[Dua update since saya dah janji nak spam update! Penuhkan ruangan komen ya! Baru semangat saya nak karang bab seterusnya.]
Ribuan rakyat yang menghuni di bawah dasar laut menyembah hormat kepada Poseidon.
Poseidon yang teramat disanjungi rakyat jelata. Seluruh rakyatnya enggan mengangkat kepala. Takutnya mereka sehingga postur badan menikus ketakutan.
Mendengar suara garau lelaki muda itu bertempik garang. Bulu roma masing-masing mencanak tajam.
Bagaikan pesalah menunggu masa di kandang hukuman, tiada satu suara pun yang berani melawan kata.
Senyuman paksa terukir di wajah tampannya. Jeon Jungkook merenung tanpa perasaan rakyat-rakyat tersebut.
Terasa bahunya disentuh lembut ayahandanya. Di sisi kanan pula, bondanya tersenyum manis. Gembira bukan kepalang anak lelaki mereka pulang semula menerajui takhta.
"Pintaku cuma satu. Jangan ganggu ketenteraman aku di istana. Aku sememangnya tidak suka."titah Jungkook lalu bergegas turun dari situ.
"Bagaimana dengan bakal permaisuri anakanda?"si ayah cuba meraih lengan anak lelakinya.
Jungkook balas dengan senyuman penuh makna. Keningnya dijengketkan naik ke atas tanda dia teruja akan sesuatu.
"Hal itu biarlah menjadi urusan anakanda."
Sudah tentu dia teruja. Janji yang dipegang olehnya masih segar dan tersemat kukuh dalam fikiran Jungkook.
----
Setiap tahun tepat jam 12 malam bersamaan tarikh hari lahir Jeon Jungkook, aku berdiri di sini.
Tatapan mataku melorot pada air laut yang bergelora. Sudah lima tahun berlalu, kehadiran si poseidon itu aku nantikan tanpa jemu.
Sekalipun dia tidak muncul. Rindu yang terhimpun ini sukar dilunaskan kerana Jungkook tiada di hadapan mataku.
"A-awak dah lupakan saya?"aku soal lembut walaupun hakikatnya dia mungkin tidak mendengarnya.
"P-poseidon, awak betul-betul lupakan saya."aku membalas pertanyaanku yang tergantung sepi.
Aku kerah juga kudrat untuk berlalu pergi dari situ.
Tiba masanya untuk aku pindah dari kawasan pantai ini. Tiada gunanya untuk menaruh harapan setinggi awan.
Gigihnya aku menunggu walaupun sedar harapan itu sukar digapai.
----
Tubuhnya muncul dari tengah laut. Dari jauh, rumah wanita kesayangannya ditatap penuh kasih.
'Aku pulang lambat sangat ke?'
Kelajuan menyelamnya dipercepatkan. Tubuh sasanya keluar dari permukaan laut. Titis air laut membasahi seluruh tubuhnya.
Poseidon tidak hiraukan keadaan tubuhnya yang basah lencun. Bibirnya membentuk sengihan lebar tatkala iris matanya menangkap cahaya lampu bilik Yoon Ji.
'Kau dah tidur, s-sayang.'tuturnya berbaur hampa. Dia menyeludup masuk melalui celah tingkap yang terbuka separuh.
Matanya disimbahi cahaya kegembiraan. Emosinya bertambah baik kerana wajah cantik Yoon Ji cukup membuaikan hatinya. Jungkook duduk diam di birai katil.
Dia begitu leka menatap wajah Yoon Ji yang nyenyak dilamun mimpi indah.
'K-kesayangan aku tak mungkin ada orang lain. Yoon Ji hak milik Poseidon.'
Frame gambar yang terletak di atas meja kecil bersebelahan katil dicapai laju.
Imej Yoon Ji yang tersenyum manis sambil berdiri mesra dengan seorang lelaki asing menjentik kesabaran Jungkook.
'Y-yoonji sudah tak sayangkan aku.'
Jungkook bertukar baran. Habis berkecai kaca frame tersebut jatuh terhempas ke lantai.
Amukannya bukan biasa-biasa. Kalau boleh, mahu dikejutnya wanita itu bangun pada tengah malam itu juga.
Tapi, hatinya belum kuat untuk menghadap Yoon Ji.
Janjinya untuk pulang begitu lama bagi wanita itu.
Belahan bibir merah Yoon Ji dikucupnya beberapa saat sebelum tubuhnya keluar melalui celah tingkap tersebut.
Iris matanya bergerak ke arah sana. Suasana laut yang ditemani simbahan cahaya bintang yang berkilauan indah sedikit meredakan api kemarahan Jungkook.
'T-tapi jika poseidon inginkan sesuatu,tiada apa yang dapat menghalang diri ini.'
Imej lelaki asing itu disimpan elok dalam memorinya.
Jungkook akan hapuskan. Tiada lelaki lain yang mampu mengisi tempat sah miliknya di hati Yoon Ji.
Pemandangan rumah Yoon Ji ditatap sekilas lalu dia menjunamkan badannya semula ke dalam laut.
Dia pergi bersama dendam kesumat. Lelaki yang mendampingi Yoon Ji bukan orang biasa-biasa.
Jimin, musuh ketat si poseidon. Menghilang puluhan tahun. Dia muncul kembali sebagai peneman Yoon Ji di kala sepi.
-tbc-
A/N:
Selesai dua update.
Sedikit klu untuk ending.
Watak jimin.
Adalah racun buat Poseidon.
So, hehehehehe.
See ya later❤
YOU ARE READING
[C]Poseidon | JJK
FanfictionAku bintang terlarang yang kau inginkan. End: 16/12/2019 Art: Anis