When we all fall asleep where do we go? Say it spit it out ehhh tiberrrr lagu Billie Eilish agagaga
Perasan tak macam mana kita boleh bermimpi, macam mana kita akan berasa tenang lepas tidur atau... Macam mana mimpi kita boleh jadi kenyataaan???
"Biar aku ceritakan... "
Terdapat 4 puak di dunia mimpi ini. Setiap puak mempuanyai keiistimewaan tersendiri
Puak pertama adalah puak 'Animo'. Puak ini membaca fikiran dan menyedut segala perasaaan negatif ketika seseorang itu sedang tidur
Puak kedua adalah puak 'Signum'. Puak ini meramal masa depan. Meramal apa yang berlaku dan memberi petanda dalam bentuk mimpi. Jika ramalan betul, maka mimpi yang di alami akan berlaku di dunia nyata
Puak ketiga adalah puak 'Pessima'. Puak ini memberikan mimpi ngeri. Yalah, ~What is life without a nightmare haha~
Dan akhir sekali adalah puak 'Comitatus'. Puak ini mempunyai kuasa yang paling hebat kerana mereka dapat mengawal mimpi. Apa yang mereka inginkan berlaku dalam mimpi itu, yaaa mimpi itu akan menurut
Di sebabkan kehebatan puak Comitatus, kesemua puak bersetuju untuk menjadikan puak Comitatus sebagai pemerintah dunia mimpi. Ketua dalam puak Comitatus telah ditabalkan sebagai 'RAJA'
Bersama... Kesemua puak hidup dengan aman. Bersama, mereka menjalankan tugas untuk memberi mimpi kepada semua orang yang sedang tidur
Tapi.... Pemberontakan mula berlaku. Puak Pessima berasa tidak puas hati kerana mereka sering di benci oleh semua orang. Kerana mereka memberi mimpi ngeri. Mereka berasa terasing. Dengan di ketuai oleh ketua mereka, dengan kejam mereka membunuh semua puak Comitatus.
Puak Animo dan Puak Signum bertungkus lumus untuk melawan keganasan puak Pessima. Tapi... Gambaran kengerian yang puak Pessima berikan membuat mereka kalah. Puak Comitatus tiada pilihan lain selain melawan
Dan....
Seperti puak Animo dan Signum, mereka tewas. Hanya tinggal satu keluarga puak Comitatus yang tinggal untuk di bunuh iaitu keluarga Raja
Puak Pessima menawan istana. Isteri Raja di bunuh dengan kejam. Raja menjadi lemah semangat. Kuasanya mula berkurangan menyebabkan dia tidak dapat memunculkan apa-apa kuasa
Tunggu... Ada satu
Sang Raja menutup mata "Aku akan gadaikan nyawa ku. Hanya semangat ini yang tinggal. Gantikan nyawa ku ini dengan mengurung puak Pessima di suatu tempat agar mereka tidak memusnahkan dunia ini" Cahaya terang mula keluar, menyinari badan si Raja. Puak Signum akhirnya dapat di kalahkan dengan cahaya itu. Puak Signum hilang dari pandangan di dunia mimpi. Tiada siapa yang tahu di mana mereka berada sekarang tapi semua puak percaya mereka masih wujud di dunia mimpi ini
Puak Animo dan Signum kembali hidup seperti biasa dengan di ketuai oleh anak gadis Raja puak Comitatus. Dia sempat di larikan. Hanya dia puak Comitatus yang tinggal.
Semenjak hari itu... Salah seorang dari puak Animo dan Signum harus bertugas melindungi puteri yang telah di tabalkan sebagai ratu
👑
"Kalau kamu dah ada Ratu kenapa masih bawa aku ke sini?!" Aku menjadi keliru lagipun aku bukannya dari keturunan puak Comitatus tu... Aghhh apa ni?!!!!
"Sebab Ratu kami mengambil keputusan untuk pergi dan memilih tuank sebagai pengganti. Kami pun tak tau macam mana tuanku boleh dapat kuasa puak Comitatus" Ryan menerangkan. Mukanya juga menampakkan raut keliru
Aku mengangguk lemah "Jappp... Kan ada dua orang di tugaskan dari puak Signum dengan Animo untuk menjaga pemerintah... Kamu dua dari puak tuu ka?" Aku bertanya
"Saya dari puak Signum" Kata Ryan
"Dan saya dari puak Animo" Kata Michael
"Jadi sebab tu kah mata kau warna kuning Michael... Kau pembaca minda" Aku bertanya. Aku sangat-sangat ingin tahu kenapa mata Michael bewarna kuning
"Tak... Aku separuh ular" Michael tersenyum memandangku dan bertukar menjadi ular
Mataku terbuntang luas. Tiada kata keluar dari mulut ku. Aku keliru dalam perasaan takut ataupun tidak
"Dia takkan serang tuanku" Ryan memegang bahu ku dengan segaris senyuman agar aku tidak terlalu risau
"Betulkah?"
"Ya tuan puteri" Michael menjelma sebagai manusi semula dan menghampiri ku "Kita teruskan perjalanan sekarang" Dia menghadap ke depan dan membuka langkah
Aku dan Ryan mengikuti dari belakang....
YOU ARE READING
Queen of Dream
Fantasi[COMPLETED] "Kau akan menjadi ratu di dunia kami" Ryan "Tak, bukan aku. Aku cuma gadis biasa dan tak penting" Amy "Di dunia kau sahaja. Di dunia kami, kau amat penting" Michael Amy Lana hanya seorang budak biasa yang tiada peduli tentang kehadiranny...