Satu badan aku terasa sakit. Kepalaku berdenyut-denyut dan ianya seperti mencengkam membuat kepalaku terasa berat. Aku dapat merasakan kekasaran rumput menyentuh kulitku. Weiii seriously, RUMPUT?! aku segera bangunn dan melihat suasana di sekelilingku
"Apa ni?!" Aku melihat sebatang pokok yang sangat besar, hitam dan tidak mempunyai daun. Rumput yang kasar ini... Bewarna coklat seperti sudah rentung habis terbakar. Kejapp.. Aku tahu tempat ni! Ini tempat di mana aku tersedar sewaktu baru pertama kali di bawah ke dunia mimpi. Ta-tapi, pokok dan rumput di sini tak secantik dahulu
Aku berdiri meskipun aku sedikit longlai. Haiii, apasal aku terjun dan bukan tikam diri. Erghh sakit weii!
Tiba-tiba aku mendengar bunyi telapak kaki kuda dari kejauhan. Aku segera berlari ke belakang pokok, Yalah sebagai langkah berjaga takut nanti itu adalah askar Raja Kengerian
Aku menunggu di belakang pokok. Kelihatan seorang lelaki yang amat lusuh turun dari kuda. Dia berpaling menghadap ke arahku dan seperti mencari sesuatu. Aku melihat wajah lelaki itu dikotori debu. Tunggu kejap.. Muka tuuu, mirip betul dengan...
"RYAN!" Aku keluar dari tempat persembunyian dan mendapatkan Ryan. Dia kelihatan seperti tidak percaya melihatku
"Tuanku..?!" Dia bertanya dan mengeluarkan sebilah pedang dari belakangnya. Aku segera berundur
"Ryan awak dah kenapa?!"
"Saya tak percaya awak tuan puteri!"
"Tak! Ini betul saya Ryan.. " Aku memberanikan diri untuk mendekati Ryan meskipun pedang tersebut masih terhunus ke arah ku
"Tak... Kau bukan" Ryan berkata dengan kuat
"Ini saya dan tolonglah percaya.. " Aku memegang pipi Ryan. Mata kami bertembung dan mata Ryan kelihatan berkaca. Aku dapat mendengar bunyi berdesing pedang jatuh ke tanah
"Kenapa tuanku KEMBALI?!" Ryan meraung dan menolakku dengan kuat "Ke-kenapa tuanku kembali lepas serahkan kerajaan ni dekat si tak guna tu?!!!!!!!" Ryan berkata dengan nada yang lebih kuat. Dia meraung dan merembeskan kesedihan dari matanya. Dia melutut ke tanah "Kenapa tuanku tinggalkan kami?!!!"
Aku mendapatkan Ryan dan duduk di depannya. "Sa-saya minta maaf.. " Aku menangis
"Tak guna dah nak minta maaf! 4 hari tuanku pergi 4 hari juga kami semua tanggung derita!!!" Ryan berkata dan menangis lagi. Aku balik ke dunia nyata hanya 1 hari dan di sini sudah 4 hari?! Aku tak sepatutnya pergi!!!!
"Jadi tolonglah bagi aku masa untuk tebus semula" Aku memegang tangan Ryan "Ma-mana semua orang dan a-apa juga yang terjadi?!" Aku memandang Ryan memohon jawapan
* * *
Imbas Kembali
Sudah lebih sejam Michael dan Ryan meredah hutan mencari kelibat puteri mereka di mana-mana. Tapi tiada sebarang tanda yang mereka akan menjumpainya
"Aku rasa kita kena bertolak ke istana sekarang Michael!" Kata Ryan
"Ya aku juga rasa begitu"
Dan.. Mereka berdua berjalan kaki menuju ke arah kota. Mereka terpaksa bersembunyi jika melihat kelibat sesiapa. Akhirnya, mereka tiba di kawasan kota yang kelihatan amat gelap. Kawasan rumah kelihatan banyak yang kosong, orang ramai tidak kelihatan di mana-mana
Mereka dengan berani meneruskan perjalanan untuk ke istana. Mereka terpaksa memanjat dinding istana menggunkan tali untuk ke penjara. Tetapi tiada siapa di situ. Mereka menyelinap ke kawasan menara paling atas di mana terdapatnya sebuah singgahsana. Mereka melihat kelibat Raja Kengerian. Mereka mendapatkan 2 bilah pedang di dinding istana dan menyerang Raja Kengerian
"Oh hai kamu berdua.." Raja Kengerian menoleh memandang mereka bersama senyuman
"Mana tuan puteri?!" Michael bertanya sambil menghunuskan pedang ke arah Raja Kengerian
"Owh... Kamu berdua baru saja terlepasnya" Raja Kengerian berkata
"Apa maksud kau?!" Ryan bersuara
"Dia baru saja serahkan kerajaan nii kat aku.. " Raja Kengerian ketawa sinis
"Tak kau penipu. Mana tuan puteri?!" Dan dengan beraninya Michael berlari untuk menikam Raja Kengerian
"Budak bodoh.!" Raja Kengerian menyentuh pedang Michael dan pedang tersebut bertukar menjadi asap. Michael yang terkejut terus terkaku dan tanpa dia sedar Raja Kengerian telah menendangnya dengan kuat di bahagian dada, membuatnya tersungkur jatuh ke lantai
"Michael!" Ryan memandang Michael yang tengah mengerang kesakitan. Dengan perasaan sakit hati, Ryan menghayunkan pedangnya ke arah Raja Kengerian dan sama seperti Michael, pedangnya bertukar menjadi asap
Raja Kengerian memunculkan seutas tali yang berduri di badan Michael. Michael berteriak kerana duri yang tajam sudah mula menusuk tubuhnya
Ryan berdiri dan cuba menolong Michael tetapi dia mula terangkat ke udara dan kemudian dia jatuh terhempas ke lantai
Raja Kengerian memunculkan jarum-jarum yang tajam dan menusukkan jarum itu di seluruh tangan Michael
"Ini lah yang terjadi apabila kamu mempercayai manusia yang bodoh untuk dijadikan ratu" Raja Kengerian tersenyum sambil menyeksa Michael. Ryan bangkit dan cuba menerkam Raja Kengerian tetapi sekali lagi dia terangkat ke udara. Dia dihayunkan ke arah dinding membuatkan dinding tersebut pecah dan dia terhumban ke luar dan jatuh ke tanah. Mujur saja ada lalang yang lembut menyambutnya, jika tidak, jauhh nyawa Ryan akan melayang. Ryan bangkit dan meninggalkan kawasan itu. Dia akan datang untuk Michael semula. Buat masa sekarang, dia harus berundur kerana tenaga yang dia ada tidak dapat menentang Raja Kengerian
"Kota ni aku yang punya!!!" Dan gelombang puting beliung muncul menghancurkan kawasan perumahan. Orang ramai keluar dan tiba-tiba mereka bertukar menjadi debu. Api tiba-tiba marak membakar rumput dan semua tumbuhan hijau
❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄
Imbas Kembali (end)
"Sampai sekarang, Michael masih ada kat istana tuu dan menunggu masa untuk saya selamatkan dia!" Ryan meraung lagi
"Sa-saya betul-betul minta maaf Ryan" Aku memeluk Ryan. Sedaya upaya cuba menenangkan hati lelaki itu
👑
Aku dan Ryan tiba di Kota Kegelapan. Apa kami buat di sini? Di sini... Adalah tempat di mana penduduk kota yang masih tinggal bersembunyi. Hanya sini tempat yang selamat. Aku mengikuti Ryan dari belakang dan kami berhenti di sebuah pondok.
"Tunggu dulu... " Ryan mengambil sebuah tanduk dan meniup tanduk tersebut. Bunyi 'Gonggg' yang kuat kedengaran dan penduduk kota yang sedikit keluar dari pondok menuju ke arah kami. Jumlahnya?...aku dapat kira weiii '31'
"Tuanku?" Duke maju ke hadapanku dan melutut. Semua yang lain turut melutut sama
"Tolonglah jangan melutut. Tolong bangun sekarang" Aku berkata dan semua orang bangun secara serentak. Melihat keadaan itu aku segera sujud ke tanah
"Saya yang patut melutut. Saya seorang ratu yang bodoh sebab tinggalkan kamu. Saya minta maaf sangat-sangat. Tolonglah, kamu berhak layan saya dengan teruk" Aku berkata sambil menangis. Aku membiarkan saja kepalaku sujud tidak diangkat
"Tuanku... " Duke duduk di depanku. "Tuanku tak perlu minta maaf. Sekurang-kurangnya tuanku sedar kesalahan tuanku dan kembali semula untuk kami" Duke memberi senyuman manis ke arahku
Mendengar kata-kata itu. Hatiku tersentuh dengan perasaan terharu. Tidak sangka mereka sanggup memaafkanku walaupun kesalahan yang aku buat menyebabkan mereka menderita "Terima kasih" Aku mengangkat kepalaku dan memandang mereka semua
"Sebagai pemerintah, saya akan menjalankan tanggungjawab saya untuk merebut kembali kerajaan kita" Aku berdiri
"Macam mana tuanku?" Ryan bertanya
"Saya ada rancangan" Aku berkata dengan yakin
YOU ARE READING
Queen of Dream
Fantasy[COMPLETED] "Kau akan menjadi ratu di dunia kami" Ryan "Tak, bukan aku. Aku cuma gadis biasa dan tak penting" Amy "Di dunia kau sahaja. Di dunia kami, kau amat penting" Michael Amy Lana hanya seorang budak biasa yang tiada peduli tentang kehadiranny...