Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Gelar sahaja namaku Jeon Jung Yoon. Aku anak tunggal. Tiada adik beradik dan tinggal bersama eommaku, Jeon Yoon Ji.
Umur aku pula sepuluh tahun. Usah bertanya umur eommaku itu. Umur sahaja sudah mencecah awal 30-an tapi jika kau pandang, mesti sangka dia itu kakakku.
"Ingat pesan eomma. Jangan keluar langsung. Pegang janji arasseo?"aku menggangguk patuh. Serentak dengan itu, kucupan eomma berlabuh di dahi serta kedua belah pipiku.
Rasa disayangi tu terlalu kuat walaupun appa tiada di sisi kami berdua.
Siapa appa? Aku menggeleng keseorangan. Kertas lukisan terukir potret wajah seseorang aku keluarkan dari bawah katil.
Senyuman lebar menguntum di wajah. Aku gembira sangat. Muka kacak appa aku tenung dengan penuh khusyuk.
Kata eomma, hari ini ulang tahun kelahiran appa. Aku juga tumpang rindu seperti eommaku.
Entah bila ada rezeki untuk bertemu si dia. Buah hati pengarang jantung eomma dan kesayangan kami berdua.
Jemari kecilku mendarat di atas potret tersebut. Meletus gelak tawa kecil tatkala kawasan atas bibir appa aku lakarkan bentuk misai separa tebal.
Barulah nampak hensem. Ada misai pun appa tetap kacak. Patutlah eomma makin sayang!
Aku teringatkan pesanan yang eomma seeing titipkan kepadaku setiap bulan.