Aku dapat merasakan angin pagi masuk ke dalam bilik membadai tubuhku. Aku segera bangun dari pembaringan, memukul kecil pipiku. Masih tidak percaya aku berada di sini. Di dunia mimpi. Malam semalam aku langsung tidak bermimpi apa-apa. Ianya seperti kau menutup mata dalam beberapa minit dan tersedar sudah pagi. ~Kita takkan bermimpi di dunia mimpi
Aku berjalan menuju ke arah tingkap. Memandang ke arah luar, menyaksikan sebuah kerajaan kota di mana akulah pemimpin mereka. Aku tersenyum kecil
"Selamat pagi tuanku" Ryan mengucapkan tatkala dia dan Michael melangkah masuk ke dalam bikikku
"Selamat pagi... "
"Makanan dah di hidangkan... Tuanku nak turun makan sekarang?" Ryan bertanya
"Saya nak membersihkan diri dahulu"
"Kalau begitu kami tunggu di luar" Kata Michael dan segera melangkah keluar bersama Ryan
👑
Aku tiba di meja makan. Membulat mataku jadinya. Sarapan yang di hidangkan amat membuatku terliur. Sarapanku bukan lah sekadar roti bakar biasa tapi pelbagai lagi jenis makanan dan lebih dari satu jenis minuman. Aku duduk dan mengambil beberapa jenis makanan seperti telur goreng, kentang, roti bakar dan jus oren. Sebelum ini, aku tidak pernah mendapat layanan sebegini rupa
"Boleh tak kalau lepas ni saya nak ambil angin kat kota?" Aku bertanya. Terjentik rasa hati ku ingin melawat kawasan kota yang ku perintah ini
"Saya akan bawa tuanku... " Ryan menawarkan diri
"Michael... Awak tak ikut?" Aku bertanya
"Tak tuanku. Saya ada urusan di sini" Kata Michael sambil berkali-kali mengucapkan maaf kepada ku
"Takpa... "
"Kalau tuanku dah habis makan beritahu saya" Kata Ryan
"Saya dah habis dah"
Ryan memandang pinggan ku yang telah kosong. Sebenarnya aku terlalu excited gituwww, tidak sabar hendak melawat kawasan kota tulah satu kali ngap sejaaa haha!
"Ba... Baiklah kita pergi sekarang" Kata Ryan dan menolongku bangkit dari kerusi
Dia membawaku ke kandang kuda dahulu agar aku boleh bersiar-siar sambil menaiki kuda. Makin excited aku jadinya. Kandang kuda itu sangat luas dipenuhi dengan beratus-ratus ekor kuda dan salah satu kuda bewarna putih dan bulunya kelihatan amat lembut dan sangat bersih berjaya menarik pandanganku. Aku menghampiri kuda tersebut
"Tuanku nak tunggang kuda ni kah?" Ryan bertanya sambil mengusap kepala kuda tersebut
"Ya"
Ryan mengangguk dan masuk ke dalam kandang untuk membuka ikatan tali yang menahan kuda tersebut dan membawanya keluar
"H... Haiii sweety" Aku mengusap kepala kuda tersebut dengan kedua-dua tangan ku. Kuda itu kelihatan amat selesa dengan ku kerana dia menundukkan kepalanya agar dapat menyentuh kepalaku
"Nak saya tolong tuanku naik kuda ni?"
"Er... Saya tak pandai tunggang kuda" Aku berkata sambil tersengih
"Takpa... Senang saja tunggang kuda ni. Sekejap saja saya ajar tuanku akan pandai"
"Baiklah kalau macam tu" Ryan menolongku untuk naik ke atas kuda dan membetulkan cara dudukku
"Terima kasih"
Ryan mengannguk dan mendapatkan kudanya. Dia menunggang kudanya sambil menarik tali kudaku sehingga kami berada di kawasan luar
YOU ARE READING
Queen of Dream
Fantasy[COMPLETED] "Kau akan menjadi ratu di dunia kami" Ryan "Tak, bukan aku. Aku cuma gadis biasa dan tak penting" Amy "Di dunia kau sahaja. Di dunia kami, kau amat penting" Michael Amy Lana hanya seorang budak biasa yang tiada peduli tentang kehadiranny...