10 . 🍁

794 104 21
                                    


Masuk sahaja ke dalam MXM holding, Suga menuju kearah kaunter pertanyaan.
Ketika itu, Haesun sedang bercakap dengan seorang pelawat.
Suga memberi isyarat supaya Haesun meneruskan apabila penjaga kaunter itu memandangnya.
Haesun angguk faham.

Suga menunggu sehingga lah pelawat itu melangkah pergi.

" Jihyo ada masuk kerja tak? "
Suga menyoal.
Haesun menyimpan kembali fail yang dikeluarnya sebentar tadi.

" Belum masuk lagi Encik.
Tak ada pula saya nampak dia hari ni.
Sebab selalunya kalau masuk kerja, dia jumpa saya dekat kaunter dulu "
Jawab Haesun.
Dia juga pelik kerana sudah pukul 8:30 ,Jihyo belum datang lagi kerja.

Dia sangat mengenali Jihyo yang sangat menepati masa .
Tidak suka datang lambat.

Suga terdiam seketika.
Tahu lah dia yang Jihyo serius dengan kata-kata nya mahu berhenti kerja.
Min Jiyoung juga mahu Jihyo berhenti.

" Bagi saya fail pekerja "
Arah Suga dan menghulurkan tangannya.
Haesun berlalu ke almari fail di belakang.
Sebuah fail dia ambil dan di berikan kepada Suga.

" Encik Suga nak buat apa? "

" Ada lah.
Nanti saya hantar balik "
Balas Suga dan melangkah keluar dari bangunan itu.
Tempat parking dia tuju.
Masuk sahaja ke dalam kereta, dia membuka fail.

Maklumat tentang seseorang dia cari dan teliti.

NAMA : Song Jihyo
ALAMAT : 5-14 Hwayang- dong, Gwangjin-gu, Seoul, Korea Selatan

Fail kembali di tutup apabila maklumat yang dikehendaki telah dia temui.
Fail dia letakkan di bahagian belakang, enjin kereta di hidupkan.
Menuju ke alamat yang di temui.

ringtone.

Tanpa melihat nama pemanggil, earphone di pakai.

" Suga! kamu dekat mana sekarang?
Waeyo semalam tak balik rumah?
Nak tunjuk protes dekat omma? "
Jawab sahaja telefon, kedengaran suara marah-marah di hujung talian.
Suga membelok ke kanan.

" Suga tidur dekat penthouse semalam "
Jawab Suga dengan nada biasa.
Kalau semalam dia balik ke rumah, pasti lebih lagi kemarahan Min Jiyoung terhadapnya.
Sampai ke pagi lah jawabnya.

" Marah dekat omma, sebab tu sampai tak balik rumah.
Hah! kamu marah sebab omma marah perempuan tu?
Jangan kecewakan omma, Suga.
Kamu dah janji kamu tak akan kembali balik dengan perempuan tu "
Ujar Min Jiyoung lagi dengan nada yang sama.
Marah.
Tidak puas hati.

Suga berhenti apabila lampu isyarat bertukar warna merah.
" Omma, janji tak semua perlu ditunaikan "
Dengan kekuatan yang ada Suga mengucapkan kata-kata itu.
Tanpa menunggu dia mencabut earphone.
Talian di matikan.

Tidak kisah jika omma nya akan mengamuk.
Buat masa sekarang dia mahu betulkan kembali apa yang terjadi di pejabat.
Bukan dia yang mahu Jihyo di serang.
Sehinggakan Jihyo berhenti kerja.

Dia tahu betapa susahnya Jihyo mendapat pekerjaan.
Sehingga terpaksa menerima kerja di MXM holding.
Dia tahu kerana Hanbin yang menceritakan semuanya.

.

Beberapa minit perjalanan, Suga sampai di sebuah sekolah berhampiran dengan alamat yang ingin dia pergi.
Baru sahaja ingin meneruskan perjalanan, dia ternampak seorang kanak-kanak lelaki berseorangan di pondok depan sekolah.
Suga pandu hampiri pondok itu.

[ C ] miracle in love • mygWhere stories live. Discover now