So, here's the official prologue for Mahfuz! Maaf akan kekurangan dalam prologue ni. Jika ada perubahan, saya kasi tau ya.
•••
SHORT INTRODUCTION
•••
OST MAHFUZ — Tercipta Untukku cover by Michela Thea
•••
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Kahwin dengan anak aunty?"
Demi menyelamatkan rumah tangga orang lain, dia sanggup menggadai masa depannya sendiri. Mengahwini lelaki yang tidak asing baginya. Kisah lalu bersama lelaki itu kembali menghantui. Perasaan cinta dan sayangnya pada seorang Adam Mahfuz tidak pernah kurang walau sedikit.
"Aku cuma nak Maya aku balik, Iman. Kau tak faham! Kenapa kau selalu hancurkan rancangan aku. Tolonglah, tolong jangan masuk campur urusan aku lagi"
— ADAM MAHFUZ"Awak, apa perasaan awak bila rumah tangga awak hancur disebabkan orang ketiga? Dan, awak sebagai suami, awak sanggup nak biarkan isteri awak dirampas oleh orang lain?"
— IMAN DALIAYa, ikatan ini terlalu menyakitkan. Iman tidak mengharapkan kebahagiaan kerana dia yakin perkara itu sangat mustahil. Kebencian Adam kepadanya terlalu besar dan lelaki itu tidak pernah sudah melukai hati dan perasaanya. Jiwanya dihambat derita yang tak bisa diungkap dengan kata-kata.
Kemudian, Muncul seorang Eshan Luthfi dalam hidup seorang Adam Mahfuz. Huru hara hidup Adam dibuatnya. Eshan bukan seorang lelaki biasa, lelaki yang mencintai seorang perempuan. Tidak sama sekali. Padanya, perempuan adalah makhluk Tuhan yang dicipta sekadar menyusahkan hidup kaum lelaki saja.
"Dari hari pertama kita bertentangan mata, I think I'm falling for you"
— ESHAN LUTHFI"Tuan Eshan... g-gay?!"
— ADAM MAHFUZAdam berusaha meraih cinta bekas tunang yang sudah bahagia bersama pilihan hatinya. Manakala Eshan, dia mencuba sedaya upaya merampas Adam dari Iman Dalia. Adam terdesak. Dia perlukan pertolongan Iman.
"Boss aku ni lain macam sikit, itu yang aku mintak kau tolong aku"
— ADAM MAHFUZ"Tolong apa?"
— IMAN DALIA"Berlakon. Tunjuk dekat dia yang kita ni pasangan suami isteri yang bahagia"
— ADAM MAHFUZMasalah demi masalah datang. Rumah tangga mereka yang sememangnya dari awal lagi retak kini semakin hancur. Roboh. Tidak cukup Eshan menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka, datang pula seorang gadis yang berjaya mencuri hati Adam.
"Awak sayang suami saya tak, Rana?"
— IMAN DALIA"Lebih dari sayang..."
— RANA WASHNAMisi Iman selesai. Adam berjaya beralih dari Maya. Eshan pula menghilang tanpa khabar dan bagaimana pula dengan Adam?
"Adam, awak ingat tak janji saya dekat awak sebelum ni? Kalau awak berjaya move on dari Maya dan jumpa perempuan yang awak nak sehidup semati dengan dia... saya akan undur diri. Ingat tak?"
— IMAN DALIA"Ingat. Kenapa?"
— ADAM MAHFUZ"Saya rasa, ini masa yang awak tunggu-tunggu dari hari pertama kita kahwin dan mungkin sampai sekarang. Adam suami yang saya cintai... lepaskan saya?"
— IMAN DALIAMasing-masing dengan haluan masing-masing. Di saat dia belajar apa erti setia, menghargai dan menerima, dia berlari mencari di mana bidadarinya pergi menghilang. Dia perlukan Iman.
"Kau dekat mana Iman? Kenapa kau seksa hati aku macam ni..."
Iman, di mana wanita itu? Masih bernyawa atau sudah tiada? Sudah dimiliki orang atau masih mengharapkan Adam datang kepadanya?
Nantikan jawapannya di dalam kisah MAHFUZ
' Terpelihara '
•••
"Your part in my story was over and I had to accept it"
- R.H. Sin
YOU ARE READING
[B1] MAHFUZ (TERBIT)
Romantizm(2020 - belum di-edit. Ayat berterabur) "Mungkin sudah tertulis disana, kau dan aku bukan takdir" - kawasan bahaya HAHA