MAHFUZ - 5

44.8K 3K 507
                                        

DENGAN sekali lafaz, Iman Dalia sah menjadi isteri kepada Adam Mahfuz

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

DENGAN sekali lafaz, Iman Dalia sah menjadi isteri kepada Adam Mahfuz. Isteri atas kertas. Adam tak mahukan perkahwinan ini. Sudah banyak kali dia membantah, tapi bantahannya tidak dilayan. Puan Yani nekad menyatukan Adam dengan Iman. Muktamad.

Semua ahli keluarga sebelah perempuan sudah pulang ke rumah melainkan kakak, abang ipar dan anak buah Iman. Mereka masih sibuk berborak dan berkenalan dengan sepupu-sepupu Adam. Iman pula menyibukkan diri membungkus lebihan makanan dari majlis mereka petang tadi.

Manakala Adam, tengah melayan perasaan di biliknya. Dia sudah penat menayangkan senyuman palsu selama tiga jam.

Pintu bilik dikuak perlahan oleh Iman. Dia mengatur langkah mendekati katil yang cantik dihias oleh ibu mentuanya. Lelaki itu yang kini sudah bergelar suaminya sedang berbaring di atas katil itu dalam posisi mengiring membelakanginya.

"Lusa kita pindah. Kita tinggal asing-asing. Kau jangan berani nak bantah!" kataAdam, tegas.

"Aku tak sudi nak tumpangkan kau tidur di rumah aku. Jijik"

Iman diam tak berkutik. Kepala ditundukkan. Aku tak sudi nak tumpangkan kau tidur di rumah aku. Pedih, kata-kata itu sangat menusuk ke hati Iman. Iman cuba abaikan dan membiarkan kata-kata lelaki itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Perkahwinan ni hanya sementara sahaja, bukan?

Dia sendiri tak yakin sama ada dia berjaya atau tidak. Perkahwinan ini bagaikan sebuah misi yang sangat berat baginya dan harus diselesaikan juga. Dia harus cari cara bagaimana mahu menghentikan rancangan Adam dan sekali gus membantu Adam melupakan Maya.

Maya Rihana, bekas tunang Adam. Iman kenal siapa Maya. Beberapa tahun yang lalu, dia dijemput hadir pada hari pertunangan Adam dan Maya. Cemburu? Tipulah kalau Iman kata tidak. Orang yang kita cinta, bertunang dengan perempuan lain. Sangat-sangat menyakitkan.

Disangkakan ikatan pertunangan itu hingga ke jinjang pelamin, malangnya tidak. Adam memutuskan pertunangannya dengan Maya. Selepas setahun mereka berpisah, Adam kembali meraih cinta bekas kekasih yang rupanya sudah berkahwin dengan lelaki lain.

"Kalau mama tanya, saya nak jawab apa?" soal Iman tenang.

"Jangan jadikan mama aku sebagai alasan Iman," balas Adam, kasar.

"Saya nak tinggal dekat mana, Adam? Saya takde rumah. Selama ni saya menumpang di rumah kakak dengan abang ipar saya. Nanti diorang tanya macam-macam pulak bila saya tak tinggal dengan awak."

Adam mendecit. Ada betulnya juga. Takkan dia nak tinggalkan Iman di rumah mamanya. Bising mulut wanita itu nanti. Adam pun malas nak tadah telinga dengar bebelan mamanya.

"Err... salah ke kalau saya tinggal dengan awak? Dapat juga saya tengok-tengokkan awak, jaga awak." Iman mencuba nasib. Mana tahu Adam berubah hati. Tak apalah tak tidur sebilik, asalkan mereka duduk serumah.

"Aku dah cakap tadi kan, Iman. Aku tak nak serumah dengan kau. Meluatlah aku asyik nak hadap muka kau aje setiap hari."

Ouch.

"Dah memang lumrah alam rumah tangga macam tu. Awak tak dapat nak ubah," balas Iman.

Adam bingkas bangun. Ikatan rambut Iman ditarik kemudian dilepaskan.

Iman terjerit. Tangannya mengusap belakang kepala yang terasa sakit setelah Adam menarik rambutnya dengan kasar.

"Boleh diam tak?!" bentak Adam.

"Memang saya diam aje tadi. Awak yang start cakap dengan saya," balas Iman. Dia lantas bangun, menjauhi diri dari Adam.

"Kau nak ke mana pulak?" soal Adam. Dia segera turun dari katil.

Belum sempat Iman menutup pintu bilik air, terasa ada seseorang menahan pintu itu dari tertutup dan menolak kuat hinggakan tubuhnya turut terdorong sedikit ke belakang.

Adam melangkah masuk ke dalam bilik air dengan senyuman penuh makna. Tubuh Iman ditolak merapati dinding. Dia menghimpit tubuhnya ke badan Iman.

Posisi mereka terlalu rapat sehinggakan Iman boleh rasa hembusan nafas Adam. Mereka berbalas pandang. Lama.

"A... awak nak buat apa ni?" soal Iman, gagap. Dia cuba menolak tubuh tegap Adam, namun gagal apabila Adam menahan lengannya.

Senyuman nakal tersungging di bibir Adam. "Kau tahu kan malam ni malam apa?" Dia berbisik di telinga Iman.

"M... malam..." Iman jadi segan. Liur yang ditelan terasa kesat.

Adam tersenyum. Iman nampak panik. Macamlah diri tu masih anak dara.. Tangan Iman dilepaskan dan pipi Iman dielus manja. Setelah selesai mengelus pipi mulus Iman, Adam terus mengucup ubun-ubun isterinya.

Iman terus terbuai dengan sentuhan lembut Adam.

Dagu Iman ditarik. Wajah perempuan yang dibencinya itu ditatap lama. Cantik. Bibir merah Iman dipandang sekilas.

Usapan lembut pada pinggangnya membuatkan Iman terasa lemah. Dia goyah. Tanpa dia sedari, dia turut memberi tindak balas kepada sentuhan si suami.

Malam itu, dia merelakan perbuatan Adam terhadapnya. Bukankah memuaskan Adam adalah salah satu daripada tanggungjawabnya?

Adam menyentuhnya dengan lembut dan tidak menyakitinya sama sekali. Mereka lemas dalam dunia asmara yang dicipta. Tiada siapa yang menganggu dan tiada siapa yang menghalang.

Selimut ditarik menutupi dada yang terdedah. Iman memandang wajah kacak Adam yang sedang lena. Ditatap tanpa rasa jemu. Rambut Adam diusap dengan penuh kasih sayang. Dia menguntumkan senyuman manis. Comel aje dia tidur, macam anak kucing. Tapi bila Adam bangun, tiba-tiba jadi syaitan.

Iman bersandar di kepala katil. Hampir satu jam dia duduk begitu. Badan terasa penat, tapi mata masih belum mengantuk. Dia menoleh ke arah Adam sekali lagi.

"Saya tak tahu apa akan jadi esok, lusa... dan hari-hari yang akan datang. Saya harap saya cukup kuat untuk hadap awak, Adam... Dan pertahankan perkahwinan ni selagi saya masih mampu bertahan."


TBC

Update: 190120

[B1] MAHFUZ (TERBIT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang