02 : The River

1.6K 241 32
                                    

❉   ❉   ❉

01:00 am

"Kejar dia! Jangan bagi dia terlepas!" Laung seorang lelaki yang berpakaian seperti Pengawal Diraja sambil menunggang kuda bersama empat pengikut nya yang lain.

Di dalam hutan yang gelap lagikan sunyi itu , seorang lelaki yang memakai suit Hanbok yang berwarna hitam ligat meloloskan diri di sebalik pokok-pokok di bukit tersebut.

Cahaya api yang mulai kelihatan itu meyakinkan dia bahawa sekumpulan pengawal tadi sudah datang mendekat. Busur kayu milik lelaki itu di angkat ke udara sebelum panah nya mula mengena kearah salah seorang dari mereka.

"Di sana Tuan! Di sebalik pokok tu!" Salah seorang pengawal mereka menyedari kehadiran nya.

"Aish. Tak guna." Sumpah lelaki itu sebelum melajukan langkah nya berlari kearah padang padi yang luas itu.

"Berhenti!" Arahan dari pengawal itu langsung di endahkan oleh lelaki tersebut. Sebaliknya dia lebih ligat berlari meloloskan diri dari mereka.

Langkah kaki nya di hentikan. Busur tadi kembali di angkat lalu memanah salah seorang dari empat mereka yang masih hidup.

"Mana dorang ni hah?! Takkan waktu macam ni pun nak tidur?!" Bengang lelaki itu sambil mata nya meliar mencari kelibat sesuatu yang dia tunggu-tunggu.

Tsakk!

"Argh!" Bahu kanan nya tertusuk sebatang panah membuatkan dia jatuh terbaring di atas tanah.

Darah mula mengalir deras. Urat badan nya mula menghantar satu renjatan pedih hasil dari panahan pengawal yang mengejar nya tadi.

Tetapi lelaki itu tidak mengalah. Dia masih menguatkan diri untuk berdiri dan mengangkat busurnya ke hadapanㅡ ke arah tiga orang pengawal tadi.

Satu panah di lepas.

"ARGHH!" Seorang pengawal tumpas.

"Arhh." Dia jatuh berlutut di atas lantai apabila bahu nya terasa amat lenguh dan sakit.

Panah kedua di lepas.

Tsakk!

Seorang lagi tumpas.

"Pergi mati!" Jerit lelaki itu sebelum panah terakhir dia pasang lalu di lepaskan dengan sepenuhnya rasa marah.

Tsakk!

Kesemua pengawal itu mati terkena panahan tepat pada jatung masing-masing.

"Argh!"

Busurnya di lepaskan di atas lantai tanah ini. Sebatang panah yang sepertinya tertusuk dalam hingga ke tulang itu dia pegang dengan kedua belah tangan nya.

"Arghhh!" Raung lelaki itu kesakitan sambil mengumpulkan segala kekuatan nya untuk mencabut panah itu dari tubuhnya.

"Akh!" Panah itu akhirnya berjaya di cabut.

Baju hitam lelaki itu mula melekit dengan tumpahan darah dari bahu kanan nya. Busur di capai sebelum dia mula melangkah kearah suatu arah.

"Akh!" Tubuhnya jatuh berlutut di atas sebuah batu yang berdekatan dengan sungai. Darah semakin memenuhi keseluruhan baju nya.

"Fuhh." Lelaki itu akhirnya memutuskan untuk berbaring di atas batu tersebut. Tali rantai nya yang seolah-olah putus itu dia keluarkan dari baju nya.

Tali rantai nya itu di hiasi dengan sebentuk cincin silver yang mula di liputi dengan darah.

'Kim ××××××'

Separuh dari perkataan Hangul yang terukir pada cincin itu tidak kelihatan akibat titisan darahnya yang terlalu pekat.

[COMPLETED] 너의 편 | SIDE OF YOU feat Kim TaehyungWhere stories live. Discover now