5

2.2K 525 78
                                    

[Ada yang rindu update ff ini? Maaf buatkan awak semua menunggu lama

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

[Ada yang rindu update ff ini? Maaf buatkan awak semua menunggu lama. Harap menyukainya. Vote dan komen ey?]

Aku duduk memeluk tubuh apabila Jungkook melepaskan aku daripada cengkaman jemarinya yang kuat dan menyakitkan itu.

"Kau sayang aku."

Sepasang mata redup itu berair. Ralit dia merenung jemarinya yang menggeletar takut.

"Aku tahu kau sayang aku,Yoon Ji."ujarnya berulang kali dengan nada sebak tidak terhingga.

Bahunya terhincut-hincut menahan tangis yang lebat membasahi pipinya sejak perubahan yang dialaminya sebentar tadi.

"Jungkook selamanya dalam hati Yoon Ji."aku tuturkan perlahan lalu jari telunjukku dibenamkan ke atas dada yang berdegup kencang.

Hati berentak tidak keruan tika susuk tubuhnya yang dipenuhi tattoo emas dan hitam itu merangkak ke arahku.

"A-aku sayang kau juga."

Kepalanya dilabuhkan di atas bahu kiriku bersama rangkulan jemari kasarnya di lenganku.

Nafasnya berbunyi berat. Setiap helaan itu disusuli pergerakan tubuh badan yang menggigil resah.

Seperti ada yang menyeksanya tanpa henti dan belas ihsan.

"P-perlukah aku pulang ke sana sedangkan hati aku mahu berada di sini?"bisiknya lagi.

Lenganku digoyangkan berulang kali. Buat kali kedua, tangisan Jungkook terhambur jua di hadapanku.

"Jungkook, awak okay. Saya ada dekat sini. Pandang mata saya."aku memegang kemas bahu Jungkook.

Lelaki itu gelisah semakin teruk. Matanya meliar ke sekeliling seakan mencari sesuatu.

"K-kook enggan pulang ayahanda."ucapnya lantang seraya menjauhkan diri daripadaku.

Telapak tangannya menekup telinga. Tika pandangan mata ini bertaut, senyuman lemah terukir di hujung sudut bibirnya.

Jungkook bingkas bangun tanpa berkata apa-apa. Sliding door ditolak kasar lalu tubuhnya keluar melarikan diri ke arah luar.

'Tunggu kook pulang ya, cinta hati.'

Tangannya bergerak pantas melakukan gerak-geri bahasa isyarat betul-betul di hadapan mataku.

Sedikit demi sedikit kakinya berundur ke belakang. Satu titis air matanya yang mengalir merobek isi hati aku.

Setiap saat dan minit berlalu.

'J-jaga diri. Aku pulang nanti.'

Dalam sekelip mata, tubuh Jungkook terjun ke dalam air laut yang bergelora.

Bunyi air berkocak kuat dan kepulan awan yang menjadi gelap muncul di mataku.

Lututku menjadi lembik. Tubuhku duduk melutut di hadapan pintu yang terbuka. Deruan angin pantai gagal menghentikan tangisan pilu yang bergema sepi itu.

Tangisan ini hanya mampu menghantar pemergian si dia.

Aku harap kau tepati janji, Jeon Jungkook

-tbc-

A/N:

Harap tak sendu!

Next chapter lebih intense dan more romance! ❤

[C]Poseidon | JJKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang