9

2K 438 129
                                    

[Saya cuma berharap jalan cerita ini tidak hambar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Saya cuma berharap jalan cerita ini tidak hambar. Terima kasih untuk pembaca yang masih setia.]




Raungan pilu milik Poseidon bergema di segenap ruang tamu itu. Tubuh Yoon Ji tetap setia dalam pelukan lengannya.

Di hujung kakinya, tubuh kaku Jimin terbaring tidak bernyawa. Hatinya belum cukup puas. Air matanya kian laju menuruni lalu membasahi sekitar kawasan pipi.

Hati Jungkook bertambah gundah. Kepalanya digelengkan berulang kali. Sukarnya lelaki itu menerima hakikat Yoon Ji sudah tiada.

'Aku tahu. Ya, aku cuba selamatkan kau.'ucap Jungkook. Dia memeluk tubuh wanita itu dengan erat.

Mantera membangkitkan roh wanita itu diulang puluhan kali sehingga lidahnya berasa kelu. Setiap inci wajah cantik dan pucat itu dikucup lembut.

Kucupan bibir merahnya itu sebagai tanda wanita itu menjadi hak miliknya yang satu.

'Aku menyeru roh kau bangkit menghadap aku si poseidon. S-sekarang Yoon Ji."

Suara lelakinya bergetar hebat. Jungkook masih kuat memeluk tubuh kecil wanita itu. Disalurkan kekuatan dirinya sambil bibirnya tidak lepas daripada melafaz mantera tersebut.

'Bangun dan tatap wajah kesayangan kau ini, sayang.'bibirnya bisu menuturkan luahan hati.

Tubuhnya semakin lemah. Dia tidak mampu berada lama di atas darat apabila Yoon Ji sedar kelak.

'Cinta aku sentiasa wujud untuk kau.'

Jungkook tersengih lemah tika matanya tertancap pada warna kulit Yoon Ji yang sudah berubah warna.

Warna darah menghilangkan rona pucat tersebut. Segala kesakitan yang ditanggung kekasih hatinya dipindah milik kepada Jeon Jungkook.

Biarkan dia sakit asalkan Yoon Ji hidup semula.

'K-kau dah bangun.'

Jemari Jungkook merayap di sekitar kawasan bibir Yoon Ji. Bibir wanita itu dicium penuh kasih.

Kepalanya tersembam lemah di atas bahu Yoon Ji. Cecair pekat likat berwarna merah keluar dari celah bibir, tubir mata dan hidungnya.

'J-jika ini pengakhiran kita berdua, aku redha asalkan kau tetap wujud mengingati aku dalam doamu.'

Genggaman jemari Jungkook yang bertaut dengan Yoon Ji kian melonggar. Tubuh sasanya serta-merta rebah di sisi wanita itu.

-tbc-




A/N:

Satu bab akhir tak sempat saya nak edit.

Malam nanti saya kirim!

Tak habis lagi, masih ada kemungkinan yang wujud❤

Spam ❤ jika korang mahu ff ini settle hari ini.

Spoiler last chapter:

"Dia, anak,dan laut."

Okay, boleh buat teori korang.

Berjumpa lagi malam ini. 🐧

[C]Poseidon | JJKWhere stories live. Discover now