Aku mengikuti Ryan meredah hutan. Jujur aku katakan kalau bukan sebab dia tengah bawa Michael bersamanya dah lama aku balingkan dia pisau. Biar dia rasa macam mana sakitnya di KHIANATI!!!!
"Tuanku berhak tikam saya guna pisau... " Ryan berkata. Aku tersentak kerana dia tahu apa yang aku suarakan dalam diam
"Tak payah nak terkejut sangat lah tuanku... Saya nii peramal, saya dah dapat ramal apa yang bermain di minda tuanku. Itu kelebihan puak Signum" Ryan berkata lagi
"Kenapa kau nak tolong aku? Bukan kau lebih pilih kuasa?!" Aku menekankan nada suara di perkataan KUASA
"Tuanku... Saya harus buat macam tu" Ryan merayu memohon agarku memberinya peluang untuk bercakap
"Lagi satu... Lebih baik kau bagi aku penjelasan kenapa tentera-tentera tadi tu berundur"
"Saya akan beritahu lepas kita sampai... "
"Sampai? Ke mana?!"
"Ke sana... " Ryan menuding jari ke arah sebuah kota yang tidak jauh dari tempat kami berada sekarang. Mataku membulat sebesar-besarnya. Apa kebendaan pula ada sebuah kota kat tengah-tengah hutan ini?!!!
👑
Kami meneruskan perjalanan sehingga kami betul-betul berada di tengah kota. Aku melihat sekeliling. Kota ini kelihatan sangat usang seperti sudah bertahun-tahun lamanya ia ditinggalkan
"Ryan apa semua nii?" Aku bertanya. Mataku tidak lari dari memandang sekeliling
"Ini Kota kegelapan"
"Ha?!!!" Mukaku berpaut dengan 1001 kerutan
"Tuanku nak dengar satu cerita?" Ryan tersenyum seperti waktu pertama kali kami bertemu. Waktu pertama kali dia hendak menceritakanku tentang pemberontakan Puak Pessima
"Saya nak awak jelaskan terlebih dahulu kenapa tentera tadi tu berundur"
"Saya akan jelaskan dalam cerita ni... "
❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄
Puak Pessima hilang dari pandangan di kerajaan kota. Tiada siapa tahu di mana atau apa terjadi pada mereka. Tapi mereka percaya yang Puak Pessima masih wujud di dunia mimpi ini
~Yaa... Mereka masih wujud cuma cahaya tadi telah membawa mereka ke suatu tempat. Tempat Yang asing
Di tempat yang asing itu mereka menubuhkan kota mereka sendiri. Setiap hari mereka hanya mampu berlatih untuk mengasah kekuatan dan kehebatan mereka. Semakin mereka berlatih semakin terkumpulnya dendam mereka. Semakin banyak dendam mereka, semakin hebat mereka. Kuasa mereka yang asalnya hanya dapat memberi bayangan mimpi ngeri kini dapat menghasilkan kuasa sama seperti Puak Comittatus. Mereka hanya perlu berfikir tentang kengerian yang mereka mahukan dan ia akan bertukar jadi nyata. Contohnya, bayangan ngeri untuk menikam seseorang dan... Bayangan ngeri itu segera memunculkan apa-apa benda tajam untuk menikam orang itu. Suatu hari Raja Kengerian meredah kota kegelapan itu dan menemui sebuah hutan. Dia meredah hutan itu sehingga dia terjumpa sebuah sungai yang jernih dan bersih airnya. Dia melihat ke seberang sungai dan berniat untuk ke sana. Dia bersiap sedia untuk terjun dan apabila selangkah lagi kakinya hendak mencecah air sungai tersebut, dia terhumban ke tanah. Ianya seperti hendak menghalang dirinya pergi
"Apa semua ni?" Raja Kengerian menjadi keliru
Semenjak hari itu, Raja Kengerian datang ke kawasan itu saban hari, saban minggu, saban bulan, saban tahun sehinggalah seribu tahun berlalu. Dan... Dalam tahun keseribu itu seeokor unicorn telah menyeberangi sungai dan berhadapan dengan Raja Kengerian. Raja Kengerian semakin keliru... Kenapa yang dari seberang boleh ke sini tetapi mereka tidak boleh?!... Hal ini membuakkan lagi keghairahan Raja Kengerian sehinggalah satu hari ada seorang lelaki bodoh membawa bakal ratu ke dalam hutan imaginasi. Dia meninggalkan sang puteri seorang diri di kawasan sungai. Raja Kengerian mendapat satu idea dan membuat satu tekaan. Dia menggunakan kuasanya untuk mengubah rupa. Dia bertukar menjadi seorang lelaki tua yang kelihatan sangat memerlukan bantuan. Sang puteri berasa terkejut dan segera mendapatkan Raja Kengerian yang berlokon sebagai lelaki tua. Raja Kengerian memohon agar diizinkan masuk ke kerajaan sang puteri. Tanpa berfikir panjang, sang puteri membenarkan. Dan satu keajaiban berlaku. Raja Kengerian berasa sesuatu yang aneh. Seperti kuasanya semakin hebat. Adakah tekaannya betul? Dia bersedia untuk memasukkan kakinya ke dalam sungai. Dia berjaya, tiada apa-apa yang menolak untuk menghalang dia keluar. Dia ketawa nyaring. Kuasa dan bayangan kesakitannya yang kuat telah membuatkan sang puteri tidak dapat bertahan dan rebah. Raja Kengerian kembali semula ke kota kegelapan untuk mengkabarkan berita gembira itu kepada tenteranya
* * *
"Macam tu ceritanya tuanku... "
"Jadi apa kaitan cerita ini dengan tentera yang berundur tadi?"
"Kalau mereka kembali ke sini, mereka tidak dapat keluar selain mendapat satu lagi keizinan... " Ryan menerangkan
"Owh macam tu... " Aku terangguk-angguk "Jadi kita selamat kat sini?"
"Ya tuanku... Lebih baik kita cari tempat untuk tidur, lagipun Michael kelihatan betul-betul dah tak berdaya"
"Baiklah kalau macam tu"
Kami turun dari kuda dan berjalan ke arah sebuah pondok. Pondok itu langsung tidak kelihatan seperti pernah di bersikan. Habuk merata-rata dan sarang labah-labah grrrr boleh melompat aku jadinya. Tapi.... Kalau nak dibandingkan tempat ini saja yang kami rasa paling bersih. Ryan membaringkan Michael dan membersikan bahagian perut Michael yang masih dibajiri darah. Aku melihat ke arah Ryan. Air mata keluar membasahi pipinya
"Saya bodoh tuanku... " Air mata Ryan semakin lebat berjatuhan "Kalaulah saya tak lebih pilih kuasa, saya dapat mengelakkan Michael mengalami kecederaan macam ni" Ryan memukul kepalanya "Saya BODOH! Saya tak guna... Ayah mesti kecewa kalau tahu saya buat perkara bodoh macam tu!!!" Ryan memukul kepalanya dengan semakin kuat
"Ryan, tolonglah berhenti buat macam tu... " Aku melihat Ryan dengan perasaan sedih. Aku dapat rasakan sesalan yang tertanam dalam dirinya
"Tak tuanku... Saya memang tak layak hidup!" Ryan mendapatkan batu yang agak besar di sebelahnya dan bersedia untuk menghempap batu itu di kepalanya
"RYAN!" Aku segera mengambil batu tersebut dan membuangnya "Kau dah kenapa?!" Aku memegang kedua-dua bahu Ryan "Tolonglah jangan sakiti diri kau.... " Aku memeluk Ryan. Dia membalas pelukanku dan menangis
"Saya minta maaf tuanku... " Dia menangis teresak-esak
"Tolong jangan buat macam tuu lagi okey?"
"Baiklah... " Dalam pelukan dia mencuba menahan sebak yang mencengkam dadanya. Aku membiarkannya sehingga dia tenang. Tak sangka, sekuat-kuat Ryan, dia juga boleh menangis. Dalam diam aku tersenyum kecil. Aku cuma harap, pilihanku mempercayainya semula tidak salah
~Don't Cry blame yourself just for a while but never forget forever♡
YOU ARE READING
Queen of Dream
Fantasi[COMPLETED] "Kau akan menjadi ratu di dunia kami" Ryan "Tak, bukan aku. Aku cuma gadis biasa dan tak penting" Amy "Di dunia kau sahaja. Di dunia kami, kau amat penting" Michael Amy Lana hanya seorang budak biasa yang tiada peduli tentang kehadiranny...