Bab 14~Yang tidak dijangka

270 42 1
                                    

"Arrrrhhhhhhhhhh... "

Mendengar teriakan itu aku segera bangun dari tidur begitu juga dengan Michael. Ryan kelihatan sedang mengerang kesakitan. Badannya kelihatan sedikit terangkat dan matanya bertukar menjadi putih

"Ryan!" Aku mendapatkan Ryan dan menggoncang badannya. Dia kemudian ketawa dan terangkat ke udara. Michael menolakku ke belakangnya

"AMY LANA! AKU TAHU KAU KAT MANA... SAMPAI BILA KAU NAK BERSEMBUNYI?!! SAMPAI KERAJAAN KAU HANCUR?! AKU TAHU KAU CUMA BUDAK PENAKUT HAHAHAHAHA" Ryan bersuara. Namun itu bukan suaranya... Aku tahu siapa pemilik suara itu 'Raja Kengerian'

"Aku akan pastikan kau mati!" Aku berteriak. Perasaan sakit hati membuak-buak membakar jiwaku

"KITA LIHAT SAJA NANTI!" Asap keluar dari mulut Ryan dan kemudian dia jatuh tidak sedarkan diri. Aku dan Michael mendapatkannya

"Ryan.... " Aku memegang tangan Ryan "BANGUN!" Aku menampar kecil mukanya tetapi dia tetap terbaring kaku. Mataku mula berkaca

Michael memegang sebelah tangan Ryan dan segera menarik tangannya dari menyentuh kulit lelaki itu "Tuanku, tuanku tak rasa kah?!" Dia memandangku dengan wajah yang berkerut

"A-apa?"

"Tangan Ryan sejuk seperti ais"

Dan... Ibarat jarum sejuk membengkam tanganku. Kerana terlalu risau aku tidak perasan tangan Ryan yang ku gengam erat sangat sejuk. Aku menarik tanganku

"A-apa semua ni Michael... Apa kita nak buat?!" Air mata tidak dapatku bendung lagi. Ianya mula jatuh berjujuran membasahi wajahku. "MICHAEL APA KITA NAK BUAT?!" Aku memukul Michael berharap agar dia segera memberi jawapan

"Sa-saya tak tahu... "

"Tak.. Mesti ada sesuatu"

"Tunggu... Ada sesuatu tuanku, bunga fearless red"

"Apa?!" Aku bertanya. Mukaku mula berkerut

"Bunga tu dapat menyembuhkan segala jenis penyakit" Michael menerangkan sambil berjalan keluar dari pondok

"Awak nak ke mana?!"

"Cari bunga tu dalam hutan imaginasi" Kata Michael

"Tak jangan pergi! Luka awak masih belum sembuh" Aku menahannya "Biar saya yang pergi"

"Tapi tuanku, beratus askar Raja Kengerian sedang cari tuanku. Lagipun tuanku tak tahu rupa bunga fearless red"

"Biar saya yang pergi Michael! Kuasa saya lebih kuat dari awak. Sekarang beri tahu macam mana rupa bunga tu!" Aku mendesak

"Tapi tuanku... "

"Beri tahu sekarang!"

👑

Aku berjalan meredah hutan mencari jalan ke hutan imaginasi. Aku tidak menunggang kuda kerana ianya akan mendedahkanku dan akan membuat bunyi pergerakan yang kuat. Dalam beberapa minit aku tiba di sebatang sungai yang menjadi pembahagi antara kota kegelapan dan hutan imaginasi

Aku membuka langkah kaki menyentuh sungai dan air yang sangat sejuk menembusi kulitku. Aku mendaki tebing dan segera bangun untuk mencari bunga fearless red

Langkah kakiku ku kayuh dengan perlahan melihat sekeliling untuk memastikan keadaan selamat. Kata Michael bunga fearless red biasanya ditanam di bahagian akar pokok yang terkeluar dari tanah jadi aku melihat ke bahagian bawah dan...

Aku melihat kaki seseorang. Aku mendongakkan kepala ke atas "Aku dah jangka dah yang kau memang akan ke sini" Raja Kengerian tersenyum sinis memandangku

Aku segera berdiri. Jantungku mula memalu kuat rasa gentar. Aku berundur dalam beberapa langkah dan Raja Kengerian hilang dari hadapanku

"Aku di sini... " Raja Kengerian menarik rambutku dari belakang "Nampaknya.. Usaha kau melarikan diri semalam, sia-sia saja kan?" Dia berbisik di telingaku. Aku dapat merasakan dia kini sedang tersenyum dengan aura yang sangat sinis

"Tak.. " Aku memejamkan mataku dan gelombang besar muncul melindungi diriku. Raja Kengerian kelihatan tercampak

"Kau nak bertaruh aku tetap akan menang?!" Raja Kengerian memunculkan sebilah pedang. Walaupun gelombang besar itu melindungiku, aku dapat rasakan aku masih tidak selamat

"Jadi.. Patut kita mulakan?!" Dia ketawa dan segera berlari ke arah ku dengan pedangnya terhunus ke hadapan. Dia berlari laju dan...

Aku dapat merasakan darah hangat mengalir di tubuhku. Seperti pisau yang sangat panas terasa menembusi kulit perutku. Mataku membulat memandang Raja Kengerian di hadapanku. Ti-tidak mungkin dia telah mematahkan gelembung yang melindungiku

"Nampaknya aku menang kali ni.. " Dia menyentuh pipiku. Jantungku ibarat terhenti seketika. Aku melihat ke arah bawah dan perkara terakhir yang aku nampak ialah, sebilah pedang menembusi perutku sebelum semuanya mula bertukar menjadi gelap~

👑

Michael POV

Sudah lebih 3 jam tuan puteri belum balik. Aku mula rasa tidak senang hati. Ryan masih kelihatan terbaring kaku tanpa sebarang tanda dia akan sedar. Setelah berfikir, aku mengambil keputusan untuk mencari tuan puteri di hutan imaginasi. Walaupun dengan kudrat yang sedikit, aku mengangkat Ryan dan membaringkannya secara bertiarap di atas kuda dan kemudian naik di hadpannya. Aku menunggang kuda tersebut masuk ke dalan hutan.

Setalah beberapa minit menyelusuri hutan tersebut, kami tiba di sebatang sungai. Aku menunggang kuda tersebut menyeberangi sungai untuk ke seberang. Setelah tiba di seberang, aku menurunkan Ryan dan membaringkannya di atas rumput dan mengikat kudaku disebatang pokok. Aku mencari bunga fearless red dan akhirnya percarianku berhasil apabila aku menemuinya di sebatang pokok. Aku memetik bunga tersebut dan berlari ke arah Ryan. Bunga tersebut aku basahi dengan air dan kemudian aku lenyekkan kelopak bunga tersebut

"Tolonglah berhasil... " Aku menarik nafasku dan menjatuhkan kelopak bunga yang telah aku lenyekkan ke dalam mulut Ryan

Dan...

"Hukk... Uhuk!" Ryan duduk sambil terbatuk

"Ryan!" Aku memeluk Ryan

"Mic... " Dia membalas pelukanku. Jujur aku rindu betapa rapatnya kami dahulu sewaktu kecil. Meskipun aku cuma anak angkat, Ryan tetap melayanku seperti adiknya sendiri. Semuanya berubah tatkala kami disuruh agar berlatih menjadi pelindung ratu seterusnya. Kami jarang berbual apatah lagi meluangkan masa bersama

"Mana tuan puteri?!" Ryan memandangku dan barulah aku teringat yang tuan puteri Amy tidak kelihatan bayang dan jejaknya. Aku terdiam "Michael... " Ryan memetik jarinya di hadapan mataku

"Sa-saya tak tahu.. " Aku menggeleng lemah

"Apa juga sebenarnya yang terjadi?" Ryan mengeluh

Aku membuka mulut dan menceritakan segala yang berlaku kepada Ryan

"Jadi apa kita nak buat sekarang?!" Kata Ryan

"Kita cari tuan puteri di hutan ini dahulu. Kalau sudah lama kita cari tapi tiada kelibat, memang sah tuan puteri kena tangkap. Lepas tu kita pergi selinap ke kota" Aku memberi cadangan dan berdiri "ouch!" Aku baru tersedar yang aku belum meletakkan bunga fearless red di luka aku. Aku ingin mengambil bunga tersebut tetapi Ryan terlebih dahulu mengambilnya

"Biar aku tolong kau.. " Ryan meletakkan kelopak bunga di bahagian lukaku

"Terima kasih.. " Aku tersenyum kecil. Ryan mengangguk dan menuju ke arah sungai untuk membersihkan dirinya sebelum bersiap sedia menyelinap masuk ke kota

"Mm Ryan.. "

"Apa?" Ryan menoleh

"Aku dah tak terhutang budi dekat kau lagi.. "

"Maksud kau?" Ryan mengerutkan wajahnya

"Kau dah tolong aku melarikan diri dan aku dah selamatkan nyawa kau. Kita seri sekarang"

"Hmm"

Queen of DreamWhere stories live. Discover now