3

2.5K 535 57
                                    

Masa mencemburuinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Masa mencemburuinya. Setiap saat dan minit dirasakan terlalu bermakna buat Jungkook.

Kerana Yoon Ji, hidupnya lengkap.

Kedatangan dia ke dunia ini serba indah sehinggalah Jungkook memperoleh khabar berita.

Mereka. Rakyat di sana memerlukan pewaris takhta kerajaan laut itu untuk kembali menerajui pemerintahan.

Poseidon, nama asal bagi lelaki itu. Kedegilannya untuk turun ke bumi membawa banyak kebinasaan.

Gara-gara dia terpaut dengan sepasang mata cantik milik kanak-kanak bernama Yoon Ji itu di tepi pantai, kata-kata ayahandanya dilanggar tanpa berfikir panjang.

Dia diusir ke bumi. Sehelai sepinggang dengan sumpahan bisu yang menjadi halangan untuknya berkomunikasi dengan orang lain.

Usianya sudah menjangkau ke ratusan tahun. Tapi, kali ini seorang manusia meragut seluruh fokusnya.

Tanggungjawab ingin menjaga Yoon ji sepenuh hati dilihat begitu goyah untuk dipertahankan. Lamunan lelaki itu tergangguk tika tubir matanya yang basah dilap bersih oleh gadis itu.

Yoon Ji senyum manis dan comel. Terus berbunga kembang isi hati Jungkook kepada gadis itu.

"Kalau mereka perlukan awak, kembalilah. Yoon Ji di sini patut menerima kenyataan."pujuk Yoon Ji agar beban emosi Jungkook berkurangan.

'T-tapi aku sayang kau. Kau pelengkap hidup aku.'

Jemarinya sibuk mengungkap isyarat mesej untuk si gadis. Hati Jungkook bertambah gundah disebabkan Yoon Ji nekad untuk menghantarnya pulang ke kerajaan tersebut.

'Mereka menyeru jiwa poseidon dalam diriku. Aku yang lama adalah kejahatan yang tak disangkal.'

Jungkook berjeda seketika sebelum tutur katanya disambung lagi.

'Poseidon rakus, poseidon gila kuasa, poseidon perengus, suka berdendam dan poseidon gemarkan perang yang bermandi darah.'

Yoon Ji memeluk erat lelaki itu apabila dia merasakan Jungkook diserang panik dan gelisah berpanjangan.

Kedua-dua sisi pipi lelaki itu dipegang lembut. Perlahan-lahan wajah Yoon Ji mendekat lalu dia mencium bibir Jungkook.

Seluruh perhatian Jungkook bagaikan direntap kuat. Rentak jantungnya memainkan irama rancak.

'Inikah perasaan cinta dan sayang yang aku dambakan?'

Bahasa isyarat Jungkook zahirkan tatkala pandangan mata Yoon Ji beralih ke arah luar.

'Jungkook sayang Yoon Ji.'

Luahnya ikhlas seraya bibirnya tersenyum lebar. Elusan jemari Yoon Ji di pipinya menghanyutkan lelaki itu.

Jungkook mula memasang angan untuk hidup bersama. Hatinya tak henti memberi amaran. Namun, dia buat-buat lupa takdir yang sudah tersurat untuknya kelak.

-tbc-

A/N:

Update ff ini mengikut suka hati seperti yang dikatakan dalam intro.

Satu lagi update untuk korang jika saya rajin. Muahahahahah.

Terima kasih kerana sudi membaca ff ini. ❤

[C]Poseidon | JJKWhere stories live. Discover now