Assalamualaikum dan hai readers. Ramai jugak yang mesej dekat Whatsapp dan komen tanya mana lagi bab Mahfuz. Yalahkan, sebelum ni lengkap 65 bab tapi sekarang hilang separuh.
Seperti yang saya tulis dekat tajuk tu, dengan ini saya nak bagitahu yang saya akan turunkan Mahfuz dari Wattpad. Saya nak edit Mahfuz ni dulu dan saya akan hantar pada penerbit untuk dinilai. Tak minta banyak, saya minta doa kalian saja.
Kalau lulus penilaian dan layak diterbitkan, inshaallah kalian dapat peluk Mahfuz dalam versi fizikal. Andai kata tak lulus penilaian, nanti saya fikirkan balik macam mana hehehe.
Manuskript belum saya hantar sebab masih dalam proses mengedit. Memandangkan Mahfuz ni cerita tahun 2020 dan tak pernah saya edit sebelum ni, banyak juga yang saya kena betulkan, kena tapis dan kena buang. Storyline tetap sama tapi saya akan padam mana-mana bahagian yang tak perlu. Isi kandungan/dialog yang tak berasas akan saya hapuskan untuk mengelakkan isu di kemudian hari.
Terima kasih ada yang reread Mahfuz ni banyak kali. Terima kasih terima cerita yang tak sempurna ni. Terima kasih sokong penulis yang tak diiktiraf ni. Doakan Bell. Ada rezeki Mahfuz diterbitkan, bolehlah peluk buku Bell sama-sama. (2024)
Doakan Bell kuat semangat🤍
Sebenarnya tak mahu bagitahu dulu pasal ni tapi ramai yang mesej tanya mana bab yang lain, so saya khabarkan terus aje. Sekaligus minta korang doakan kejayaan saya, Bellofa 🫶🏻

ANDA SEDANG MEMBACA
[B1] MAHFUZ (TERBIT)
Romance(2020 - belum di-edit. Ayat berterabur) "Mungkin sudah tertulis disana, kau dan aku bukan takdir" - kawasan bahaya HAHA