15 . 🍁

744 88 20
                                    


Suga memandang lengannya yang berbalut.
Terasa sengal-sengal dia rasa.
Dia keluh berat,
Tidak percaya dengan apa yang telah berlaku hari ini.
Benar-benar mengubah semuanya.

Seorang lelaki duduk di sebelahnya.
" Encik Suga,
Sebentar lagi masuk ke bilik saya.
Saya mahu periksa keadaan awak.
Jika ada kecederaan dalaman memudahkan pihak hospital untuk merawat "

Suga hanya angguk dengan kata-kata doktor lelaki itu.

" Doctor, "
Panggilan nya menghentikan langkah doktor muda itu yang ingin pergi.

" Nae, ada apa-apa lagi? "

" Dekat mana sepupu saya, Kim Hanbin? "
Sebut sahaja nama itu buatkan dia rasa sebak.
Sungguh tidak dia percaya kali ini nama itu di sebut, tetapi pemiliknya sudah tiada lagi.

" Kami sudah pindahkan ke bilik mayat.
Masih berada di ruang luar kalau Encik nak tengok.
Bilik mayat di tingkat bawah "
Terang doktor itu dan melangkah pergi.

Perlahan-lahan Suga berdiri.
Lengan kirinya di angkat.
Benar-benar rasa pedih dan sengal.
Langkah dia atur ke lift dan masuk.
Turun sahaja ke tingkat paling bawah dan mula menuju kearah bilik mayat.

" Hiks— "

" Sabar Jihyo.
Aku tahu kau kuat "

Suga tidak jadi masuk, dia berdiri di muka pintu.
Pilu melihat Hwasa sedang menenangkan Jihyo,
Wanita itu duduk atas kerusi roda .
Di depan mereka ada sekujur mayat yang di tutup dengan plastik hitam.

Suga melangkah pergi, tidak mahu menganggu mereka.
Lagipula mesti Jihyo masih tidak suka dengan kehadirannya.
Dia kembali duduk di tempat tadi, berehat sekejap sebelum pergi ke bilik doktor.

" Suga! apa dah jadi ni? "

Terkejut Suga tiba-tiba omma nya, Puan Min muncul dan duduk di sebelahnya.
Wajah itu tampak risau benar.
Lengan Suga yang berbalut dia belek sehingga kan Suga seketika wajah Suga berkerut sakit.

" Kamu buat apa ni?
Siapa suruh kamu selamatkan diorang tu?
Omma dah berapa kali cakap kamu dengan Jihyo dah tak ada apa-apa "

Suga hanya diam.
Dia penat mahu bergaduh.

Zee yang turut hadir duduk di sebelah kiri Suga.
" Doktor kata apa?
Ada kecederaan teruk ke? "

Suga geleng.
" Suga okay aje.
Kalau mummy nak tengok Hanbin ada dekat bilik mayat tingkat bawah sekali "

Zee angguk.
Wajah itu nampak sedih.
Berbeza dengan Puan Min yang sememangnya sedari dulu bencikan Jihyo dan Hanbin.

Puan Min mendengus geram, dia berdiri.
" Dah lah, omma nak pergi jumpa perempuan tak guna tu.
Di sebabkan dia kamu cedera.
Memang dari dulu mendatangkan malang "

" Ma, jangan jangan.
Suga tak nak Jihyo tahu yang Suga selamatkan dia "
Suga berdiri dan menghalang omma nya itu dari pergi.

" Waeyo?!
dia patut tahu.
Dengan apa dia nak bayar kecederaan kamu ni?!
Kamu hampir maut tahu tak "
Ujar Puan Min dengan nada marah.
Dia cukup marah sekarang ini.

" Min, bawa bersabar.
Apa yang berlaku ni bukan salah Jihyo.
Dia tak paksa pun Suga tolong dia.
Jangan kamu salahkan dia "
Zee bersuara.

" Dah lah ma.
Tak payah lah bising-bising hal ni.
Suga tak ada apa-apa pun.
Cedera sikit aje ni.
Lagipun Suga sendiri dengan rela hati tolong.
Tak ada siapa suruh pun "

[ C ] miracle in love • mygWhere stories live. Discover now