❉ ❉ ❉
"Bonda. Ada sesuatu yang Soo tak tahu ke?" Soal Soohyung bersama kerutan di dahi nya. Anak mata gadis itu tidak lari dari memandang kearah Bonda nya yang dari tadi masih terlakar segaris senyuman pada bibir merah jambu nya.
Kesana kemari di dalam kamar tanpa memikirkan bahawa dia itu adalah Ibu mengandung.
"Bonda senyum sampai ke telinga tu , ada berita baik yang Soo belum dengar ke?" Sekali lagi Soohyung membuka mulutnya untuk menyoal.
Namun reaksi Bonda nya tetap sama , masih bergelar bersama senyuman di bibirnya.
"Bonda." Soohyung mula merengek. Tak pernah-pernah bonda nya memulaukan dia sebegini rupa.
Soohyung mula melangkah kearah Permaisuri Go Mirae. Lengan wanita itu di rangkul membuatkan langkah kaki bondanya serta-merta terhenti.
"Bonda , kenapa taknak beritahu Soo? Soo pun nak tahu apa yang buat bonda gembira sangat ni." Soohyung mula membuat muka persis seorang kanak-kanak comel.
Permaisuri Go Mirae mula tersengih manis sebelum pipi Soohyung di tekup rapat.
"Bonda gembira sebab anak bonda sihat. Kena lagi esok ialah hari perayaan dia. Mestilah bonda gembira." Jawab Permaisuri Go Mirae lalu meleraikan rangkulan pada tangan nya.
Soohyung mula mengemam bibirnya rapat. Mata bulat milik gadis itu mula memandang bonda nya dalam.
"Mesti cakap pasal oppa lah tu." Kritik Soohyung sambil kaki nya berjalan menuju kearah pintu keluar kamar Permaisuri.
Bayangan Daeha di cari.
"Mana pula Daeha ni? Dah nak dekat malam , masih tak muncul-muncul. Takkan lah dia lupa kot." Kata Soohyung mula membuat andaian sendiri.
"Tuanku?" Satu suara lelaki yang tiba-tiba sahaja menyergah Soohyung dari arah belakang membuatkan gadis itu terkejut beruk.
Badan nya di toleh.
"Park Jimin!" Soohyung menjerit kecil sambil tangan nya ligat menampar kuat lengan milik Jimin.
Jimin yang tak tahu apa-apa itu hanya mampu mengerang kesakitan. Silap haribulan , boleh koyak kulit dia di sebabkan tamparan padu dari Soohyung.
"Awak ni suka sangat tegur mengejut macam tu. Saya tak suka lah!" Soohyung mula menghamburkan amarahnya kepada Jimin.
"Saya mana lah tahu Tuanku tengah fokus mencari. Tapi , Tuanku cari siapa? Cari saya ke?" Soal Jimin cuba mengubah topik perbualan.
Soohyung yang terkejut dek sergahan Jimin sebentar tadi naik mengurut-urut dadanya. Degup jantung sendiri pun dia sudah boleh rasa. Terkejut sangat gamaknya.
"Saya nak cari Daeha. Awak ada nampak dia?" Soal aku kepada Jimin.
"Daeha? Daeha mana?" Kali ini giliran Jimin pula yang menyoal.
Soohyung terdiam sejenak sebelum kepala nya mula terangguk-angguk sendiri.
"Awak tak kenal eh siapa Daeha?" Pertanyaan Soohyung di balas dengan gelengan kecil dari Jimin.
"Alah yang muka pucat tu. Mata sepet , hidung mancung. Senyuman bak bidadari tu. Tak kenal?" Kata Soohyung mula memberitahu Jimin ciri-ciri seorang 'Daeha'.
Jimin mula mendongak memandang kearah siling. Sel-sel otaknya mula berhubung sekali mahu mengimbas semula memori-memori sebelumnya.
Siapa Daeha?
"Yang hantar saya pulang haritu? Awak masih tak ingat?" Sekali lagi Soohyung cuba memberi sedikit bantuan ingatan untuk Jimin.
Lama Jimin berfikir sebelum dia mula terangguk-angguk sendiri.
![](https://img.wattpad.com/cover/206606465-288-k282179.jpg)
YOU ARE READING
[COMPLETED] 너의 편 | SIDE OF YOU feat Kim Taehyung
Ficção Histórica2019 FAN FICTION | MALAY Pada suatu masa dahulu, Di zaman joseon. Fanfiction + Action + Romance Originaly written by © luckisscars ×××××××××××× AMARAN ! : languages roller coaster : super redicilous and annoyed : berminat menjadi cacing? sila baca p...