MAHFUZ - 7

41.9K 3K 641
                                        


TERKEDEK-kedek budak lelaki itu berjalan mencari di mana keberadaan mak su kesayangannya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

TERKEDEK-kedek budak lelaki itu berjalan mencari di mana keberadaan mak su kesayangannya. Cari dekat bilik depan, tak ada pun. Sementara dia dan keluarganya masih menginap di rumah ibu mertua mak sunya selama dua malam, Taqi mahu meluangkan masa sepuasnya bersama Iman.

Pak Su Adam! Taqi belum berkesempatan berborak dengan suami ibu saudaranya itu. Bila Taqi mendekat, Adam menjauh. Bila Taqi tengok Adam, lelaki dewasa itu menjelingnya. Pak Su Adam ni okey ke tak? Taqi ada buat salah ke sampai pak su barunya itu selalu saja mengelak dari berjumpa dengan Taqi?

"Kau buat apa dekat sini?" Suara itu.

Taqi menoleh. Pak Su Adam! Dia menggeleng laju. Senyuman kelat diukir. Takut pula Taqi dengan pandangan tajam Adam. Pak Su Adam ni nampak macam garang dan tak mesra alam langsung. Taqi nak larilah kalau macam ni!

Belum sempat Taqi melarikan diri, bahu budak kecil itu disentuh Adam. Kejung. Mata Taqi langsung tidak berkedip. Jantungnya berdegup laju. Taqi takut. Taqi nak mama dengan ayah. Taqi nak mak su. Tanpa memandang wajah dingin Adam, tangan Taqi terketar-ketar menolak tangan Adam yang menyentuh bahunya.

"Eh budak, nama kau apa eh?" soal Adam sambil berpeluk tubuh.

"T... Taqi, pak su."

"Taqi? Memang mak bapak kau bagi nama tu ke? Apa pasal buruk sangat nama kau tu. Macam coki-coki pun ada." Haa, Adam dah mula dah. Tak cari masalah dengan Iman, dia cari gaduh dengan anak buah Iman pula.

Taqi ketap bibir. Dia mencekak pinggang sambil menjegil matanya kepada Adam. Amboi, sedap mulut pak su mengata nama Taqi. Taqi menahan geram dalam hati. Hisy, rasa nak cakar aje pipi lelaki dewasa di depannya ini.

"Pak su, nama Taqi tak buruklah. Nama Taqi ada makna tau, pak su. Mama dengan ayah Taqi kata, Taqi tu membawa maksud bertaqwa. Jadi, janganlah kutuk nama orang!" omel Taqi dengan nada jengkel.

Adam tersenyum.

"Yalah... Ni aku nak tanya, asal kau masuk dalam bilik aku. Kau cari siapa?" soal Adam.

"Taqi cari mak su. Pak su ada nampak tak?"

Gelaran mak su untuk Iman, pak su pula untuk Adam. Adam sudah faham sekarang. Bila dah jadi suami Iman, kenalah jadi bapa saudara untuk budak mata besar ni.

"Entah, manalah aku tahu. Aku pun baru balik. Dah, kau keluar! Aku nak tukar baju ni." Badan Taqi ditolak perlahan sehingga keluar dari biliknya.

"Pak su!"

Adam melepaskan dengusan geram. Tubuh disandarkan ke pintu. Tangan dimasukkan ke dalam poket sambil memandang kosong ke arah Taqi. Budak ni nak apa lagi?

"Apahal?"

"Mak su kata pak su baik tapi... Taqi tak rasa pun pak su ni orang baik. Mak su dah tersalah pilihlah ni. Aduh, mak su..." Taqi membebel lagi. Lagaknya seperti ayah-ayah yang kompelin tentang pilihan hati si anak.

Dia meninggalkan Adam terpinga-pinga di situ. Iman cakap dekat Taqi yang Adam ni baik? Tapi, kenapa Iman perlu berbohong? Adam perhatikan Taqi yang semakin jauh dari pandangan matanya. Budak Taqi ni pun sejenis manusia cakap lepas, jujur bersuara menyatakan pendapatnya. Sentap jugalah.

"Eleh, mak su kau tu pun bukan baik sangat."


"ADAM, boleh tak saya nak..." Belum habis Iman berbicara, Adam dah memintas laju.

"Tak. Aku tak nak."

"Saya nak bincang pasal kita. Kalau awak tak nak, takpelah..."

Mata Iman kembali memandang telefonnya bimbitnya yang dari tadi sunyi sepi. Masa bosan, grup sunyi pula. Tapi masa dia sibuk, berderet chat masuk. Sekarang ni Iman tak tahu nak buat apa. Nak main dengan Taqi, dia yakin Taqi dah tidur. Budak tu memang dididik tidur awal.

"Kenapa dengan kita?" Adam bertanya tanpa memandang ke arah Iman.

Iman tersenyum. Tadi kata tak nak dengar. Sekarang nak pulak. Telefon bimbit dia letakkan kembali di atas meja lalu langkah diatur menuju ke katil mereka. Dia duduk di bucu katil, membelakangi Adam.

"Kalau saya nak apply satu lagi kerja, maksud saya kerja part time... awak bagi tak?" soal Iman teragak-agak. Ketika dia masih bujang dahulu senang nak buat apa-apa, tak payah minta izin orang. Sekarang dah jadi isteri orang, nak keluar jemur pakaian pun kena minta izin.

Adam letakkan kertas yang berada di tangannya ke meja sisi. Matanya tertunak ke arah belakang badan Iman. Iman ni buang tabiat ke nak kerja part time? Dia kan dah ada kerja tetap.

"Kau gila ke, Iman? Habis kalau kau kerja part time, macam mana pulak dengan kerja kau sebelum ni? Kau nak berhenti?" soal Adam bertubi-tubi.

Tak ada angin, tak ada hujan, kenapa tiba-tiba?

"Eh taklah! Kan biasanya saya kerja sampai petang aje. Balik kerja tu, teruslah saya sambung kerja kat tempat lain. Saya nak cari duit lebih. Awak cakap tak nak duduk serumah dengan saya. Jadi untuk elakkan kita disoal jawab oleh keluarga, saya rasa better saya sewa rumah aje."

"Kecil pun takpe. Janji saya ada tempat berteduh. Kalau saya pinjam duit awak, saya takut jadi beban sebab tak mampu bayar. So, awak izinkan ke tak?" sambung Iman lagi.

Adam menggeleng laju.

"Tak payah, tak payah! Aku tarik balik kata-kata aku. Disebabkan aku ni manusia, ada hati dan perasaan. Aku rasa tak perlulah. Once kita keluar dari rumah ni, kau ikut aku. Rumah teres aku tu ada satu lagi bilik kosong. Kau guna aje bilik tu."

Kenapa tiba-tiba Adam berubah fikiran? Adam ada rancangan jahat nak kenakan dia ke? Sejak bila Adam mahu berkompromi dengannya? Sah, memang Adam ada agenda lain.

"T... tak payahlah, awak. Awak izinkan ajelah saya kerja. Cari duit sendiri. Awak nak ke rumah awak tu dijejaki perempuan kotor macam saya. Tak nak, kan?"

Iman boleh bayangkan jika dia duduk serumah dengan Adam. Lelaki itu pasti tak berhenti menyakitinya. Atau mungkin, Adam mahu Iman tinggal di rumah itu kerana tubuhnya? Adakah Adam mahu dia melunaskan nafsunya semata-mata dan mencampaknya apabila lelaki itu sudah dapat apa yang dimahukan.

Adam mendengus. "Ingat, aku ni suami kau! Kau kena ikut cakap aku. Berdosa kalau kau bantah!" Dia guna kuasa veto dia.

Iman menyumpah di dalam hati. "Awak... tolonglah. Saya bukan tak nak tinggal..."

"Kau memang tak nak atau kau takut dengan aku Iman?" nada Adam berubah keras. Lebih tegas.

"Kau yang nak sangatkan tinggal dengan aku? Semalam, aku ingat lagi ayat kau. Kau nak jaga aku. Aku suruh kau tinggal dengan aku bukan sebab aku nak kau jaga aku. Aku boleh jaga diri sendiri. Aku cuma tak nak keluarga kau tanya kau, tanya aku macam-macam. Tak terdaya aku nak jawab," terang Adam.

"Meskipun kita tinggal serumah. Kau dengan hal kau dan aku dengan hal aku. We live our own lives. Maksud aku, kau bebas. Kau tak perlu nak buat apa yang sepatutnya seorang isteri buat. Aku tak nak dan aku tak perlukan isteri untuk buat semua benda yang aku boleh buat sendiri." Adam noktahkan hujahnya. Ini kata putus darinya dan dia tak mahu sebarang penolakkan dari Iman.


TBC

Update: 210120

[B1] MAHFUZ (TERBIT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang