20 : I Am The King

1.8K 172 70
                                    

❉   ❉   ❉

"Tuan , ada seorang perempuan nak jumpa. Katanya nak hantar ubat." Ucap seorang lelaki berbisik tepat pada telinga kanan milik Goseul.

Lelaki itu yang sibuk menyaksikan persembahan tarian itu terus mengalihkan perhatian nya. Teringat akan misi nya , lelaki itu tersenyum sinis.

Sempat lagi mata nya melirik kearah Raja Taeseok dan Puteri Soohyung yang di iringi masuk semula ke dalam Istana.

Tanpa membuang banyak masa , Goseul terus bangkit dari tempat duduknya lalu mengekori langkah pengawal Istana tersebut. Mata nya tertancap kearah sekujur tubuh seorang gadis yang memakai hanbok biru putih.

Goseul memerhati wajah gadis itu lama sebelum tangan kanan nya di lihat. Parut dari panah milik gadis yang menyelamatkan lelaki kampung tersebut masih meninggalkan kesan pada tangan nya.

Bibir tua itu mula menarik senyum sinis.

"Bawa pesalah ni masuk ke dalam Istana sekarang. Yang Mulia pasti akan menghukum dia." Arah Goseul secara tiba-tiba.

Haehyun terdiam sejenak. Bukan lelaki tu nak ubat ni ke? Kenapa dia gelarkan Haehyun sebagai 'pesalah?'

Tanpa sebarang arahan , kedua belah tangan Haehyun terus di rangkul lalu di tolak masuk ke dalam Istana. Melihat kearah kejadian itu , Goseul mula tersenyum sinis.

Mata nya melirik kearah beberapa orang pengawal Istana yang boleh di katakan sebagai 'bekerja di bawah' nya.

Malam ini , dia akan menundukkan semua rakyat dengan kehebatan nya. Atau lebih tepat lagi , dia akan merampas takhta tepat pada malam ini.

❉   ❉   ❉

Ahjumma Han mengerutkan kening nya sebaik sahaja terlihat seorang lelaki berkuda masuk ke dalam kawasan Rumah Yeonchang. Wajah lelaki itu di tutupi dengan kain membuatkan Ahjumma Han sukar untuk melihat siapa kah lelaki itu.

Di tambahkan lagi cahaya lampu yang agak malap semakin menyukarkan pengelihatan Ahjumma Han.

Lelaki berkuda itu turun dengan selamba. Kakinya di atur mendekati rumah Ahjumma Han. Namun kepala nya di toleh ke kanan dan ke kiri. Seolah-olah mencari seseorang.

"Ada tak penduduk sini yang bernama Taesoon?" Soal lelaki itu kepada Ahjumma Han. Melihat kearah pedang yang tersangkut pada pinggangnya , Ahjumma Han mula terasa takut.

"Em , aㅡada. Bilik dia kat hujung sana." Balas Ahjumma Han tergagap. Dia tiada pilihan lain selain dari memberitahu lokasi Taesoon. Lagipun dia tidak tahu , kemungkinan lelaki ini sahabat kepada Taesoon?

"Baiklah." Balas lelaki itu ringkas.

Perlahan-lahan kaki nya mula melangkah di sepanjang lorong yang menempatkan beberapa buah bilik. Pedang yang tersangkut pada pinggang nya di pegang erat.

Sementara itu , di dalam bilik yang gelap lagikan sunyi. Taehyung berdiri di sebalik pintu. Di tangan nya ada sebilah pedang Diraja yang di pegang erat tanda bersedia untuk menyerang.

Sejak tadi hati nya tidak berasa begitu sedap.

Ikutkan hati , mahu sahaja dia terus pergi ke Istana untuk menemani Haehyun. Tetapi dia juga takut sekiranya penduduk Rumah Yeonchang di serang oleh orang suruhan Goseul itu.

Pintu bilik Taehyung di buka secara perlahan.

Mati nafas lelaki itu saat Taehyung membuat serangan mengejut yang hampir saja membuatkan lelaki tersebut terkena tikaman.

[COMPLETED] 너의 편 | SIDE OF YOU feat Kim TaehyungWhere stories live. Discover now