[Karya ini tamat pada bab yang ke-10. Mohon sokongan semua.]
Aku duduk meneleku di atas katil. Bebola mataku melorot pada potrait gambar aku bersama Park Jimin.
Mungkin bagi orang asing yang melihat, mereka mungkin menganggap status hubunganku dengan Jimin berada pada tahap istimewa.
Dia cuma memegang status rakan baikku. Hati aku masih aktif berdegup kencang hanya untuk lelaki itu seorang.
Poseidon. Aku cukup merindui kehadiran dia.
Aku syak kau sudah hidup berbahagia di dunia sana. Doaku ingin melihat Jeon Jungkook tersenyum gembira.
Biarkan dia menikmati suasana tempat asal-usulnya. Selagi aku mampu menunggu, aku berjanji untuk setia untuk kau seorang.
Pulanglah walaupun hanya buat seketika.
Sekurang-kurangnya, aku berharap rasa rindu yang kuat mencengkam ini dapat dilegakan sedikit.
Jungkook, I miss you so much.
Kau rindu aku ataupun tidak?
----
Sementara menunggu Yoon Ji bersiap, susuk tubuh lelaki itu berdiri menghadap pantai.
Dia begitu ralit menikmati suasana waktu petang yang ditemani deruan angin yang menyapa lembut kulitnya.
"Anak tak berguna seperti kau Poseidon sepatutnya kekal menjadi budak bisu di sini."dia bersuara keras.
Jimin tidak betah berdiri lama. Genggaman penumbuknya dibentuk kuat tatkala matanya menangkap pergerakan tubuh Jungkook yang muncul dari dalam laut.
Kedudukan laut dan kawasan pantai yang masih jauh itu tidak mematahkan keberanian Jimin.
"Aku lebih layak untuk menjadi Poseidon. Bukan sampah macam kau."sambungnya lagi sebelum tubuh Jimin berpusing ke arah rumah Yoon Ji.
Dendam yang membara itu harus dilangsaikan secepat mungkin. Satu-satunya cara untuk menundukkan Jungkook cuma satu.
Bunuh kesayangan hati Poseidon. Barulah dia dapat mara ke rancangan seterusnya.
Hancurkan Poseidon sehingga musnah segalanya. Bukan senang untuk dia meraih takhta tersebut, Jimin sanggup walaupun ada yang akan bermandi darah.
"Aku menunggu ketibaan kau di rumah Yoon Ji. Lepaskan takhta, Yoon Ji selamat. Choose."
Muka sinisnya ditampal senyuman plastik usai pintu utama rumah dibuka dari dalam oleh Yoon Ji.
Jambangan bunga ros diserahkan mesra kepada wanita itu. Jimin tidak berlengah masa. Laju dia mempercepatkan derap langkah ke dalam rumah.
Terlambat sedikit, Poseidon akan menang. Hal ini yang paling Jimin takutkan.
-tbc-
A/N:
Bab ini sekadar bab filler sahaja. Maaf jika saya buatkan korang menunggu lama.
Happy reading❤
YOU ARE READING
[C]Poseidon | JJK
FanfictionAku bintang terlarang yang kau inginkan. End: 16/12/2019 Art: Anis