Amy Pov
Langkah kaki ku kuatkan untuk kekal melangkah. Tekak ku terasa kering, sangat menginginkan kenikmatan air sejuk yang membanjiri kelelahan ini
Aku melihat ke arah Ryan dan Michael. Mereka masih gah dan langsung tidak kelihatan penat
"Ryan.... " Aku memanggil. Ryan menoleh ke arah ku
"Lama lagi ke perjalanan kita. Lagipun kita nak ke mana sebenarnya?" Aku bertanya
"Tak lama lagi tuanku... " Ryan tersenyum "Tengok depan tu" Dia menunjukkan jari telunjuknya ke depan.
Aku memalingkan kepala ke hadapan dan... "Huwau!" Mataku terbuntang luas. Di depan terdapat sebuah kota dan di hujung sekali terdapat sebuah istana besar yang tesergam indah
"Kita akan ke istana. Puteri kenalah tinggal di istana" Kata Ryan
"Mari kita ke arah kota... " Michael berkata dan terus menjejaki sebuah kota yang tidak beberapa jauh dari sini
Kami melangkah bersama dan tanpa ku sedari, kami telahpun berada di kota tersebut. Langkah ku hentikan. Jantungku mula berdegup agak kencang
"Kenapa tuanku?" Ryan bertanya dengan muka yang hairan memandangku
"Adakah saya akan menjadi ratu untuk semua orang di kota ni?"
"Ya" Ryan menganguk dan mendampingiku menuju ke istana
Semua orang yang sibuk melakukan kerja-kerja di kota ini terus memandangku dengan senyuman dan melambai-lambai.
"Itu ratu baru... " Seseorang berkata
Aku hanya meneruskan langkah dan tersenyum memandang mereka semua. Mukaku merah menyala. Ryan kelihatan bangga kerana mendampingiku manakala Michael hanya menunjukkan muka yang serious. Baru aku perasan dia memang jarang senyum dan bercakap. SERIOUSSSSSS SEJA
Akhirnya... Kami tiba di depan pintu istana. Dua orang pengawal berbadan sasa dan berpakaian besi khas untuk para pahlawan berdiri di depan pintu. Melakukan tugas mereka untuk menjaga keamanan istana
Tiba-tiba... Mereka terus tunduk yang tahap punya tunduk untuk memberi hormat kepada aku. Nasib aku tidak terlalu terkejut, kalau tidak sudah ku munculkan gelembung yang akan melindungi aku
"TUANKU" Kata seorang pengawal
"KAMI AKAN MEMASTIKAN KEAMANAN ISTANA INI TERJAMIN!" Kata seorang pengawal lagi sambil menunjukkan tanda tabik menggunkan tangannya
"Errr baiklah, terima kasih" Aku berkata dengan perasaan gugup. Tidak biasa di kata dengan penuh hormat sebegini rupa
"Mari kita masuk tuanku... " Kata Michael
Aku mebuka langkah memasuki pintu istana dan....
BERRRDRR.... IBARAT BOM NAGASAKI MAU MELETUP DI KEPALAKU SEKARANG! Istana itu sangat luas. Di lengkapi dengan pelbagai barang mewah
"Selamat datang tuanku... Saya Duke" Seorang lelaki 30-an menegurku
"Tuanku puteri, ini Duke, pengurus tuanku" Michael memperkenalkan
"Ada apa-apa yang saya boleh buat untuk tuanku?" Duke bertanya
"Boleh tak saya tau mana saya akan tidur?" Aku bertanya. Jujur aku kata, kakiku macam hendak tercabut. Aku betul-betul mahu berehat setelah setengah hari berjalan
"Ikut saya... " Duke berjalan mendaki tangga
Aku mengikuti Duke. Michael dan Ryan juga sama
"Masuklah... " Duke membuka pintu sebuah bilik
Sekali lagi....
"HUWAU!" Aku terpesona. Bilik ku sangat luas seperti dua kali ganda keluasan bilik Aoran. Katil ku, besar dan kelihatan amat lembut. Aku mengucapkan terima kasih dan segera menuju ke arah katil. Aku duduk di situ
Huahhh, lembut gila tilam katil ni. Empukknyaaaaa.
"Saya pergi dulu tuanku... " Duke tunduk memberi hormat dan beredar dari situ. Kini hanya tinggal aku, Ryan dan Michael
"Ini baju kamu... " Michael menghulurkan aku baju dress, bukan dress modern, ianya dress yang cantik cuma gaya lama yang tidak telalu blink
"Tuanku boleh tukar baju dan berehat. Kami akan keluar sekarang. Nak apa-apa panggil saja" Kata Ryan dan bersiap sedia untuk melangkah keluar bersama Michael
"Er... Ryan" Aku memanggil
"Ya tuanku?"
"Kamu berdua ada kena mengena kah dengan apa yang berlaku tempoh hari semasa aku di heret oleh perempuan-perempuan tu?" Aku bertanya tentang kejadian Ivy dan Emmy yang berteriak memandang tangan mereka sewaktu hendak menamparku. Semua itu terjadi selepas aku bermimpi tentang Ryan dan Michael
"Ya... Saya memberi bayangan petanda yang buruk kepada mereka. Saya membuat mereka melihat tangan mereka berdarah" Ryan menerangkan "Saya cuma tak mahu tuanku di buat sebegitu"
"Terima kasih.... "
Ryan mengangguk dan keluar dari bilik. Aku segera menukar pakaian yang diberi oleh Michael. Kainnya amat lembut menyentuh kulit ku
Aku merebahkan diriku di katil. Ianya amat selesa. Aku menutup mata. Satu pertanyaan muncul di fikiranku. Adakah aku akan bermimpi di dunia mimpi?
Aku tidak akan tahu sehinggalah aku mula terlelap dengan lena~
YOU ARE READING
Queen of Dream
Fantasy[COMPLETED] "Kau akan menjadi ratu di dunia kami" Ryan "Tak, bukan aku. Aku cuma gadis biasa dan tak penting" Amy "Di dunia kau sahaja. Di dunia kami, kau amat penting" Michael Amy Lana hanya seorang budak biasa yang tiada peduli tentang kehadiranny...