Bab 18~Perjuangan Terakhir

442 49 10
                                    

"Amy... " Aku dapat mendengar dengan jelas suara seorang wanita membadai lembut gegendang telingaku. Aku segera membuka mata dan melihat si empunya suara. Si empunya itu kelihatan amat cantik. Kulitnya putih, matanya biru aqua dan dia mengenakan baju dress yang kainnya diperbuat daripada sutera

"Siapa awak?" Aku bertanya sambil memandang sekeliling yang tidak mempunyai apa-apa selain dinding yang putih sahaja

"Macam mana kerajaan mimpi?" Pertanyaanku tidak diendahkan malah diberi lagi satu soalan. Aku juga tidak mengendahkan soalannya. Bukan sengaja, cuma apa aku nak cakap? Kerajaan mimpi tengah berperang? Raja Kengerian ambil alih kerajaan?! Aku cuma menundukkan kepala

"Amy... Macam mana kerajaan saya?" Dia bertanya lagi. Wait... Kerajaan saya?!

"Sayalah ratu sebelum awak Amy.. " Dia tersenyum dan duduk di sebelahku. Dia kemudian mengangkat wajahku dengan lembut. Seukir senyuman di berikan "Saya dah tahu apa dah jadi.. Kamu tak perlu risau. Saya tak marah.. "

"Terima kasih sebab tak marah. Tapi tuanku, kenapa tuanku pilih saya sebagai ratu. Saya tak hebat mana pun.." Soalan yang sentiasa berlegar di mindaku akhirnya dapat aku keluarkan

"Kenapa kamu kata kamu tak hebat? Kamu dah lupa kamu ada kuasa macam puak comittatus?"

"Tapi... Tuanku, tuanku tahu tak macam mana saya boleh dapat kelebihan tu?" Satu lagi soalan yang turut bermain di fikiranku dilontarkan

"Nak dengar cerita tak?"

* * *

Masa di dunia nyata dan di dunia mimpi tidak pernah serupa. Ada kalanya masa di dunia mimpi lebih laju berbanding dunia nyata dan ada kalanya lebih perlahan

Ingat tak peristiwa hitam 1000 tahun dahulu sewaktu pemberontakan puak pessima mengganas?

Pada masa itu, si Raja sebenarnya dapat melawan puak pessima. Tapi sang Raja tidak mahu berlakunya pertumpahan darah lagi. Jadi sang Raja mengeluarkan sebuah kuasa yang menyebabkan sebuah cahaya yang menyilaukan mata muncul dari tubuh badannya. Melalui cahaya itu, semua kuasa, kehebatan, dan nyawa si Raja keluar dan membawa puak Pessima ke suatu tempat untuk mereka tinggal. Tersorok jauh di dalam hutan imaginasi. Iaitu kota kegelapan, tempat di mana semua mimpi ngeri yang ingin dilupakan berada

Setelah sahaja tugas itu selesai. Cahaya itu tidak boleh kembali ke badan si Raja. Cahaya itu harus mencari satu nyawa yang baru. Nyawa yang masih suci.... Dan kebetulan pada masa itu, di dunia nyata lahirnya seorang bayi perempuan yang dinamakan Amy Lana. Cahaya itu masuk ke dalam badan bayi itu dan tinggal bersama-samanya. Cahaya itu memberikan bayi itu satu kuasa. Dia boleh mengawal apa sahaja yang dia mahukan di dalam mimpi

Saban hari, 17 tahun berlalu. Waktu itu, masa di dunia mimpi lebih laju... Jadi dunia nyata baru 17 tahun berlalu tetapi dunia mimpi sudah lebih 1000 tahun. Ratu yang merupakan anak si Raja merasa dirinya tidak mampu untuk bertahan lagi kerana kuasanya semakin lemah. Jadi dia melihat bayi yang sudah berusia 17 tahun itu setiap kali gadis itu tidur. Dia amat sesuai untuk menggantikan tempatnya

Jadi, dia mengarahkan dua orang pengawalnya yang masih muda, Ryan dan Michael untuk menjemput gadis itu ketika dia pergi meninggalkan kerajaan mimpi

* * *

"Saya pilih kamu sebab kuasa ayah saya hidup dalam diri kamu. Kamu hebat tau tak.. " Dia memberiku senyuman harapan

"Boleh saya kalahkan Raja Kengerian macam tu tak? Sa-saya tak sanggup lagi adanya pertumpahan darah" Aku berkata dengan raut muka yang sedih

"Kalau itu yang kamu mahu... Tapi kamu akan berisiko kehilangan nyawa awak sendiri" Dia memegang bahuku

"Saya sanggup, saya cuma... Err taknak mimpi yang indah ini musnah. Saya lebih sanggup gadaikan nyawa saya sendiri"

Queen of DreamWhere stories live. Discover now