MAHFUZ - 2

51K 3.4K 1K
                                    

Sebulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebulan kemudian...

"MAAF, saya lambat."

Lelaki yang berdiri membelakanginya terus saja berpaling. Kolar baju dirapikan. Manakala Iman, sedang sibuk mengibas-ngibas baju blausnya yang sedikit basah dek meredah hujan.

Mata mereka saling berpandangan. Senyuman Iman terukir manis untuk lelaki yang tidak lama lagi bakal menjadi suaminya. Enam tahun tidak bersua muka, akhirnya mereka bertemu juga.

Meskipun dia tahu Iman bekerja di perpustakaan milik mamanya, lelaki itu tidak pernah mahu bertembung dengan Iman lagi.

Kisah silam enam tahun lepas masih segar di ingatan. Gadis itu dengan rela hati menyerahkan tubuh kepadanya. Sebagai lelaki, ikan di hadapan mata, rela dijamah, masakan dia mahu tengok saja?

"Kau lambat lima minit, 40 saat!" Adam menyilang lengan yang kekar ke dadanya yang bidang. Matanya tidak lari dari menatap wajah itu.

Jadi perempuan inilah yang dipilih mamanya. Perempuan yang dia pernah tolak cintanya dan dia tiduri tanpa sebarang ikatan yang sah.

"Maaflah..."

"Aku tak expect langsung kau berani tunjuk muka kau depan aku lagi!" Adam tersenyum sinis. Sempat dia menjeling Iman sebelum dia melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Iman ditinggalkan terkebil-kebil di belakang.

Haih, Iman melepaskan nafas panjang. Dia jadi ragu-ragu pula dengan keputusannya ini. Kenapa baru sekarang hatinya seolah-olah berkeras mahu menolak dan menarik semula keputusannya? Kus semangat berdepan dengan lelaki itu.


"ICE Coffee dua, nasi goreng kampung dan nasi ayam penyet. Ada apa-apa lagi nak tambah?" tanya pelayan lelaki tersebut.

Iman dan Adam menggeleng serentak. Keadaan kembali janggal dan kekok setelah pelayan tadi berlalu pergi. Tidak tahu apa yang harus mereka bicarakan. Sepatutnya topik yang mereka harus bincangkan adalah mengenai persiapan majlis perkahwinan mereka namun, tiada seorang pun yang mahu memulakan bicara.

Iman teringatkan apa yang terjadi di antara dia dan Adam enam tahun yang lalu. Tiba-tiba, dia rasa segan berdepan dengan lelaki itu. Bodohnya kau, Iman. Kenapa kau sanggup serahkan tubuh kau demi sebuah cinta yang tak terbalas.

"Kenapa kau terima tawaran mama aku?" Adam bersuara. Matanya tajam merenung wajah polos Iman.

Sebab saya terpaksa. Sayangnya, ungkapan itu hanya mampu disuarakan di dalam hati sahaja. Lelaki itu tidak perlu tahu atas sebab apa dia menerima tawaran Puan Yani untuk berkahwin dengan Adam.

"Orang tanya, jawab laa..." Keras nada suara Adam. Pantang betul dia apabila soalannya tidak dijawab.

"Se... sebab saya... saya..."

"Saya apa, bodoh?" asak Adam tak sabar. Dia tak suka menunggu.

"Sebab saya dah lama sukakan awak!" Iman ketap bibir.

Dia tidak ada alasan lain. Dia tidak sempat berfikir. Payah betul berdepan dengan manusia yang tak kenal erti sabar. Dengup jantungnya semakin tidak terkawal apabila Adam memandangnya dengan tajam.

"Bila kau nak bencikan aku?" soal Adam tiba-tiba.

"Kenapa awak tanya macam tu?"

"Bila? Bila kau nak benci dekat aku, Iman?" Adam mengulangi soalan yang sama dalam intonasi yang lebih serius.

"Perlu ke saya benci awak, Adam?" tanya Iman kembali.

"Yeah... you should. Aku dah rampas sesuatu yang mustahil untuk aku serahkan kembali pada kau. Aku tolak cinta kau... dan sepatutnya kau benci aku, Iman. Kau tak patut simpan rasa cinta tu lama-lama."

Iman, perempuan yang tergila-gilakan dia sehinggakan sanggup menyerahkan tubuh padanya. Iman juga perempuan yang dia sakiti enam tahun yang lalu. Hati Adam mula terdetik. Kenapa dia benci Iman sangat? Sedangkan gadis itu tidak pernah menyakitinya. Sebaliknya, dia yang sering menyakiti hati Iman.

"Saya... saya tak tahu." Jujur, Iman tak tahu. Banyak faktor yang membolehkan Iman membenci Adam tetapi entah kenapa rasa itu tidak pernah muncul.

Semakin dia mahu membenci, semakin kuat rasa cinta mencengkam. Semakin dia mahu mengelak, semakin dekat pula Adam dengannya. Kenapa?

"Tolong, aku merayu. Tolong bencikan aku dan lupakan pasal perkahwinan ni. Aku tak boleh kahwin dengan kau. Aku tak cintakan kau," ujar Adam separuh merayu.

Iman diam. Renungan mata Adam ditatap lama. Hatinya terasa perit. Dia agak terkesan dengan kata-kata Adam.

"Tolong faham keadaan aku, Iman. Aku cintakan orang lain dan aku perlukan dia dalam hidup aku. Aku tak nak kau terseksa nanti bila kita terikat dengan ikatan yang sah."

"Saya dah nekad dan saya yakin dengan keputusan saya untuk berkahwin dengan awak. Awak nak atau awak tak nak, saya tak kisah. Perkahwinan ni tetap akan diteruskan," balas Iman sedikit tegas.

Adam menghentak meja. Orang sekeliling terus saja memandang mereka dengan riak wajah terkejut. Pelayan yang baru saja sampai untuk menghantar makanan dan minuman yang dipesan tadi turut terkejut. Dia pandang Adam dan Iman silih berganti sebelum beredar pergi.

"Kau tak faham bahasa ke, Iman?" Suara Adam mendatar, menahan marah. Tangannya mengepal penumbuk.

"Aku tak nak kahwin dengan kau! Yang kau beria-ria sangat ni dah kenapa, bodoh!" Adam hentak meja sekali lagi.

Tangan Iman sudah menggigil. Dia malu diherdik begitu di khalayak ramai. Jika dia cuba menenangkan Adam, dia pasti amarah lelaki itu akan meletus lagi dan suasana akan menjadi semakin kecoh.

"Asal diam? Jawablah!" bentak Adam, kasar.

Iman tetap diam membisu. Air mata memenuhi tubir matanya. Bibir diketap rapat, menahan diri dari menangis.

"Kau dah desperate sangat ke? Memang dah tak ada lelaki lain ke yang kau nak ajak kahwin dalam dunia ni selain aku? Oh, aku hampir terlupa. Lelaki mana yang nak bekas orang lain, kan? Jijik! Aku rasalah, sepanjang enam tahun ni, mesti dah banyak jantan ratah badan kau kan?" Dia tersenyum sinis. Melihat wajah Iman yang bertukar merah itu membuatkan hatinya terasa puas.

"Mama aku tahu tak yang perempuan dia pilihkan untuk anak dia ni perempuan murahan? Perempuan sundal tak tahu malu!"

Splash! Adam tergamam. Matanya tajam merenung ke arah Iman.

Dek tidak tahan maruahnya dihina dan dipijak-pijak sebegitu sekali, dengan beraninya Iman menyimbah air yang dipesan tadi ke muka Adam. Matanya tajam menentang sepasang mata lelaki itu. Tanpa dia sedar, air matanya mengalir.

"Saya tak sehina itu, Encik Adam Mahfuz. Sebelum encik judge saya, apa kata encik cermin diri encik dulu. Saya sedar dulu saya khilaf. Saya menyesal! Oh ya, kalau saya perempuan murah, how about you? Encik pun tak jauh beza..." Hujung bibir Iman ternaik sedikit. Beg tangan dicapai dan dia terus berlalu pergi.

"Arghhh! Perempuan bodoh!" Turun naik dada Adam menahan marah. Wajah yang basah diraup kasar.

Iman... Iman... jangan harap kau akan hidup senang lepas ni.


TBC

Update: 160120

[B1] MAHFUZ (TERBIT)Where stories live. Discover now