Poseidon | jjk[Karya ini hanya mempunyai 10 bab pendek. Harap awak semua menyukainya. Don't forget to drop your comment and votes after finish reading.]
"Saya sentiasa sayangkan awak, Jungkook."ucapku ikhlas seraya memeluk tubuh sasanya dari arah belakang.
Aku melihat wajahnya bertambah merah. Telapak tangan lelaki itu mendarat di atas kepalaku lalu helaian rambutku digosok mesra.
'Ya,tuan puteri Yoon Ji.'bibirnya bergerak menuturkan bicara sepi. Jemarinya sibuk memberi isyarat bahawa dia gembira dengan luahan hatiku.
Siapa Jungkook pada diriku?
Dialah penjagaku sejak kecil. Wajah mudanya tidak berubah. Sama seperti 15 tahun yang lalu. Kekal muda dan tampan seperti kebiasaannya.
Seringkali aku aneh tentang asal-usulnya. Satu perkara yang aku tahu daripada tuan rumah anak yatim itu.
Jungkook datang dan dia sendiri menawarkan diri untuk bergelar penjagaku.
15 tahun berlalu. Usiaku sudah mencecah angka 20 tahun. Entahlah hatiku juga terusik ingin mengorek usia sebenar lelaki itu.
Dia kekal misteri. Tapi, kebajikan dan kasih sayangnya sangat aku hargai.
Lihatlah tatapan matanya yang bersinar indah. Jungkook menguntum senyuman kecil.
Jari telunjuknya menuju tepat ke arah langit malam yang disinari bintang bergemerlapan indah.
'Aku bintang kau. Ingat ya.'
Aku mengangguk setuju. Walaupun suasana antara kami sunyi tidak bersuara, mata kami yang bertaut menjalinkan komunikasi dalam diam.
"Jungkook tak akan tinggalkan saya kan?"aku menyoal lembut.
Serentak dengan itu,Jungkook melarikan pandangan matanya. Jemarinya yang merangkul lenganku dilepaskan segera.
Kepalanya menunduk ke bawah. Tangannya bergerak menunjukkan isyarat yang dia enggan berbicara panjang.
Aku dapat rasakan kau sorokkan sesuatu daripada aku Jungkook.
Hati aku dijentik rasa kurang enak memikirkan raut wajahnya yang mendung.
-tbc-
YOU ARE READING
[C]Poseidon | JJK
FanfictionAku bintang terlarang yang kau inginkan. End: 16/12/2019 Art: Anis