wuaghhhh!"

"Eh Hyun. Menguap tu tutup lah mulut. Tak baik anak dara macam tu tau? Nanti tiada siapa nak kahwin dengan kamu." Tegur Ahjumma Han selepas melihat perilaku aku tak ubah seperti budak-budak kecil sedangkan umur aku sudah mencecah 19 tahun.

"Memang tiada siapa pun nak kahwin dengan Hyun. Kat sini kan manada lelaki. Memang membujang sampai tua lah maksudnya saya ni Ahjumma." Balasku di akhiri dengan helaan nafas yang cukup berat.

Aku tertanya juga , macam mana Rumah Yeonchang yang hanya ada dua orang lelaki sebagai pengawal saja , tetapi ada juga wanita yang mengandung sedangkan suami takde?

[COMPLETED] 너의 편 | SIDE OF YOU feat Kim TaehyungWhere stories live. Discover now