2

2.8K 559 52
                                    

Di sebalik langsir yang tebal itu, aku berdiri dengan tubuh yang menggigil ketakutan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di sebalik langsir yang tebal itu, aku berdiri dengan tubuh yang menggigil ketakutan.

Jungkook berkelakuan aneh daripada kebiasaan. Tubuhnya yang bersarung helaian t-shirt putih direntap kasar sehingga ianya terlucut daripada badan.

Mukanya diraup beberapa kali menandakan dia resah akan sesuatu. Sebotol ubat berisi pil ditaburkan di atas meja dapur.

Pil-pil tersebut disumbat ke dalam mulut secara rakusnya. Tubuhnya terduduk lemah di atas kerusi sambil kepalanya disembam ke atas meja.

Nafasnya turun naik. Berentak berat dan seolah terseksa dengan sesuatu.

"Y-yoo.."

Suara garau Jungkook bergema buat kali pertama dalam hidupku. Aku menekup mulut. Tubuhku ingin bergerak ke arahnya.

Ingin ku rangkul tubuh itu agar dia tidak menangis terseksa keseorangan.

Pesanan Jungkook beberapa hari lepas masih segar terngiang-ngiang di memoriku.

Poseidon. Makhluk di alam sana sedang menyeru kebangkitan dirinya yang asal.

Perangai semulajadi Poseidon membuatkan aku takut. Jungkook melarang keras aku mendekatinya jika dia berkelakuan seperti ini.

Mirip orang hilang akal. Butir-butir ubat disepahkan sehingga jatuh ke atas lantai.

Desahan nafasnya bertambah kencang. Jungkook menumbuk dadanya berulang kali.

Sakit dan perit yang ditanggungnya kian terasa. Baru aku berura mahu melangkah ke situ, kepalanya menggeleng laju.

'Yoon Ji, pergi sekarang. Masuk bilik, tidur dan lupakan semua ini.'

Dalam kesakitan yang ditanggung olehnya, Jungkook tersenyum lemah.

Aku mengerah juga diri ini untuk berlalu pergi walaupun tangisan Jungkook masih bergema kuat.

Pintu aku hempas kuat tanda memprotes keputusannya. Kau kejam Jungkook.

Mata aku tak sanggup menyaksikan kau terseksa.

Tolong aku ya tuhan. Hati aku semakin sukar menerima keadaan Jungkook yang bertukar parah.

Berbekalkan semangat dan keberanian kecil, aku bergegas keluar dari bilik.

Tuala tebal aku selimutkan di tubuhnya yang tak berbaju. Kehangatan aku cuba salurkan kepada dirinya yang menggigil kesejukan.

-tbc-

A/N:

Setakat bab ini, Jungkook masih bisu tau!

Dialog italic/sendeng itu Jungkook cakap menggunakan bahasa isyarat.

So far so good?

[C]Poseidon | JJKWhere stories live. Discover now