8

2K 415 60
                                    

[Drama dan babak pergelutan yang cukup panas dalam bab ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Drama dan babak pergelutan yang cukup panas dalam bab ini.

Be prepare for the surprises!]






Yoon Ji mengawal diri daripada berkelakuan gugup. Sejak awal kedatangan Jimin ke rumahnya, dia melihat perubahan sikap Jimin yang terlalu ketara.

Gurauan bodoh dan senyuman lebar lelaki itu menyepi dari wajah. Yoon Ji menolak gelas berisi minuman coklat panas kepada lelaki itu.

Jimin tidak menolak. Dihirupnya sehingga habis lalu matanya mencerlung tepat ke arah Yoon Ji.

Makin lama bertentang mata, makin berasap hatinya. Apa-apa sahaja yang menjadi milik Poseidon buatkan hatinya mencaci hamun.

Ikutkan hati, mahu sahaja dia tamatkan nyawa wanita itu. Tapi, kehadiran Jungkook baru dapat menyala keseronokan lelaki durjana itu.

"Jimin, kau okay ke tak? Buang tabiat ke renung muka selekeh aku ni. Hurm?"seloroh Yoon Ji dalam bicara ringkas disusuli gelakan halus lelaki itu.

Bulu romanya yang menegang usah dicakap. Itu maknanya Poseidon sudah berlegar-legar di sekitar rumah Yoon Ji.

Baki masa untuk melupuskan riwayat penakluk hati Poseidon berada pada tahap kritikal.

Nafasnya dihela berat seraya telapak tangannya naik mencengkam permukaan leher Yoon Ji tanpa belas kasihan.

"Kau bodoh macam Poseidon."jerkahannya naik seoktaf.

Meronta-ronta tubuh wanita itu ingin meloloskan diri daripada tawanan Park Jimin. Nafas yang diseksa kuat mencengkam diri.

"Pergi mampus kau eh?"bisikannya Jimin berlagu riang. Tubuh Yoon Ji yang terdorong ke bawah dimanfaatkan sebaik mungkin.

Poseidon, poseidon, poseidon.

Jemari Park Jimin menggeletar hebat. Pisau yang dihunus tepat ke dalam jantung Yoon Ji disambut dengan bunyi sayup mantera kehadiran Poseidon.

"Aku dapat mampus dengan gembira. Hidup Poseidon juga akan berubah huru-hara."ujarnya separuh berbisik.

Matanya merenung telapak tangannya yang berlumuran darah. Keadaan Yoon Ji yang nyawa-nyawa ikan ditenung puas.

Kepalanya diangkat. Dia menayangkan senyuman kemenangan kepada Jeon Jungkook.

"H-hadiah untuk kau Poseidon."

Si Poseidon terjelepuk jatuh ke atas lantai. Tubuh Yoon Ji yang berubah kaku dan lembik digoncang sekuat hati.

'Y-yoon Ji sayang bangun. A-aku dah pulang. Aku merayu. Tolong bangkit demi aku. D-demi Poseidon kau?'

Pergelangan nadi Yoon Ji dirangkul lalu dia genggam kuat. Air mata yang bertakung di tubir mata lelaki itu tumpah laju membasahi pipi.

"Terserah untuk kau untuk lepaskan takhta atau bunuh aku sekarang."Jimin berkata tenang.

Dia maju selangkah ke hadapan. Tubuhnya betul-betul menghadap Poseidon.

"Aku yakin aku dah hancurkan hidup kau Jeon Jungkook. Iyakan?"

Jimin tersenyum puas apabila jemari Jungkook naik mencengkam kuat lehernya.

"Perempuan tu dah mati. Apa lagi yang kau ada? Nothing Jeon Jungkook. My beloved Poseidon."

-tbc-

A/N:

Apa pendapat korang?

Hehehehehehe.

Terkejut?

Iya saya tahu😂❤

[C]Poseidon | JJKWhere stories live. Discover now