❉ ❉ ❉
Mood aku tak sama seperti hari yang selalu nya. Dulu aku selalu keluar rumah dan berjalan-jalan. Selalu tersenyum dan berborak dengan semua penduduk Rumah Yeonchang tanpa sebarang masalah.
Tapi hari ini.
Dari tadi aku asyik duduk termenung di dalam bilik Ahjumma Han. Langsung tidak terfikir untuk keluar ataupun menjenguk dari jendela. Aku hanya duduk bersandar pada dinding sambil memeluk lutut sendiri.
Aku sedih tapi tak dapat menangis.
Aku mengantuk tapi tak dapat tidur.
Aku marah tapi tak dapat menjerit.
Aku hanya mahukan ketenangan dengan cara duduk seorang diri dalam gelap dan melayan perasaan. Bersendirian buatkan hati aku tenang. Sangat tenang dan tenteram.
"Kim Taesoon , semalam kamu ke mana? Kenapa petang kamu tak balik?"
Dengar sahaja nama lelaki itu di sebut.
Aku terus mengulingkan biji mata keatas. Apasal lah kau balik ke sini lagi? Senang hati aku kalau kau pergi terus dari sini. Atau lebih bagus kalau kau mati terus.
Skreett !
Tiba-tiba sahaja cahaya menembus masuk ke dalam ruangan yang gelap dan sunyi ini. Ahjumma Han yang sedang berdiri di hadapan pintu aku pandang dengan pandangan yang redup.
Entah kenapa anak mata aku jatuh kearah 'Taesoon' yang berdiri tidak jauh dari Ahjumma Han. Wajah lelaki itu langsung tidak mempamerkan sebarang riak bersalah. Malah dia hanya memerhati dengan pandangan yang kosong.
Lelaki itu aku jeling.
"Hyun sayang. Sampai bila kamu nak berkurung dalam bilik Ahjumma ni? Kamu dahlah belum makan." Risau Ahjumma Han. Bergetar suara nya menahan rasa bersalah kerana membuat anak yatim seperti Haehyun sedih dan terasa hati dengan nya.
Pelukan pada lutut aku eratkan.
"Hyun tak lapar." Jawab aku cukup ringkas dan padat membuatkan Ahjumma Han mengeluh berat.
"Kalau Ahjumma tak suka Hyun kat bilik ni , Hyun boleh pergi bilik sendiri." Kataku lalu berdiri dari tempat duduk. Jujur saja , punggung aku sudah rasa kebas akibat lama duduk.
Tubuh Ahjumma Han aku lintasi dengan perlahan lalu mengorak langkah ke kanan. Belum sempat aku menghabiskan tiga langkah , sepasang kaki asing menghentikan langkah aku di hadapan.
Perlahan-lahan aku mendongak , memandang tepat kearah wajah manusia yang sudah menjadi tembok penghalang destinasi aku.
"Apa awak nak? Tepi lah , saya nak masuk bilik saya." Kataku dalam nada yang perlahan dan boleh aku katakan sebagai lemah.
Aku sudah rimas dengan sikap tidak betul 'Taesoon'. Sekejap baik , sekejap menyakitkan hati. Aku tak kenal dia dan dia nampak macam kenal aku. Dia tahu di mana kemarahan aku sedangkan kami baru sahaja berjumpa.
Atau 'Taesoon' ni jenis lelaki yang suka menganggu kebahagiaan orang?
"Kalau kau sayang Ahjumma macam omma kau sendiri , kau dengar cakap dia. Bukan tunjukkan sikap tak hormat kau dengan orang tua macam ni." Kata-kata Taehyung di sertakan dengan helaan nafas kasar di hujung ayatnya.
Kedua belah tangan lelaki itu di lingkarkan ke dada. Mata nya tidak lari dari memandang tepat kearah ku.
"Awak pun tak hormat saya." Aku membidas kata-kata lelaki itu lalu menjeling dia tajam. Ada hati nak pesan orang sedangkan dia sendiri tak sedar yang dia pun tengah kutuk diri sendiri.
YOU ARE READING
[COMPLETED] 너의 편 | SIDE OF YOU feat Kim Taehyung
Narrativa Storica2019 FAN FICTION | MALAY Pada suatu masa dahulu, Di zaman joseon. Fanfiction + Action + Romance Originaly written by © luckisscars ×××××××××××× AMARAN ! : languages roller coaster : super redicilous and annoyed : berminat menjadi cacing? sila baca p...