MAHFUZ - 4

44.7K 3K 949
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


  

"MAK SU Iman. Oh... Mak Su Iman, tak dengar ke Taqi panggil ni!"

Muhammad Taqi, budak lelaki berusia lima tahun itu menarik lengan baju Iman. Jauh termenung mak su kesayangannya ni. Dia panggil banyak kali pun tak dengar.

"Mak su!" panggil Taqi lagi. Nada suaranya tinggi.

"Hah! Ya Taqi, apa?" Iman terkulat-kulat memandang Taqi. Sejak bila pula Taqi berada di dalam biliknya?

"Mama kata esok mak su dah nak kawin. Betul ke?" Taqi bertanya.

Iman mengangguk lemah. Taqi diangkat naik ke katil dan didudukkan menghadapnya. Rambut lebat Taqi diusap penuh kasih. Pasti dia akan merindui Taqi nanti. Dia akan berpindah ke rumah suaminya selepas saja dia dan Adam diijab kabulkan.

"Pastu mama ada kata lagi, mak su kena pindah. Betul ke?" Bibir Taqi menggeletar menahan tangis. Air mata yang bertakung diseka kasar sebelum sempat air mata itu mengalir.

"Ha'ah, Taqi. Lepas ni, Taqi dah ada pak su. Suka tak?"

Taqi menggeleng.

"Lah, kenapa pulak tak suka? Bukan Taqi teringin nak ada pak su ke?" Hairan. Biasanya Taqi yang tanya bila nak bagi dia pak su. Sekarang bila dah ada, Taqi tak nak pula.

"Taqi tak tahu pun bila Taqi dah ada pak su. Pak su tu bawa mak su jauh dari Taqi. Taqi tak nak macam tu." Mata Taqi dah banjir.

Iman tergelak. Terhibur dengan kecomelan anak buahnya. Pipi pau Taqi dipicit geram. Kemudian anak saudaranya itu ditarik ke dalam pelukan. Dia mengusap lembut belakang badan Taqi.

"Rasa tak sampai hati nak tinggal Taqi kat sini..."

"Tak payah kahwinlah, mak su. Kalau mak su nak kahwin jugak, mak su kahwin dengan Taqi bila dah besar nanti." Amboi Taqi! Nak tunggu Taqi besar, mungkin mak su dah tua kerepot.

"Alah, Taqi... Bila Taqi dah besar nanti, Taqi pun kena kahwin tau. Mak su rasa anak buah kesayangan mak su ni mesti kacak bila dah besar nanti. Ramai gegirl nak." Mustahillah tak ada yang nakkan Taqi. Taqi ni campuran Melayu dan Turki. Handsome!

Kakak Iman, Inayah berkahwin dengan Taufiq, lelaki kacukan Melayu Turki. Mata dan hidung Taqi mengikut ayahnya, Taufiq. Tajam! Untunglah Kak Inayah bersuamikan lelaki kacak. Dapat anak pun copy paste ayah. Dua-dua sama kacak. Ni kalau kakak dengan abang iparnya ada anak perempuan, memang cantik tak terkata!

"Ramai gegirl nak dekat Taqi? Wow, Taqi suka!" Taqi tersipu-sipu malu. Tak sabar nak jadi besar. Taqi nak kahwin. Ada isteri yang cantik.

Iman tergelak lagi. Aduhai...

"Mak su, siapa nama pak su Taqi tu? Dia kacak tak macam Taqi? Dia baik tak?" Belum jawab satu soalan, Taqi dah tanya soalan baru. Tadi kata tak nak mak su kahwin... tapi sekarang Taqi pula kelihatan terlebih teruja.

[B1] MAHFUZ (TERBIT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang