13 . 🍁

717 100 20
                                    


Jihyo keluar kembali dari dalam bilik Lauren selepas memastikan anaknya itu tidur.
Turun kebawah dia tengok Hwasa masih lagi asyik mengadap tv layan kdrama.
Jihyo menuju ke pintu dan keluar.
Ada seseorang sedang menunggu di gazebo halaman rumah.

" Dah malam,
Awak buat apa dekat sini? "
Tanya Jihyo sambil memeluk tubuh.
Rasa sejuk mencengkam.
Dia berdiri di depan Hanbin.

Hanbin tidak membalas.
Dia pandang wajah Jihyo membuatkan dahi Jihyo berkerut.
" Hey! awak tengok apa?
Waeyo pandang saya macam tu? "
Jihyo menyoal.
Hanbin tergelak kecil dengan reaksi Jihyo.
Dia menepuk tempat di sebelahnya supaya Jihyo duduk.

Jihyo melabuhkan duduk di sebelah Hanbin.

" Ada benda awak nak bagitahu saya ke? "
Fikirkannya mungkin ada benda penting Hanbin ingin beritahunya kerana malam-malam lelaki ini datang.

Hanbin pandang Jihyo,
Dia tersenyum.
" Saya cuma nak tengok awak.
Mana lah tahu lepas ni tak dapat dah "

Riak wajah Jihyo berubah mendengar kata-kata Hanbin itu.
Lengan Hanbin, Jihyo tampar perlahan.
" Jangan nak merepek boleh tak.
Palli, awak nak bagitahu apa? "
Reaksi Jihyo membuatkan Hanbin tergelak kecil.

" Jihyo.. "

Jihyo menanti.

" Jom, kahwin dengan saya "
Sambung Hanbin tanpa berselindung.
Mengejutkan Jihyo.

Jihyo tergelak.
" Awak ni memang suka betul bergurau kan.
Dah lah lewat malam dah ni "
Jihyo berdiri.
Hanbin bertindak memegang tangan Jihyo dan dia turut berdiri.
Kali ini mereka berdua saling mengadap satu sama lain.

" Saya serius, Jihyo. Saya tak paksa.
Dan saya bagi awak masa, Jihyo "
Ujar Hanbin dengan nada serius.
Jihyo terdiam.
Dia benar-benar terkejut dengan situasi sekarang.

Hanbin berdeham.
" Saya pernah cakap yang saya ada impian.
Dan impian saya adalah kahwin dengan awak, Jihyo.
Bahagiakan awak dan Lauren .
Itu impian sebenar saya "

___

" Jihyo— "

" Jihyo— tunggu "
Suga memegang lengan Jihyo tetapi pantas di tepis oleh wanita itu.

" Apa lagi awak nak ni?
Awak tak bagi saya berhenti macam tu aje.
Jadi saya bagi lah surat letak jawatan.
Apa lagi yang tak kena? "
Jihyo menyoal geram.
Sudah tidak kisah dengan orang yang melihat di lobi ini sekarang.

" Jihyo, please.
Aku tak suruh pun kau berhenti kerja.
Aku tahu kau perlukan sangat kerja ni "
Suga seakan merayu.
Dia tahu betapa susahnya Jihyo mendapatkan pekerjaan.

" Itu dulu, sekarang tak lagi.
Sekarang kerja dekat sini dah tak penting lagi bagi saya.
Tolong jangan halang, ini keputusan saya "
Dia mahu pergi tetapi sekali lagi di halang oleh Suga.

" Sampai bila kau nak macam ni Jihyo?
Tak boleh ke kau maafkan aku?
Benda dah lama berlalu "
Suga tahu susah untuk Jihyo.
Tetapi baginya tidak salah untuk dia berusaha menebus kesalahan.

Jihyo memandang tepat wajah Suga.
" Maafkan awak mungkin saya mampu.
Tapi untuk lupakan apa yang awak buat saya tak mampu.
Parut luka ni masih ada, Suga.
Sama macam kaca, kalau dah pecah.
Awak cantum lah macam mana sekalipun tak akan sama macam asal "
Jihyo membalas, jujur dengan rasa hatinya.
Dia benar-benar terluka dengan segala perbuatan Suga.

Suga terdiam.
Dia tahu dan dia sedar tentang itu.

Jihyo melangkah untuk pergi,
Tetapi langkahnya terhenti apabila Suga bersuara.
" Song Jihyo,
Kau susah nak terima aku sebab Hanbin kan??
Betul kan sebab dia kau tak boleh terima aku balik? "

Jihyo memejam mata,
Nafas di hembus mencari kekuatan.
" Nae,
Kami akan berkahwin tidak lama lagi "
Jawab Jihyo, tanpa sedar airmatanya menitis.
Dan dia terus melangkah pergi.

Suga meraup wajah kasar.
Orang-orang yang melihat kelihatan confius dengan apa yang berlaku kerana ramai tidak tahu cerita sebenar.
Suga berlalu untuk naik ketingkat atas.
Pandangan orang lain tidak dia hiraukan.

___

Jihyo melabuhkan duduk di perhentian bas.
Hujan yang turun bagaikan mengerti dengan dirinya yang sedang menangis sekarang.
Mujur sahaja tiada sesiapa di perhentian bas sekarang.

Tangisan dan bunyi hujan kini bersatu.
Jihyo benar-benar rasa lemah sekarang.
Setelah sekian lama dia dapat mengungkapkan tentang rasa terluka yabg di pendam selama ini.

ringtone.

Jihyo berpaling melihat handbag nya di sebelah.
Telefon di dalam handbag dia ambil.
Tertera nombor Hanbin di skrin telefon.

" Nae, yeoboseyo "
Jihyo menjawab sambil menahan tangisan.
Tidak mahu Hanbin sedari yang dia sedang menangis.

" Awak dekat mana Jihyo?
Bukan ke awak dah berhenti kerja?
dah dapat kerja baru ke? "

" Ani, saya keluar cari kerja "
Bohong Jihyo tidak mahu Hanbin tahu yang dia pergi ke pejabat Suga.
Walaupun hanya untuk memberikan surat letak jawatan.

" Tak payah cari lah.
Awak kerja aje dengan saya "

" Hanbin.. "

" Nae, awak nak saya ambil kan Lauren ke?
Its okay, saya memang dalam perjalanan ke sekolah Lauren ni "

" Hanbin, saya sudi kahwin dengan awak "

___

🌼🌼🌼
BERSAMBUNG .

[ C ] miracle in love • mygWhere stories live. Discover now