14 . 🍁

720 94 39
                                    


seminggu berlalu . . .

Suga memerhati dari jauh dua insan baru sahaja keluar dari butik pengantin.
Senyuman lebar di wajah si perempuan membuatkan dia turut sama tersenyum.
Mungkin lebih tepat senyuman tidak berperasaan.
Tetapi memaksa hati untuk terima apa yang bakal berlaku nanti.

Suga keluh berat.
Dia memang patut terima walau berat yang keduanya bakal berkahwin lusa.
Wanita yang pernah menjadi miliknya bakal menjadi milik orang lain.

Sekali lagi Suga senyum.
" Its okay,
Sekurangnya aku pernah ada dalam hati dia dulu "
Ujar Suga bagaikan pasrah.
Dia menghidupkan enjin kereta dan memandu pergi.

.

Jihyo tergelak mendengar celoteh Hanbin tentang masa kecil lelaki itu.
Baru dia tahu yang Hanbin seorang kanak-kanak yang nakal.
Dewasanya sahaja nampak seperti lelaki korea terakhir.

" Sakit perut saya gelak "
Jihyo menghabiskan sisa ketawanya.
Malu juga pengunjung lain dalam restaurant ni memandang mereka berdua.

Hanbin memamah daging grill perlahan sambil tersenyum melihat reaksi bakal isterinya itu.
" Baru awak tahu kan saya dulu macam mana "

" Tahu dah sekarang.
Tapi tak tahan tu awak pergi kejar angsa jiran sampai jatuh longkang.
Nakal betul lah awak ni "
Sekali lagi Jihyo tergelak apabila cuba bayangkannya.

" Dah dia asyik kejar saya.
Giliran saya pula kejar dia "

Jihyo tergeleng-geleng.
" Jangan masa besar ni awak ulang balik pula ye "
Seloroh Jihyo.
Geli hati pula dia dengar cerita zaman kanak-kanak Hanbin ni.

" Boleh aje.
Awak beli kan lah saya angsa "

" Hish, tak ada kerja lah saya "

Hanbin ketawa melihat reaksi Jihyo.
S

eketika Hanbin berhenti ketawa,
Pandangannya tertumpu kepada Jihyo.
Jihyo mengangkat kening.

Hanbin geleng dan tunduk menikmati makanannya.
" Waeyo, ada benda yang tak kena ke? "
Jihyo menyoal.
Hanbin angkat muka.
Sekali lagi dia geleng kepala.
" Makan lah, kejap lagi kita kena sambung shopping barang kahwin lagi "

Jihyo memandang Hanbin dengan pandangan pelik.
Lelaki itu sekali lagi tunduk menikmati makanannya.
Jihyo pelik,
Perangai Hanbin sejak akhir-akhir ini memang agak pelik.

___

" Sudah lah tu,
Orang tu dah nak kahwin dah pun.
Tak payah nak di fikirkan lagi "

Suga toleh,
Puan Min sedang turun tangga bersuara.
Suga baring atas sofa dan pejamkan mata.
" Suga tak fikirkan pasal tu pun "
Balas Suga dengan mata terpejam.
Dia sebenarnya malas mahu berbahas dengan omma nya tentang ini.
Dia tahu omma nya tidak suka akan Jihyo.

Puan Min melabuhkan duduk atas sofa berhadapan dengan sofa yang Suga sedang baring.
" Omma kenal anak omma macam mana.
Mulut kata lain,
Hati rasa lain "
Ujar Puan Min sinis.

" Omma, "
Suga buka mata dan pandang Puan Min.
" Hati suka rasa apa sekalipun bukan penting pun.
Buat apa omma kata macam tu kalau omma sendiri tak fikirkan perasaan anak omma sendiri "
Sambung Suga.

[ C ] miracle in love • mygWhere stories live. Discover now