❉ ❉ ❉
"Awak buat apa kat sini?" Soal aku lalu mengambil tempat duduk di sebuah batu yang besar. Jauh dari lelaki tu , dan jauh dari sungai. Selamat sikit.
"Ambil angin? Kenapa? Salah ke?" Soal Taehyung kembali. Di tangan nya ada sebatang ranting kayu nipis yang di gunakan untuk mengukir sesuatu di atas lantai pasir tersebut.
Udara pagi yang terasa sedikit sejuk dan nyaman membuatkan suasana sangat tenang. Tetapi tidak tenang apabila tiba-tiba wajah aku di basahi dengan beberapa titisan air.
Aik? Takkan lah hujan?
"Woi! Termenung apa tu." Kata Taehyung sambil tangan nya ligat melibaskan tangan nya kepada aku. Sah , memang dia lah punca hujan palsu ini.
"Yah! Berhenti lah! Awak nak saya humban guna batu ni ke?!" Ugut ku bersama nada suara yang sangat kuat.
Taehyung menghentikan perbuatan nya sebelum bibirnya mula menguntum sengihan kecil. Tangan nya yang terkena sisa pasir dia basuh mengunakan air sungai tersebut. Kesan darah yang terpalit sedikit di kasutnya di bersihkan secara perlahan dan tersembunyi dari si gadis.
Aku pula sedang sibuk mengelap wajah sendiri. Entah-entah dia pegi humban sekali air liur dia kat muka aku. Ee kotorlah!
"Ada apa kau datang sini jumpa aku? Rindu eh?" Soal Taehyung yang sudah berdiri dari tempat duduknya lalu menapak kearah ku.
"Manada saya rindu awak. Kalau awak lari terus dari tempat ni lagi bagus." Aku menjeling Taehyung tajam.
Lelaki itu hanya tergelak kecil sambil sibuk membersihkan sisa pasir yang melekat pada belakang baju nya. Sekali sekala anak mata ku tidak lari memandang kearah lelaki tersebut.
Bukan nak kata apa lah tapi , pakej wajah seorang 'Kim Taesoon' ni cukup. Tapi tak layak di gelar perfect kerana tiada adab.
"Taesoon." Nama lelaki itu aku panggil.
Sedar akan nama nya di seru , Taehyung pantas mengalihkan mata nya kearah ku. Keningnya di jongket sambil menantikan ayat seterusnya yang akan meluncur keluar dari bibir ku.
"Awak ada keluarga?" Soalan aku membuatkan Taehyung tersedak air liur sendiri.
"Siapa je yang tiada keluarga? Kau anak yatim sekali pun , orang lain yang kau rapat boleh je di gelar sebagai keluarga." Kata Taehyung seolah-olah memberikan aku nasihat.
Pasal tu , aku tiada masalah sebab aku , Jaehee dan Ahjumma Han sudah seperti keluarga biarpun aku sebenarnya hanya menumpang kasih sahaja.
"Saya maksudkan awak. Awak punya keluarga masih hidup ke?" Soal aku separa berbisik kerana aku takut , 'Taesoon' juga salah seorang anak yatim.
"Ada. Aku ada omma , aku ada appa , aku ada adik. Aku sayang dorang. Tapi , aku tak boleh jumpa dorang."
"Sebab apa?" Aku mengerutkan keningku. Kenapa dia tak boleh jumpa keluarga dia?
"Oh okay , saya faham." Aku terus mendiamkan diri selepas menghadam semua kata-kata. Kemungkinan besar 'Taesoon' maksud kan yang semua ahli keluarga dia sudah mati. Jadi dia tak dapat jumpa dorang lagi.
"Aku dengar nama kau dan Ahjumma Han sangat beza. Kau , anak Song? Ahjumma Han tu makcik kau?" Tanya Taehyung lalu melabuhkan punggungnya di atas rumput-rumput pendek bersebelahan dengan tempat duduk aku.
"Eh taklah. Saya dan Ahjumma Han langsung tiada pertalian darah. Jaehee tu anak kandung Ahjumma Han. Saya ni cuma anak angkat je." Jelasku sebelum kepala mula di tundukkan memandang kearah jemari sendiri.
YOU ARE READING
[COMPLETED] 너의 편 | SIDE OF YOU feat Kim Taehyung
Ficção Histórica2019 FAN FICTION | MALAY Pada suatu masa dahulu, Di zaman joseon. Fanfiction + Action + Romance Originaly written by © luckisscars ×××××××××××× AMARAN ! : languages roller coaster : super redicilous and annoyed : berminat menjadi cacing? sila baca p...