09 . 🍁

717 107 6
                                    


Malas mahu melayan kerenah Suga, Jihyo turun dari motorsikal.
Helmet dia buka, langsung tidak mempedulikan Suga yang menegurnya.
Helmet di letakkan dalam raga motorsikal dengan gaya protes dan dia terus melangkah pergi meninggalkan Suga sendirian.

" Uish, bukan main protes "
Ujar Suga.
Dia turun dari motorsikal dan berjalan menuju kearah Jihyo yang sedang berdiri di hadapan sebuah gerai aiskrim.

" Bagi saya— "

" Aiskrim perisa apple "
Suga memintas.
Tidak dia pedulikan Jihyo sedang memandangnya tidak puas hati.

" Kamsahamninda, "
Ucap Suga kepada penjual itu apabila sebatang aiskrim perisa apple di berikan kepadanya.
Duit dia berikan kepada penjual itu.

" Nah, "
Aiskrim dia suakan kepada Jihyo.
Dengan riak wajah masam Jihyo ambil dan menapak pergi.

Suga tersenyum.
Dengan langkah laju dia mengejar Jihyo dan jalan seiringan.

" Aku masih ingat lagi kau suka sangat aiskrim perisa apple. Kalau keluar jalan-jalan mesti kau beli. Ermm ermm, kau juga suka tteobokki, makanan pedas memang favourite kau.. "
Suga jeda seketika.
Cuba mengingat lagi tentang Jihyo.

" Hah, lagi kau kalau tidur tak boleh buka kipas walaupun masa tu musim panas. Thats why, kau tak suka aircord.
Tapi kau suka musim sejuk "
Dengan rancak Suga menyambung.

Jihyo berhenti.
Suga turut berhenti.

" Stop ikut saya, "
Ujar Jihyo dan melangkah pergi.

" Aku nak balik dengan apa? "

" Saya tak suruh awak ikut saya.
Jadi pandai-pandai lah awak balik "
Balas Jihyo dengan kaki terus melangkah meninggalkan Suga.
Sungguh dia tidak mahu Suga mengingatkan kembali tentang masa lalu.
Bila teringat dia rasa teramat sakit.

Suga mengeluh.
Telefon dia keluarkan dari dalam poket seluar.
Mahu sahaja ingin menghubungi pemandunya, tertera nama Sunyoung menghubunginya.

" Nae, "

" Suga, you dekat mana sekarang? omma min bagitahu I you gaduh dengan dia. Waeyo? apa yang berlaku? "
Tanya Sunyoung dengan perasaan ingin tahu.

" I tak bergaduh dengan omma pun "
Jawab Suga dan melabuhkan duduk di atas kerusi panjang.
Rambut diraup ke belakang.

" Tapi kenapa omma min kata korang bergaduh? "

" You tengah kerja ke? "
Tanpa menjawab soalan Sunyoung, dia kembali menyoal.

" Ani, hari ni I kerja setengah hari aje sebab temankan appa pergi jumpa doctor. Hari ni appa ambil darah sekali lagi "
Jawab Sunyoung.
Appa nya memang setiap bulan akan pergi hospital untuk temujanji doktor kerana mengidap penyakit buah pinggang.

" Ohh, nae. I lupa pula.
Jadi sekarang masih dekat hospital ?"

" I dah dekat rumah.
Baru aje balik dari rumah you.
Omma min nak jumpa I "
Puan Min selalu menceritakan kepada Sunyoung jika mempunyaikan masalah.
Sunyoung lah tempat berkongsi cerita.

" Boleh you datang ambil I? "
Tanya Suga bersahaja.
Kebetulan Sunyoung call.

" Ambil you ?
You dekat mana sekarang ni?
Bukan kah waktu macam ni you dekat office? "
Sunyoung menyoal pelik.

" I dekat taman berhampiran office I "

Sunyoung terdiam seketika.
Mungkin benar Suga bergaduh dengan Puan Min dan membawa diri keluar dari pejabat.
Walaupun dia sudah tahu kenapa.
Puan Min menceritakan semua yang berlaku di pejabat termasuklah tentang pertemuan dengan Song Jihyo.

[ C ] miracle in love • mygWhere stories live. Discover now