"Amy!" Aku mendengar satu suara berbibisik di telingaku. Aku melihat sekeliling. Tiada siapa-siapa di taman ini selain diri ku
"Puteri Amy!" Suara itu berbisik lagi
Aku menoleh mencari pemilik suara tersebut. Tiada orang. Aku menoleh ke depan dan dari jauh aku melihat dua kelibat hitam. Mereka menghulurkan tangan kepadaku
Aku tersentak kerana terlalu terkejut. Mimpi semalam bermain di fikiran. Tak... Ini tak mungkin betul. Aku menggosok mataku dan membuka mata semula
"Thank god... " Aku berasa lega. Kelibat tadi sudah hilang
👑
Aku meneguk susu segar sehingga habis dan membuangkan botolnya ke dalam tong sampah. Aku mendapatkan basikalku dan memulakan kayuhan untuk ke sekolah
Dan....
"Amy lana.... " Hrmm seperti biasa geng perempuan gedikssss tuu bersedia untuk memfitnah lagi
"Apa lagi?!" Aku bertanya dengan perasaan malas. Aku tidak berfikir untuk merasa tamparan mahupun menelan fitnahan
"Apa lagi kau tanya?!" Dian bersuara dan menyeretku ke lorong kecil sepertia biasa "Kenapa kau masih nak dekat dengan Harold?!"
"Tahi kucing dia laa aku nakkan kekasih bodoh kau tu!" Aku menjadi marah. Kenapa dia suka mengada-ada kan cerita. Aghhhh ambil saja laa lelaki tak guna tu. Aku tak pedulipun... Bukan aku nak juga
"Berani kauu... " Ivy mengangkat tangannya untuk menamparku. Aku menutup mata
"Arhhhhh" Ivy tiba-tiba berteriak seperi orang histeria. Dia memandang tangannya dan berlari meninggal kami
"Kenapa dia tu?" Dian bertanya. Dia juga hairan seperti aku
"Tak tahu" Emmy menggelengkan kepalanya "Takpa... Aku boleh bagi dia penampar" Dia mengangkat tangannya bersama senyuman jahat
Tapi.....
"ARHHHHHH" Emmy juga berteriak histeria memandang tangannya seperti Ivy. Dia juga berlari keluar dari lorong kecil itu
"Tchh apasal pula budak bodoh dua tu!" Dian menjadi geram "Takpa... Anggap saja itu hutang dari kami" Dian tersenyum sinis dan meninggalkanku sendiri
Aku mengucapkan kesyukuran. Aku tidak mendapat apa-apa kesakitan. Yahoooooo! Tunggu... Tapi kenapa Ivy dan Emmy menjadi histeria?! Persoalan itu bermain di fikiran
"Takpalah... Asal aku tak kena penampar" Dengan perasaan gembira aku terlompat-lompat mendapatkan basikalku
👑
"Saya dah pulang... " Aku melangkah masuk ke dalam rumah dan seperti kelmarin keadaannya sama saja
"Tak guna... " Aoran memanggilku. Jujur aku katakan, aku tidak pernah mendengarnya memanggil aku adik
"Hrmm?" Aku menoleh malas
"Ambilkan aku air soda dalam peti ais" Aoran menyuruh
"Ambil laa sendiri huh.. " Aku menjeling. Menyampah weii, kalau dia minta bagus-bagus tadi mungkin aku nak ambil juga
"Mak, Amy ni makin lama makin malas. Taknak tolong abang dia ni haaa... Sudah lah orang penat lepas latihan" Aoran mengadu. Ikutkan hati mau saja aku smackdown lelaki bebal ni
"Amy ambilkan lah abang kamu tu... Cuba lahh faham sikit abang kamu yang penat tu" Mak berkata
Darah ku megalir panas. Seriously?! "Bila masa pula dia jadi abang aku?" Aku berkata begitu kerana tidak puas hati
"Amboii... Sapa yang ajar Amy kurang ajar betul ni?" mak menghampiriku
"Kalau dia abang Amy mesti dia akan layan Amy dengan baik" Aku menjeling ke arah Aoran
"Jaga mulut kamu Amy... " Mak memberi amaran
"Kenapa Amy kena jaga mulut kalau semua orang kat rumah nii langsung tak pernah sedar kewujudan Amy!" Aku akhirnya bersuara
Pap! Mak menampar ku "Apa yang kamu cakap ni?!"
"Mak tak perasankah yang mak lebih peduli tentang Aoran dan Alvin?!" Aku mula menangis "Mak tak pernah peluk Amy sebelum ke sekolah macam mana mak buat dekat Alvin. Mak tak pernah datang ke pertandingan Amy macam yang mak buat untuk Aoran. Kamu semua tak peduli Amy, mak layan Amy macam Amy ni anak angkat... Mungkin memang benar kan? Entah-entah mak pungut Amy kat bawah jambatan. KAN?!" Aku menangis teresak-esak. Meludahkan segala yang terbuku di hati
"Mak err... " Mak terkelu lidah
"Mak... Amy rindu waktu sebelum Alvin lahir. Waktu mak selalu ada masa untuk Amy.... " Aku menundukkan kepala ku dan menggengam tanganku. Mengingati memori bahagia seakan membuatku makin menderita "Tapi takpa... Amy tahu sekarang ni Amy taklah sepenting Alvin dan Aoran. Diorang kan anak emas mak" Aku tersenyum sinis dan berlari ke bilik ku
Klik... Aku mengunci pintu bilik dan merebahkan diri ku di katil
"Aku penat dengan dunia ni!" Aku memukul bantal berkali-kali "LEBIH BAIK AKU PERGI SAJA!" Aku menutupkan mataku dan lama-kelamaan aku tertidur
'Harini aku mahu mimpi tentang aku menikmati kehidupan ku sewaktu kecil'
Tapi mimpiku kali ini tidak mematuhi kehendakku. Dia membawaku sebuah tempat yang aneh
Mula-mula dunia berpusing dan melihatkan sebuah tempat yang indah, berbukit-bakau, penuh dengan kehijawan bumi... Dunia berpusing lagi dan menampakkan ku orang ramai yang kelihatan amat bahagia di sebuah bandar kota yang kelihatan sperti bandar zaman dahulu kala.... Dunia berpusing, aku melihat sebuah istana yang besar, sebuah mahkota yang tersergam indah di dalam kaca dan sebuah singgahsana.... Dunia berpusing, tiba-tiba mimpi ngeri memunculkan diri. Aku melihat tumbuhan hijau tadi hangus terbakar, orang ramai berlari tanpa hala tuju dan istana tadi bertukar menjadi istana yang amat seram
Aku terkejut. Jantungku seperti berhenti berdegup. Aku sesak nafas...
"AMY, AMY, AMY!" Satu suara memanggilku. Aku menjadi semakin terkejut. Kali ini kaki ku terasa kejang. Aku mula berpeluh
"AMY KAMI TIADA PILIHAN, IKUT KAMI SEKARANG!" Dua tangan memegang bahu ku. Badan ku langsung tidak dapat bergerak. Aku tidak dapat bernafas. Aku berasa pitam
Dunia berpusing-pusing dengan lebih laju. Aku tidak dapat bertahan. To... Tolong....
Suasana terus menjadi gelap-gelita~
YOU ARE READING
Queen of Dream
Fantasy[COMPLETED] "Kau akan menjadi ratu di dunia kami" Ryan "Tak, bukan aku. Aku cuma gadis biasa dan tak penting" Amy "Di dunia kau sahaja. Di dunia kami, kau amat penting" Michael Amy Lana hanya seorang budak biasa yang tiada peduli tentang kehadiranny...