03 . 🍁

840 129 18
                                    


Sebuah kereta berhenti di hadapan banglo mewah milik keluarga Min. Apabila pintu pagar terbuka secara automatik, pemandu kereta itu masuk parking keretanya di halaman.
Seorang wanita cantik keluar dan menyapa pembantu rumah yang sedang menguruskan pokok-pokok bunga.

" Auntie, Omma Min ada? "
Tanyanya kepada pembantu rumah itu.
Dia memang sudah terbiasa panggil Min Jiyoung sebagai omma.
Itulah selepas di suruh oleh Min Jiyoung.

Mereka sangat rapat kerana Min Jiyoung berharap sangat Sunyoung menjadi menantu.
Harapan Min Jiyoung lebur apabila Suga berkahwin dengan Jihyo.
Tetapi sekarang harapan kembali ada apabila Suga telah menceraikan Jihyo.

Pembantu rumah yang bernama Zee itu senyum mesra.
" Ada dekat dalam. Suga pun ada sama "
Zee menjawab ramah.

" Suga? bila dia balik sini? "
Setahunya Suga tinggal di Ilsan bersama isteri.

" Tadi dia balik. Mungkin duduk sini selamanya "
Jawapan Zee benar-benar mengejutkan Sunyoung. Kenapa pula selamanya?
" Selamanya? maksud auntie Zee? "
Soalnya tidak mengerti.

" Suga sudah ceraikan Jihyo "

" Bwo!? waeyo? "
Sungguh dia terkejut mendengarnya.
Tidak percaya.
Setahunya Suga sangat menyayangi Song Jihyo.
Kenapa pula sampai tahap bercerai?

Zee mengangkat bahu.
" Kamu masuk lah. Tanya dia. Tadi pun Hanbin datang marah-marah, siap tumbuk Suga sebab ceraikan Jihyo "
Jawapan Zee semakin mengejutkan Sunyong.
Membuatkannya makin tertanya-tanya kenapa sampai begitu sekali.

" Saya masuk dulu "
Sunyong meminta diri dan masuk ke dalam.

Masuk sahaja ke dalam, dia lihat Suga sedang berdiri di luar taman Mini seorang diri. Lelaki itu tampak kusut.
Sunyong mengambil keputusan untuk naik ke tingkat atas.
Bilik paling hujung dia tuju.
Tombol pintu di pulas perlahan.

" Omma Min, boleh Sunyoung masuk? "
Tanyanya meminta kebenaran.
Min Jiyoung yang sedang memegang sesuatu di balkoni berpaling.

Min Jiyoung angguk.
" Sunyoung, mari masuk "

Sunyoung langkah mendekati.
" Sunyoung dengar dari auntie Zee yang Suga dengan Jihyo dah bercerai. Betul ke Omma Min? "
Dia menanyakan dengan hati-hati kerana hal ini baginya terlalu sensitif.

Min Jiyoung angguk.
" Omma Min dah tak sanggup tengok anak Omma terseksa dengan perempuan tu "

" Waeyo Omma Min kata macam itu? apa yang terjadi sebenarnya? " sungguh dia tidak faham apa yang di maksudkan Min Jiyoung.

" Cukup lah Omma Min katakan yang Suga tidak bahagia selama ini dengan perempuan tu. Omma Min bersalah sebab tidak tegas halang perkahwinan mereka dulu "

Sunyoung tidak membalas.
Dia masih lagi tidak faham dengan apa yang sebenarnya terjadi antara Suga dengan Jihyo.
Setahunya Suga sangat menyayangi isterinya itu.

" Tiket apa tu Omma Min? "
Dia menyoal apabila lihat tiket yang di pegang Min Jiyoung sedari tadi.
Min Jiyoung berikan kepadanya.

" Sydney? siapa nak pergi? "
Tanya apabila melihat location di tiket itu.

" Omma Min nak Suga pergi sana tenangkan fikiran dia. Dekat sini terlalu banyak benda buatkan dia tertekan. Sambil itu Omma Min nak Suga uruskan syarikat dekat sana sementara, pulihkan balik. Belajar dengan lebih jauh lagi sebagai seorang ahli perniagaan "
Terang Min Jiyoung dengan nada serius.
Sunyoung mengangguk faham.

" Berapa tahun Suga dekat sana nanti? "

" Selama mana yang dia mahukan "

Sunyoung terangguk-angguk. Tiket dia letakkan atas meja. " Ermm, uncle Ethan mana Omma Min? "
Ethan adalah suami Min Jiyoung dan bapa tiri kepada Suga.
Suga tidak berapa rapat dengan Ethan.
Lelaki berkacukan Korea—inggeris berkahwin dengan Min Jiyoung setahun yang lalu.

" Dia keluar. Katanya ada mesyuarat dengan klien "

Sunyoung meng'oh' kan.
" Omma Min. Sunyoung turun bawah dulu ya. Nak jumpa Suga "

Min Jiyoung angguk.

——

" You rasa keputusan you tu berbaloi untuk diri you ke? "
Sunyoung menyoal dan berdiri di sebelah Suga depan kolam ikan di taman mini itu.

" Apa lagi pilihan yang I ada Sunyoung? kalau you dekat tempat I pun, pasti you akan buat benda sama " Suga membalas dan berjalan duduk di atas kerusi panjang.

" Bercerai sahaja kah pilihan yang you ada? "
Sunyoung berpeluk tubuh.
Dia juga jadi marah dengan tindakan kurang matang lelaki di hadapannya sekarang ini.

Suga keluh berat.
" You tak akan faham.."

" Jadi terangkan dekat I. I nak tahu apa yang jadi sebenarnya "

Suga berdiri.
" I nak bersendirian. Harap you faham "
Tanpa menunggu balasan dari Sunyoung, dia melangkah masuk.

Sunyoung memandang Suga yang berlalu pergi dengan pandangan tidak percaya. " Mungkin kalau orang dekat tempat I, akan suka dengan keputusan you. Tapi bagi I, keputusan you terlalu berat Suga. Tak mampu I nak bayangkan kalau I dekat tempat Jihyo "
Dia bersuara perlahan.

Perasaan sukanya memang ada pada Suga. Tetapi dia tidak mahu Suga membuat keputusan sebegini. Baginya mencintai tidak semestinya memiliki.
Dia bahagia apabila melihat Suga bahagia selama ini.

Tidak percaya apabila Min Jiyoung mengatakan Suga terseksa selama dengan Song Jihyo.

——

" Jihyo— "

Jihyo menoleh apabila mendengar panggilan dari Hwasa .

" Aku dekat dalam bilik, Hwasa "
Laungnya tidak berapa kuat.
Dia yang sedang menukarkan pakaian Lauren meneruskan kegiatannya itu.

Hwasa tersenyum apabila masuk ke dalam bilik. Berpuas hati kerana Jihyo tampak senang menguruskan Lauren.
Tetapi dia tidak mahu mengharap terlalu tinggi kerana baru tiga hari peristiwa perit berlaku dalam hidup sahabatnya itu.

Dia memanjat katil dan duduk bersila di depan Jihyo. Di tengah-tengah ada Lauren, berbaring.

" Lauren..mandi ke? wanginya dia "
Pipi Lauren di kucup-kucup manja.

" Hwasa, aku rasa aku nak kerja "
Jihyo bersuara. Hwasa membetulkan duduknya.

" Kau nak kerja apa? " Hwasa menyoal. Dia akan menyokong apa pun yang akan Jihyo buat. Selagi membawa kebaikan kepada baby Lauren dan diri sendiri.

" Esok aku nak keluar cari kerja. Aku tak kisah kerja apa pun. Aku terima je. Lagipun aku bukannya belajar tinggi macam orang lain "
Jihyo menjawab. Baby Lauren di tepuk-tepuk perlahan untuk menidurkan anaknya itu.

" Nanti kau bagitahu lah Hanbin. Suruh dia hantarkan. Pasal baby Lauren jangan risau. Aku akan jaga baby comel ni " pipi putih Lauren di cuit.

" Tak apa lah. Aku boleh naik teksi. Aku tak nak lah menyusahkan dia. Dia pun ada kerja dia "

" Hanbin tu kalau pasal kau dia boleh semua. Bagitahu lah dia. Tak payah lah nak naik teksi. Susah nanti. Pergi cari kerja ni bukan satu tempat "
Balas Hwasa. Dia tahu Hanbin boleh. Lagipun lelaki itu menguruskan syarikat sendiri. Pasti boleh keluar bila-bila masa sahaja.

" Okay, nanti aku call dia "




🌼🌼🌼
BERSAMBUNG .

[ C ] miracle in love • mygWhere stories live. Discover now