Suga terdiam mendengar jawapan Jihyo .
" Kau tak bagitahu dia yang aku dah mati ?"
Sukar untuk dia percaya kerana terlalu banyak silap dia terhadap Jihyo .Jihyo hela nafas berat .
Wajahnya beriak masam .
Malas nak panjangkan cerita, Jihyo hidupkan motorsikalnya .
Suga cepat-cepat menghampiri Jihyo ." Jihyo tunggu,
Aku fikir kau bagitahu Lauren macam tu "Jihyo tepat pandang Suga yang berdiri di sebelahnya .
Halangnya dari pergi .
" Kalau ikutkan hati saya ni, nak je saya cakap macam tu .
Tapi saya fikirkan perasaan Lauren .
Dia tak tahu apa-apa .
Saya tak sanggup nak tipu dia seumur hidup "
Balas Jihyo .
Benar-benar menyentapkan Suga ." Dah lah, saya nak balik .
Taeyong cakap lagi sejam baru Lauren keluar "Suga sekali lagi menghalang .
" Jihyo mianhe .
Aku tahu kau marah aku sekarang ni .
Tapi kan kita dah okey .
Kau dah maafkan aku kan .
Aku tahu salah aku, aku dah menyesal Jihyo .
Please, lupakan semuanya .
Kita bina hidup baru "Jihyo menguatkan diri .
" Tak semudah tu Suga .
Nae, saya boleh maafkan awak .
Dan memang saya dah maafkan awak .
Tapi untuk lupakan semua yang jadi bukan mudah bagi saya .. "
Jihyo jeda seketika ." Saya cuba,
cuba untuk lupakan semua .
Tapi saya tak mampu .
Bila saya teringat apa yang awak buat dulu .
Saya rasa berkahwin dengan awak adalah kesilapan paling besar yang saya pernah buat ".
Suga meraup wajah, rasa kesal dengan diri sendiri sehingga Jihyo masih tidak boleh melupakan apa yang telah dia lakukan dulu .
Sebegitu terseksanya Jihyo dengan perbuatannya ." Ahjussi ?"
Suga berpaling .
Senyumannya terukir apabila melihat Lauren .
Dia berdiri dan menghampiri Lauren ." Hari ni appa jemput Lauren "
Dahi Lauren berkerut .
" Appa ?"
Pelik apabila Suga bahasakan dirinya appa .
Lauren dongak tengok Suga dengan riak pelik .
Suga angguk .
" Jom, hari ni balik dengan appa .
Omma busy "
Jawab Suga, tidak dipedulikan Lauren yang tampak keliru .Lauren mengikut Suga dari belakang .
Dia masuk ke sebelah pemandu apabila Suga membuka pintu kereta .
Suga pula masuk di tempat duduk pemandu .
" Pakai seatbelt "
Arah Suga .
Dia terukir senyum apabila Lauren dengan mudah memakai seatbelt .Sebelum memandu pergi, Suga menghantar sms dahulu kepada Jihyo mengatakan yang dia jemput Lauren .
Susah pula kalau Jihyo datang ketika mereka dalam perjalanan balik .Sepanjang perjalanan, Lauren asyik pandang Suga .
Tidak tahu kenapa hati kecilnya merasakan sesuatu yang pelik .
Sesekali dahi itu berkerut dan bibirnya memuncung dan terkadang jari kecilnya mengetuk-ngetuk dagu ." Lauren kenapa ni?
Ada apa-apa yang tak kena ke ?"
Suga bersuara .
Perasan akan pandangan pelik Lauren terhadapnya ." Ermm, waeyo ahjussi kata ahjussi appa ?"
Suga senyap .
Tidak tahu macam mana nak jawab soalan Lauren .
Dia tengok Lauren sekilas dan mengetuk stereng dengan jari .
Suga tengok ke luar tingkap ." Yeah! kita dah sampai "
Ujar Suga mengalihkan perhatian Lauren .
" Omma dah tunggu "
Lauren membuka seatbelt, Suga membantu .
Senyumannya terukir apabila Lauren membuka pintu dan keluar .Suga menghela nafas berat .
Lauren terlalu muda untuk tahu setiap masalah yang berlaku .Suga turut keluar dan menghampiri Jihyo dan Lauren .
Dia perasan wajah Jihyo tidak ceria .
" Sayang masuk dulu .
Tukar baju, lepas tu makan .
Auntie Hwasa ada dekat dalam "" Nae, arrassoe omma "
Patuh Lauren dan melangkah masuk kedalam rumah .Jihyo berpaling kearah Suga .
" Awak tak payah lah jemput Lauren lepas ni.
Saya boleh jemput dia "
Jihyo ingin pergi, tetapi bersuara menghentikannya .
" Aku tahu kau masih tak boleh nak lupakan apa yang jadi dan mungkin kau bencikan aku .
Tapi kau tak boleh nak menindakan yang aku ni appa Lauren .
Ada hak keatas dia sebagai seorang appa "Jihyo berhadapan dengan Suga semula .
" Awak dah lupa apa yang awak cakap dulu ?
Awak tak nak pun dia dulu .
Sekarang baru awak nak mengaku dia anak awak "" Aish, kalau kau tak nak aku mengaku .
Kenapa tak cakap dekat dia yang aku dah mati ?
Appa dia dah mati .
Pergi lah cakap .
Bertindaklah kejam dekat aku kalau kau rasa aku ni manusia paling kejam dalam dunia ni "
Ujar Suga dengan nada marah .Jihyo senyap .
Wajahnya turut beriak marah ." Awak balik lah "
Jihyo berjalan masuk kedalam rumah ." Arhhh "
Suga meraup wajah kasar .
Dia berjalan kearah kereta dan masuk .
Stereng kereta dia hentak melepaskan geram .
" Sampai bila kau seksa aku Jihyo .
Aku dah menyesal dengan apa yang aku buat .
Aku sayang kau "
Keluh Suga dan bersandar lemah .
Lemah dengan semua yang terjadi .__
BERSAMBUNG .
okey ke miracle in love setakat ni ?
YOU ARE READING
[ C ] miracle in love • myg
Fanfiction❝ I wish time had better timing for you and me ❞