08 . 🍁

826 113 24
                                    


" Ada apa-apa awak nak tanya ke, Jihyo? "
Hanbin bersuara apabila perasan sedari tadi Jihyo memandang dirinya seperti ingin menanyakan soalan.

Jihyo mengeluh.
Hanbin betulkan duduk.
Tangan di letakkan atas meja.

" Saya dengar. Awak nak tanya apa, hmm? "
Tumpuannya kini sepenuhnya kepada Jihyo.

" Ermm, awak tahu ke Suga.. "

" Balik Korea? "

Jihyo angguk.
Hanbin sudah agak dengan pertanyaan Jihyo kerana dia tahu yang sepupunya itu sudah kembali ke Korea.

" Dia sepupu saya. Mesti lah saya tahu. Tapi saya tak jumpa lagi dengan dia "
Kimbap dia ambil dan dikunyah perlahan.
Dia bercadang ingin berjumpa dengan Suga juga nanti.
Walaupun mereka pernah bergaduh, sepupu tetap sepupu.

Jihyo angguk pelan.
Dia tunduk meneruskan makannya.

Hanbin tidak mengalihkan pandangan kepada Jihyo.
" Awak jumpa dengan dia ke? "
Tanya Hanbin lagi.
Jihyo mengangkat wajah.
Lambat-lambat dia angguk.

Hanbin meletakkan kembali chopstick yang dia pegang. Sekali lagi tumpuannya kepada Jihyo.
" Are you okay? dia ada buat apa-apa dekat awak? "
Soal Hanbin dengan nada prihatin.

Jihyo geleng laju.
" Tak ada.
Dia tak ada buat apa-apa pun "
Sangkalnya walaupun dia sedikit tidak suka dengan percakapan Suga.
Tetapi dia tidak mahu kedua sepupu itu bergaduh lagi.

" Betul ni? "
Tanya Hanbin lagi ingin pastikan.
Jihyo membalas dengan anggukkan.

" Kalau dia ada buat apa-apa bagitahu aje saya. Tahu lah macam mana saya nak ajar dia "
Ujar Hanbin lagi seakan-akan memberi amaran.
Tidak mahu lagi kejadian lepas berulang hingga Jihyo terluka sekali lagi.
Cukup lah hanya sekali kisah pahit itu.

Hanbin berhenti makan, pandangannya terarah kepada Jihyo.
Wanita di hadapannya ini sedang menghabiskan makanan.
Sungguh dia berimpian ingin membahagiakan Jihyo.
Ingin menyapu luka dan gantikan dengan kegembiraan kepada Jihyo.

Tetapi dia tidak pasti adakah dia mampu melaksanakan impiannya itu.

" Kenapa awak pandang saya macam tu? "
Tanya Jihyo apabila mengangkat muka, Hanbin sedang tepat merenung dirinya.

Hanbin geleng.
" Sambung lah makan.
Lepastu saya hantar awak balik tempat kerja "

Jihyo teragak-agak mengangguk.
Perasan yang riak Hanbin berubah.
Bagaikan ada sesuatu menganggu lelaki ini.
Tidak mahu memanjangkan, dia sambung makan.

__

Malamnya, Hanbin pergi kerumah Suga.
Sudah lama tidak berjumpa dengan sepupunya itu.
Bila difikirkan sampai bila mereka mahu bergaduh dan bermasam muka.
Keluarga tetap keluarga.
Tidak dapat membantah fakta yang satu itu.

Hanbin keluar dari kereta,
Dia mengukir senyum apabila melihat Suga sedang berdiri di tepi kolam ikan taman mini.
Hanbin menghampiri dan duduk di kerusi panjang belakang Suga.

" Macam mana dengan Sydney? "
Hanbin bersuara.
Suga yang sudah sedar akan kehadiran Hanbin pusing kebelakang mengadap sepupunya itu.

" Tidak sebagus Korea "
Jawab Suga singkat tanpa perasaan.

" Sebab dekat sana tak ada dia? "
Balas Hanbin berkias.
Dia tahu yang Suga faham siapa yang dia maksudkan dengan 'dia'.

Suga melabuhkan duduk di sebelah Hanbin.
" Dia dah benci aku. Tak boleh di jadikan sebab aku tidak suka Sydney.. "
Suga tidak meneruskan kata-kata nya.

[ C ] miracle in love • mygWhere stories live. Discover now