Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"MAK SU, jom ikut Taqi balik. Janganlah tinggalkan Taqi. Taqi nak mak su," rayu Taqi.
"Mak su, jomlah! Ikut Taqi! Mak su tak boleh tinggal dengan Pak Su Adam. Pak Su Adam tu jahat!"
Iman melepaskan keluhan. Dia menggeleng. Kepala Taqi diusap manja. Ditarik tubuh kecil itu ke dalam dakapannya sambil menepuk perlahan belakang badan Taqi. Tangisan anak buah kesayangannya itu membuatkan hati terasa sebak.
"Sorry, kesayangan mak su. Mak su tak boleh ikut Taqi balik. Tempat mak su dekat sini." pujuk Iman, lembut.
Taqi menggeleng. Air matanya mengalir laju membasahi tudung Iman. Tangan Iman dipaut erat seolah-olah tidak mahu melepaskan Iman pergi.
Manakala Adam berdiri di sebelah Puan Yani yang masih berborak sakan dengan kakak dan abang iparnya. Dia sekadar menjadi penonton tak berbayar drama pukul 4.00 petang di antara Taqi dan Iman.
"Ayah, mama, kita bawalah mak su balik tinggal dengan kita!"
Inayah dan Taufiq tersenyum.
Taufiq melangkah merapati anaknya. Air mata Taqi diseka lembut. "Mak su dah ada suami Taqi. Mak su kenalah ikut Pak Su Adam..."
'Macamlah aku nak sangat mak su kesayangan kau tu ikut aku. Hisy!'Adam menggerutu di dalam hati.
"Pak su pinjam mak su Taqi kejap aje. Nanti pak su bagilah balik. Okey..." ujar Adam dan kata-kata itu membuatkan Iman menoleh ke arahnya.
Mereka berbalas pandangan.
Cara Adam bercakap seperti dia sedang bergurau untuk memujuk hati Taqi. Tapi hakikat yang sebenar, ayat itu Adam selitkan dengan maksud yang tersirat.
Adam menghantar senyuman senget kepada Iman yang masih memandang ke arahnya.
"Bagi balik tau! Jangan tipu. Pak su tu dah lah tak boleh percaya sangat."
"Ya Allah Taqi, jangan cakap macam tulah." Inayah mencubit geram pipi kiri anaknya. Makin hari, makin menjadi-jadi perangainya. Kesian Adam.
Tawa Puan Yani pecah. Rasa terhibur dan kesian bergabung menjadi satu. Riak wajah Adam yang merah menahan geram dipandang sekilas. Ni baru jadi pak su, belum jadi ayah. Puan Yani tak dapat nak bayangkan macam manalah keadaannya nanti bila Adam dah jadi ayah.
"Adam, maaf ya. Mulut anak abang ni memang macam ni, hahaha..." Taufiq menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
"Tak apa, bang. Haa Taqi, nanti pak su bawa Taqi tinggal dengan kami. Dapat jugak berkepit dengan BINI pak su tu dua tiga hari. Nak tak, Taqi?" tutur Adam sambil mengacip giginya. Dia menarik segaris senyum sarkastik di bibir.
"Tak nak! Kalau pak su ada dalam rumah tu, Taqi tak nak!"
Iman mengeluh lagi. Kepala digelengkan. Tangan Taqi dicapai. Bilalah perang Adam dengan Taqi ni nak habis.
"Taqi sayang, nanti kalau mak su cuti, mak su jumpa Taqi ya. Kita pergi jalan-jalan." Iman berusaha memujuk.
Taqi mengangguk. Tangan kecilnya meyentuh pipi ibu saudaranya itu.
"Janji eh?" Taqi mengangkat jari kelingkingnya. Pinky promise.
"Janji!"
LAMUNAN Adam mati apabila telefonnya berdering kuat. Sempat bibirnya menyumpah geram. Terkejut tahu tak!
"Helo, Aziz."
"Kenapa call?"
Punat speaker ditekan.
"Ni aku nak bagitahu, CEO baru yakni pengganti Tuan Eman datang esok. Puan Fara suruh kau datang kerja. List makanan yang kau kena masak, Puan Fara dah listkan. Kejap lagi aku sent dekat kau eh. Sorry, aku baru ingat. Yang kau ni pun, tak buka grup ke? Kan Puan Fara dah hantar mesej," ujar Aziz geram. Dia memang dah maklum dengan perangai sahabatnya itu.
"Aku tak baca. Aku buka, lepas tu tutup," balas Adam bersahaja.
"Aduh dia ni, susahlah! Haa, okeylah. Apa-apa aku roger kau. Datang awal esok, jangan lewat. Aku tahulah kau cuti sekarang ni. Masuk asar baru nak bangun." Aziz memerli.
"Amboi, sedap kau mengata aku. Kau asar pun tak solat!"
"Solatlah!"
Adam terus matikan panggilan. Keluhan berat dilepaskan. CEO baru. Harap-harapnya CEO hotel kali ini tak cerewet macam bekas CEO lama, Tuan Eman. Penat dengar tazkirah lelaki tua itu. Asyik bahagian dapur aje kena bebel. Menyampah Adam.