25 . 🍁

600 83 33
                                    


Ethan melempar fail yang berada di atas meja ke lantai .
Mengejutkan pekerjanya yang berdiri di hadapan mejanya .
Pekerja yang bernama Eric itu mengambil fail itu kembali .
Ethan bercekak pinggang dengan muka marah .

" Tolong hubungi Suga suruh dia masuk pejabat sekerang.. ! "
Arahan Ethan di angguk patuh oleh Eric .
Eric yang mahu melangkah keluar berhenti apabila Ethan bersuara .
" Pastikan dia datang .
Kalau dia jawab, pergi rumah Song Jihyo .
Aku tahu dia ada dekat sana "
Ethan mengarah tegas .

Eric membongkok patuh dan melangkah keluar .

Ethan menghentak meja kegeraman dan melabuhkan duduk .
" Orang nak uruskan projek kau pun nak uruskan .
Sekarang semua tergendala .
Tak pasal-pasal syarikat rugi berjuta-juta "

Eric melabuhkan duduk di mejanya .
Dia mengeluh berat .
" Ermm, tak pasal-pasal aku yang kena hadap Tuan Ethan .
Aish, pergi mana lah Encik Suga ni ?"
Eric mengomel sendiri .
Nombor Suga di dail, tetapi tidak berjawab .

Kalau Suga tak jawab, terpaksa lah dia pergi ke rumah Jihyo .
Mujur saja dia tahu di mana rumah Jihyo .
Kalau tidak jenuh juga dia mahu cari .
Tak pasal-pasal banyak kerjanya hari ini .

Eric bangun dan melangkah keluar dengan rasa malas.


..


Lauren tengok Suga yang sedang duduk diatas pangkin sambil mengerak kan bibirnya .
Kaki Suga yang berbalut dia pandang dengan kening yang berkerut .
Suga ketika itu sedang ralit melihat telefon .
Panggilan masuk dari Eric tidak di jawab .
Dia tahu ianya urusan tentang pejabat .
Sekarang ini dia malas nak ambil tahu .

" Ahjussi, waeyo ?"
Lauren mengajukan soalan sambil matanya melihat kaki Suga yang berbalut .
Suga mengalihkan pandangannya dari telefon kepada Lauren .

Suga tengok kaki .
Dia geleng .
" Tak ada apa-apa "
Jawab Suga dan meletak kan telefonnya di sebelah .
Lauren duduk mencangkung .

" Sakit tak ahjussi ?"
Tanya Lauren petah membuatkan Suga tersenyum .

" Aniyo, ahjussi kan kuat "
Jawab Suga , berat mulutnya mahu menyebut ahjussi .
Tetapi dia kenalah ikut Lauren, tidak mahu Lauren keliru kalau dia bahasakan appa .
Lauren dongak tengok muka Suga .

" Dah bangun .
Mari duduk sebelah ahjussi "
Gamit Suga .
Lauren berdiri, Suga mengangkat Lauren dan letak kan di sebelahnya .

Jihyo yang baru keluar dari rumah tersenyum melihat keduanya.
Semakin hari keduanya semakin rapat .
Jihyo melabuhkan duduk di sebelah Lauren .
Rambut Lauren dia belai sejenak .

" Omma, kaki ahjussi kena apa ?"
Lauren tanya kepada Jihyo pula .
Jihyo pandang Suga yang ketika itu senyum kepadanya.
" Sayang, ahjussi dia nak sepak bola.
Tapi tersepak pangkin .
Itu yang jadi macam tu "

Dahi Suga berkerut dengan sindiran Jihyo .
Jihyo tersenyum memandang Suga yang berubah riak .
Padan muka kena sindir .
Tak ada penyakit cari penyakit .
Lauren dongak tengok Suga .

" Betul ke ahjussi ?
Lauren ada bola kalau ahjussi nak "

Jihyo tergelak dengan kata-kata Lauren membuatkan Suga termalu sendiri dengan soalan Lauren .

" Kenakan aku ye .
Aku kiss kau nanti "
Ugut Suga perlahan .
Jihyo menutup mulutnya .
Geli hati dengan reaksi muka Suga .

Bunyi kereta mengalihkan perhatian mereka .
Sebuah kereta masuk ke halaman rumah Jihyo .
Suga berubah riak apabila yang keluar dari kereta adalah Eric .
Sampai ke sini cari dia .

" Encik Suga, "
Eric bersuara .

Jihyo menepuk perlahan bahu Lauren mengajak Lauren masuk kedalam .
Keduanya berjalan masuk kedalam rumah .
Memberikan ruang kepada Suga dan Eric berbincang apa yang patut kerana Jihyo tahu ianya pasti tentang hal pejabat .

" Ada apa sampai sini kau cari aku ?"
Tanya Suga dan betulkan duduknya .
Sungguh dia tidak berminat pasal hal pejabat sekarang ini .
Eric melabuhkan duduk di sebelah Suga .
" Tuan Ethan arahkan saya cari Encik .
Dia suruh Encik Suga datang pejabat "
Jawapan yang sudah di jangka oleh Suga .

" Aku tak berminat dengan hal pejabat sekarang "
Balas Suga dengan nada tidak berminat langsung .
Dia sudah di halau dari rumah kerana tidak di perlukan lagi .
Jadi syarikat pun tidak perlukan dia .
Buat apa dia ada dekat sana .

" Tapi Encik, Tuan Ethan dah mengamuk .
Projek yang Encik uruskan tu dah tengendala .
Syarikat rugi berjuta-juta ringgit .
Ianya membahayakan syarikat Encik "

Suga senyum sinis mendengarnya .
" Jadi sekarang ni kerugian syarikat di sebabkan aku.. "
Suga jeda seketika .
Dia terangguk-angguk sambil senyum sinis .
Dia pandang Eric dan memasukkan kedua tangan kedalam poket seluar .
" Macam ni Eric .
Kau balik ke pejabat, tanya Tuan Ethan kau tu siapa yang menyebabkan syarikat kerugian .
Aku atau dia "
Suga menyambung membuatkan Eric pelik .

" Maksud Encik Suga ?"

" Tanya dia duit pelaburan untuk projek tu pergi kemana .
Akaun syarikat atau akaun dia sendiri "
Jawapan Suga membuatkan Eric terdiam .
Patutlah Suga tidak mahu ke pejabat .
Rupanya ada benda yang jadi .

" Aku tahu dia suruh aku pergi pejabat sebab nak aku selamatkan projek tu .
Tak nak menampakan projek tu gagal sebab dia .
Bila aku tak dapat selamatkan, dia tuduh aku yang sebabkan projek tu gagal dan syarikat kerugian .
Tapi aku tak sebodoh tu "

" Encik ada bukti ke Tuan Ethan buat semua tu ?"
Tanya Eric inginkan kepastian .
Dia tahu hubungan Suga dengan Ethan tidak baik dari dulu lagi .

" Aku tak suka cakap kosong Eric .
Bila-bila masa aje aku boleh jatuhkan Ethan .
Tapi aku tunggu masa yang sesuai .
Aku tak nak bertindak macam orang bodoh "
Jawab Suga .
Dia sudah mengumpulkan segala bukti yang semua yang terjadi kepada syarikat berpunca dari Ethan.


..



Jihyo yang baru keluar dari dapur tengok Suga yang sedang duduk di lantai ruangtamu .
Lelaki itu sedang bukan balutan di kakinya .
Jihyo menghampiri dan duduk di hadapan
Suga .
Dia membantu Suga buka balutan itu .
Suga hanya membiarkan, riak wajahnya sedari tadi tanpa senyuman .
Masam sahaja .

Jihyo pandang Suga .
" Awak tak payah lah fikirkan sangat pasal syarikat .
Tenangkan diri awak tu dulu dekat sini .
Kalau dah okay nanti awak nak pergi pejabat pun pergilah "
Ujar Jihyo .
Balutan dia letak ke tepi .
Kaki Suga yang masih lebam dia sentuh membuatkan kaki Suga gerak sedikit kerana rasa sakit.

" Aku kalau boleh tak nak ambil tahu langsung pasal syarikat .
Tapi bila fikirkan apa yang Ethan buat aku tak boleh .
Dia dah buat syarikat macam tu, buat omma halau aku .
Aku tak nak omma terus kena tipu dengan Ethan tak guna tu "
Balas Suga masih berbaki rasa marahnya .

" Saya faham .
Tapi buat masa ni awak kena tenangkan diri awak dulu .
Kaki awak tak baik lagi .
Macam mana awak nak berdepan dengan Ethan kalau keadaan awak macam ni .
Saya pun tak nak bagi awak jumpa dia dengan keadaan macam ni .
Saya risaukan awak "

Suga senyum sedikit mendengar kata-kata Jihyo .
Hatinya yang panas beransur sejuk .
Suga betulkan duduk mengadap Jihyo dengan kaki di lunjurkan . Jihyo betul-betul di depannya sekarang .
" Selagi aku dengan kau aku rasa tenang "
Luah Suga membuatkan Jihyo tersenyum .


___


BERSAMBUNG .

Nak sampai chap² penamat dah Miracle In Love .
Maybe ade lagi 2 chap .
Nantikan kesudahannya .


[ C ] miracle in love • mygWhere stories live. Discover now