Bab 12~Penjara

279 39 0
                                    

Amy POV

Mataku membulat tatkala aku tersedar. Deruan nafas yang kencang keluar dari salur pernafasanku. Aku merasa seperti baru saja berjalan ke arah kematian tapi segera di bawa pulang oleh satu kejutan yang menyakitkan di bahagian jantungku

"Tuanku... " Michael muncul pada pandangan mataku

"Michael... " Aku nendapatkan lelaki itu dan segera memeluknya

"Kau okey?!" Aku melihat ke bahagian perut Michael yang masih mengeluarkan darah

"Ya... " Kata Michael. Nada suara di paksa untuk kedengaran tenang

"Tak kau tak okey... " Aku menggeleng dan membaringkan Michael. Aku mengoyakkan skirt ku dan membalut luka Michael

"Saya baik saja tuanku.. " Dia menepis tanganku dari membalut lukanya

"Tak dan tolong baring saja!" Nada suara ku tinggikan "Tolonglah... Saya taknak kehilangan awak" Air mata merembes membasahi pipiku

"Tak payah lah nak drama sangat Amy..." Raja Kengerian muncul di luar penjara dengan senyuman sinis menghiasi bibirnya

Aku berdiri "Aku akan bunuh kau dan kau juga RYAN!" Aku menengking

"Wow. Takutnya!" Raja kengerian ketawa "Saya dah uruskan keranda awak berdua. Jadi esok tinggal kamu bersiap saja hrm?" Dia ketawa lagi dan berjalan pergi

Aku mengetap gigi. Michael kelihatan semakin lemah dan dalam masa sekarang aku tidak tahu mengapa aku tidak dapat memunculkan apa-apa kuasa. Aku cuma mampu berharap agar miracle berlaku. Tolonglah... Mimpi merupakan sesuatu yang indah, jangan biar aku berakhir dengan mimpi ngeri

👑

Dunia Nyata,
Aoran POV

"AMY!" Aku terjaga dari mimpi yang menjenga. Kebelakangan ini aku sering mendapat mimpi buruk dan membuatkanku seperti hilang harapan. Tadi pula, aku bermimpi Amy ditikam dari belakang dan mati

"Amy, bangunlah... " Aku memegang tapak tangan Amy. Sejuk hampir seperti mayat. Badannya yang terlentar kaku di atas katil membuatku semakin hilang harapan

"Abang rindu kau tak guna... Abang tak tahu kenapa abang benci Amy hanya sebab perkara yang kecil"

Imbas Kembali
12 tahun lalu...

"Mak... " Aku mengetuk pintu bilik dan masuk ke dalam

"Ya Aoran?" Mak bertanya

"Aoran takut nak tidur sendiri. Boleh mak teman?"

"Aoran... Mak nak tidurkan Amy dulu okey?"

Aku mengangguk dan berjalan kembali ke bilik tidurku. Aku menunggu sehingga mak masuk ke dalam bilikku. Aku tidak dapat tidur kerana bunyi petir yang saling sambar-menyambar di luar. Aku menunggu dengan badan yang tidak henti bergetar

Guntur yang kuat berdentum sehingga membuat ku melompat "MAKKK!" Aku berteriak

"Apa Aoran?!" Mak tiba di depan pintu

"Aoron takut... "

"Tidur lah Aoran kamu hampir buat adik kamu terjaga!" Mak meninggikan sedikit suaranya dan meninggalkan aku sendiri

"Aku benci kau tak guna... Kenapa kau harus lahir?! Kalau bukan sebab kau aku akan mendapat lebih perhatian!" Rasa benci itu menikam ke dalam diriku melahirkan satu perasaan dendam yang akan kekal dalam diriku. Mulai malam ini aku bersumpah aku akan rampas semula kasih sayang mak dan ayah dari kau Amy!

Imbas Kembali (End)

"Perkara kecil je kan Amy? Abang memang bodoh" Mataku bertakung dengan air mata. Aku menyesali semuanya. Aku tahu masa tidak dapat diputar kembali, tapi... Aku ada butang edit untuk mengubah semuanya. Aku cuma perlu Amy kembali

Dunia Mimpi
Amy POV

"Tuanku!"

Aku terjaga dari tidur dan menyedari Ryan berada di depan ku

"APA KAU NAK?!" Aku segera berundur. Aku melihat ke luar tingkap, matahari belum bangkit. Adakah aku akan mati sekarang?

"Saya cuma nak tolong tuanku... " Ryan merayu sambil menghulurkan tangan kepadaku

"Apa alasan kau untuk aku percayakan kau RYAN?!"

"Tolong lah tuanku... Kalau kita tak bergerak sekarang esok tuanku akan mati!"

"Aku taknak percayakan kau... Tolonglah pergi saja Ryan" Aku menangis. Rasa di khianati itu sakit. Lebih sakit daripada sebilah pedang yang menusuk ke hatimu.

"Saya tiada pilihan lain tuanku... " Ryan menutup matanya dan segulung tali mula melilit tubuhku. Michael juga sama

Dan... BUMMMM! Dinding penjara meletup kuat. Ryan menolakku dari tingkat lima penjara. Aku ingin menjerit tetapi aku segera disambut oleh seekor kuda yang pernah aku tunggang. Tali terlerai dari tubuhku dan kuda tersebut segera membawa ku melalui kawasan luar isatana. Aku menoleh ke arah belakang dan seekor kuda yang ditunggang oleh Ryan mengekori ku. Michael yang terbaring lemah berada di belakangnya

"AMY!!!!!" Suara Raja kengerian berdesing kuat di telingaku dan beratus anak panah muncul dari langit ingin menusuk tubuhku

"Tuanku...  IKUT SAYA SEKARANG!" Ryan menunggang kudanya di depanku dan segera menuju ke arah hutan imaginasi

Dalam keadaan yang sempit sekarang aku tidak dapat berfikir dan hanya menurut sahaja. Lagipun ada berpuluh-puluh askar Raja Kengerian sedang mengejar kami dari belakang

Kami tiba di hutan imaginasi dan Ryan mula meredah sungai yang  jernih airnya menuju ke seberang. Aku mengikutinya. Setelah tiba di seberang dia berhenti secara tiba-tiba. Aku juga turut berhenti

"Kenapa kau berhenti. Askar-askar tu tak jauh dari belakang! Ini memang rancangan kau untuk bunuh aku kah?!"

"Tak tuanku... "

"Jadi apa?!!" Dan tepat pada masanya askar-askar raja kengerian muncul di seberang. Mereka berhenti dan tidak menyeberang ke arah kami. Mereka menunjukkan muka yang bengis dan berundur

"A... Apa semua tu?!" Mataku terkebil-kebil. Otakku memerah memohon jawapan. Kenapa mereka berhenti? Kenapa mereka berundur?

"Saya akan jelaskan nanti tuanku. Sekarang kita teruskan perjalanan"

"Nak ke mana?!"

Ryan tidak mengendahkan persoalanku dan terus menunggang kudanya meredah hutan. Aku tiada pilihan dan segera mengekorinya

Queen of DreamWhere stories live. Discover now