Final : 10

2.3K 439 148
                                    

[Saya dah cuba yang terbaik untuk bab akhir ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Saya dah cuba yang terbaik untuk bab akhir ini. Semoga menyukai setiap babak yang ditampilkan.

Sebarang kekurangan maafkan seketul authornim di sini. Terima kasih dan syabas kerana anda berjaya sampai ke bab akhir.

Happy reading and drop your comment, love❤]






Poseidon : Final Chapter

Sepasang mataku terbuka luas lalu aku bangkit mengejut dari posisi terbaring atas lantai.

Kesan darah berlumuran di atas lantai begitu banyak. Namun, satu susuk badan manusia pun aku tidak ketemu.

"J-jeon Jungkook, poseidon saya?"aku menyeru namanya dalam intonasi separa cemas. Melilau iris mataku mencari gerangan si dia.

Jangan tinggalkan aku. Kau juga telah berjanji untuk kekal bersamaku. Rayuanku diluahkan menerusi satu esak tangis kecil.

Aku meraba-raba kawasan dadaku yang menjadi tempat tikaman pisau Jimin. Mulutku melopos luas tika satu kesan pun tidak wujud di situ.

Permukaan dada yang tepat posisi kedudukan jantung berada dalam keadaan normal.

Jimin turut lesap dari kawasan rumahku.

Dalam kekalutan yang menyinggah, aku secara tidak sengaja melihat kawasan pergelangan nadiku yang terukir tattoo bernama Poseidon.

Telapak tanganku naik mengusap dada yang berombak. Hati aku berasa sakit. Denyutan jantung ini mengingatkan aku kepada Jungkook.

Setiap kali jantung berdenyut kuat, mataku terkatup rapat.

Saat itulah aku berpeluang menatap wajah Jungkook yang tersenyum manis. Helaian anak rambutnya yang menutupi dahi itu beralun lembut.

Sungguh kacak dia berpakaian seperti seorang pemerintah yang agung tiada tandingan auranya.

Telapak tangannya juga menepuk dadanya sendiri. Jungkook menguntum senyuman lagi sebelum bayangan dia berlalu pergi tika kelopak mataku terbuka semula.

Sayup-sayup bunyi bisikan berkumandang di telingaku. Lenganku secara refleksnya memeluk tubuh.

"Aku dah berjanji kau milik aku selamanya, Jeon Yoon Ji."

Aku tergamam. Segera dibelek ukiran tattoo terukir nama Poseidon. Warna dakwat tersebut semakin gelap warnanya tika hatiku berbisik kata rindu kepada Jungkook.

[C]Poseidon | JJKWhere stories live. Discover now