MAHFUZ - 8

40.4K 3.1K 750
                                        

"HUH?" Taqi mendongak memandang Adam

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"HUH?" Taqi mendongak memandang Adam. Kotak coki-coki itu digoncang-goncang. Okey, ada isi. Tak kena scam.

"Untuk apa coki-coki ni?" soal Taqi. Adam yang duduk di depannya diam tanpa membalas.

Satu minit berlalu, barulah Adam bersuara. Matanya tidak lepas dari memandang wajah Taqi. Entah kenapa sejak dia bertembung dan berperang mulut dengan budak itu kelmarin, hati Adam seakan-akan mahu mendekati Taqi lagi.

"Aku belikan ni untuk kau. Sempena nama kau." Adam menahan tawa melihat wajah cemberut Taqi.

"Pak su ni memang suka cari pasal dengan Taqilah!" Taqi peluk tubuh. Rasa mahu mengarang karangan 100 patah perkataan terbantut apabila bapa saudaranya ligat mempersendakan namanya.

"Chill lah budak."

"Taqi, mama dengan ayah nak keluar beli barang kejap. Taqi nak ikut ke tak?" soal Inayah yang muncul entah dari mana. Taufiq berdiri di sisi isterinya.

"Eh, Adam ada. Selamat pagi." Taufiq menyapa mesra.

"Pagi, bang."

Taqi mencelah. Tubuh sasa Adam ditolak kuat, namun sedikit pun tubuh pak sunya itu tidak berganjak. Tak cukup kuat ke Taqi tolak? Taqi mengeluh hampa. Tunggulah dia besar nanti, Taqi akan tolak Pak Su Adam sampai jatuh mencium lantai. Lepas itu, Taqi nak kentut dekat muka pak su!

"Taqi nak ikut! Taqi nak ikut! Taqi tak nak tinggal dengan hantu jahat ni!" Taqi memeluk betis ayahnya. Muka disembamkan pada paha ayahnya. Jari telunjuknya ditunding pada Adam

Hantu jahat?

"Ish, apa panggil pak su macam tu, Taqi. Tak baiklah. Minta maaf cepat," arah Inayah. Bahu anaknya ditolak perlahan untuk mendekati Adam.

Taqi menggeleng tanda protes. Sepatutnya Adam yang minta maaf kepadanya. Pak su yang banyak menyakitkan hatinya. Mengutuk nama yang indah, seindah orangnya.

"Tak mahu. Pak Su Adam kutuk nama Taqi, mama ayah. Taqi tak suka pak su!"

"Eh, mana ada pak su kutuk nama Taqi. Pak su puji adalah. Nama Taqi tu unik." Pandai Adam berlakon. Dia melangkah mendekati budak kecil itu dan rambut lebat Taqi diusap kasar.

Taqi mendecit. Tangan Adam ditepis kasar. Tak suka disentuh Adam.

"Pak su tipu! Pak su samakan nama Taqi dengan coki-coki!" Kakinya menghentak lantai. Sesekali matanya menjeling Adam yang masih memandangnya dengan senyuman mengejek.

"Taqi..." Inayah mengeraskan nada suaranya. Mata sengaja dibesarkan untuk menakut-nakutkan Taqi.

"Taqi tak tipulah mama, ayah. Pak su ni jahat!" Taqi meninggikan suaranya lagi. Budak itu seperti mahu menangis apabila kedua-dua ibu bapanya menghantar renungan tajam kepadanya.

Taqi mengetap bibir. Dia dah malas nak bersuara. Dia nak cari Nenek Yani. Wanita itu pasti percaya dengan kata-katanya. Taqi akan mengadu semuanya pada mama Pak Su Adam. Biar Nenek Yani marah pak su pula.

"Taqi, Taqi tak jadi ikut ayah dengan mama keluar ke?" soal Taufiq lembut.

"Tak nak." Taqi nak mogok.

"Sorry, Adam. Taqi buat perangai pulak pagi-pagi ni. Maaflah kalau Taqi ada buat Adam terasa ke apa ke," tutur Inayah dengan rasa bersalah. Wajah kacak adik iparnya itu dipandang dengan senyuman nipis.

"Takpelah, kak. Budak-budak, macam tulah. Saya ni pun dua kali lima jugak, asyik usik dia aje dari semalam. Itu yang dia geram sangat dengan saya." Adam membalas sambil ketawa.

Taufiq dan Inayah turut ketawa sebelum pasangan suami isteri itu beredar meninggalkan Adam berseorangan.

Adam hela nafas lega. Nasib baik Inayah dan Taufiq tak dengar cakap si anak. Selamatlah dia.


IMAN mengelap peluh di dahi. Dua jam dia bertungkus lumus di dapur bersama Puan Yani, menyediakan hidangan istimewa untuk makan tengah hari mereka. Mangkuk kaca berisikan sambal petai, ayam masak merah dan sayur campur sudah Iman sediakan di atas meja makan.

Tidak lupa juga nasi putih yang masih panas berasap dan air bandung. Taqi mesti suka dengan air bandung yang dia bancuh tadi. Favourite Taqi. Ayam masak merah ini pun hasil air tangannya khas buat Taqi.

"Banyak mama masak hari ni. Tak panggil aku suruh tolong pun." Suara Adam menerpa gegendang telinga Iman.

Iman gosok dada. Terkejut dengan sapaan tanpa salam dari Adam. Mana taknya, Adam datang tanpa dijemput dan muncul tanpa diduga.

"Saya yang tolong mama tadi." Iman beritahu Adam.

"Aku tak tanya pun."

"Saya just bagitahu."

"Diam. Tak payah banyak cakap. Aku tak nak tahu."

Iman mencebik. Annoying sungguh Adam ni. Sabar Iman. Dia suami kau. Disebabkan Iman malas mahu berbalah dengan Adam di depan rezeki, dia berlalu pergi untuk memanggil ahli keluarga yang lain. Tak sedap pulak makanan nanti bila dah sejuk.

Petang ini, keluarga kakaknya akan pulang semula ke rumah mereka. Esoknya pula, giliran dia dan Adam berpindah keluar dari rumah Puan Yani.

Baru saja dia menapak beberapa langkah dari ruang tersebut, namanya diseru oleh Adam. Iman segera menoleh. Dagu dihayun sedikit kedepan sebagai isyarat 'apa'.

"Sini kejap," panggil Adam.

Iman akur dan melangkah mendekati suaminya. Sebaik saja dia berdiri menghadap Adam, Adam menatap wajah polos milik isterinya tanpa berkedip.

Dahi Iman berkerut. Tadi panggil, sekarang dia diam membisu pula.

"Kenapa awak panggil?" Iman menyoal. Pandangan mata Adam dibalas.

Kenapa aku tak pernah sedar yang kau ni sebenarnya... cantik? Hati Adam berbisik.

"Adam?" Iman menyentuh lengan suaminya dan mematikan lamunan pendek Adam.

"Asal?"

Eh, dia tanya Iman pula. Iman peluk tubuh. Dia perasaan rambut Adam kelihatan tidak kemas hingga menutup dahinya. Sponton, dia mengelus rambut depan Adam itu. Jari jemarinya lincah membetulkan rambut bahagian depan yang menutupi dahi Adam.

Adam tergaman dengan tindakan spontan Iman itu.

"Awak panggil saya tadi... kenapa?" soal Iman.

"Ada ke?" Adam menyoal kembali.

Iman mengangguk.

"Err, tak jadi. Aku lupa nak cakap apa. Tengok muka kau, terus semua hilang. Itulah, buruk sangat." Sebelum Adam beredar pergi, sempat kepala Iman disekehnya. Rosak terus awning tudung Iman dibuatnya.

Iman merengus geram. Iman cepuk juga karang lelaki ini...


TBC

Update: 230120

[B1] MAHFUZ (TERBIT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang