Bab 10~Hilang harapan

320 50 0
                                    

Dalam kegelapan aku dapat mendengar. Satu suara berbisik. Terasa seperti tuan punya suara berada di sebelah ku

"Kerajaan kau akan musnah tidak lama lagi. Tiada siapa suka mimpi ngeri dan ianya akan membuat mereka hilang harapan. Banyak akan mati nanti" Katanya dengan sinis

Jantungku berdegup kencang ibarat angin yang kuat meniup pokok yang kuat akarnya sehingga bergoyang. Keringat memanaskan badanku

"Kkk... Kau siapa?" Aku tergagap ketika bertanya

"Kita akan berjumpa tak lama lagi... " Suara itu berkata. Dalam intonasinya seperti dia sedang mempertawakanku

"Apa maksud kau?!!"

"Tunggu saja hurm... "

Dia memetik jari. Bunyinya berdesing di telingaku dan satu igauan buruk memunculkan diri. Aku melihat kegelapan yang berpanjangan dan semua orang di kerajaan ku bertukar menjadi debu dan hilang pada pandanganku

"TIDAKKKKKKKK!"

"Tuanku!" Michael muncul pada pandaganku

"Michael... " Aku segera bangkit dan memeluk erat Michael. "To... Tolong saya. A... Ada orang kata yang kita semua akan mati. Aku lihat sendiri Michael. Kebanyakan dari kita akan bertukar jadi debu!" Dalam pelukannya aku menangis teresak-esak

"Apa maksud tuanku?" Michael meleraikan pelukan dan memandangku

"Saya takut Michael... Ada bisikan... Ianya seperti mimpi ngeri!" Aku menangis lagi

"ARRGHHHHH!" Bunyi teriakan kedengaran dari kawasan kota. Selepas satu teriakan. Satu teriakan lagi muncul. Ianya saling bersahutan

Tanpa berfikir panjang aku segera berlari keluar meninggalkan istana dan meluru ke arah kota. Michael mengejarku dari belakang

Setiba saja di kota aku segera berhenti. Michael juga sama. Mataku menyaksikan beberapa orang penduduk bertukar menjadi debu dan hilang bersama tiupan angin

Semua orang menyaksikan perkara tersebut. Semuanya terkelu lidah begitu juga aku

"Tuanku.... Tolong saya... " Seorang wanita lingkungan usia 40-an merangkak mendapatkan ku. Aku melutut agar kami sema paras

Aku memegang lengan wanita tersebut

"Tolong saya tuanku... " Wanita itu menangis "Saya rasa tak senang... " Dan... Wanita tersebut bertukar menjadi debu dan hilang dari pandanganku. Jantungku betul-betul terasa seperti berhenti berdegup. Apa dah jadi sebenarnyani?!!!!!!!!

"Michael apa sebenarnya yang terjadi ni?" Aku memandang Michael yang terpaku di tempatnya

"Saya pun tak tahu apa-apa tuanku"

"Tolong... SESIAPA BERITAHU SAYA APA YANG DAH JADI NI?!" Aku meraung

Semua penduduk kota yang tidak bertukar menjadi abu hanya memandangku dengan air mata yang berkaca

"Tuan puteri...." Seorang budak perempuan berdiri di hadapanku dan menyentuh pipiku. Aku mengenali budak kecil itu. Dialah yang membuatkanku mahkota dari bunga "Tolong saya tuan puteri... Mak dan ayah hilang begitu saja. Saya nak buat apa?!" Budak kecil itu menangis. Aku segera memeluknya

"Ikut saya emmm" Aku berdiri dan memegang tangan budak tersebut. Aku mengesat air mataku dan membawanya bersamaku ke Istana

"Saya dan tuan puteri akan mencari punca semua ini terjadi!" Kata Michael kepada semua warga kota yang sedang dilanda tsunami kesedihan. Banyak orang yang mereka sayang hilang di depan mata mereka

👑

Aku menemani budak kecil yang bernama Adela itu sehingga dia tertidur. Aku memandangnya dengan mata berkaca. Adakah aku penyebab mak dan ayahnya pergi dari pandangan matanya? Sebab aku pemimpin mereka. Tugas ku melindungi mereka bukan mengecewakan mereka

"Tuanku... " Duke dan Michael muncul di birai pintu

"Ya?" Aku mendapatkan mereka

"Kami dah tahu punca sebenarnya" Kata Duke

"Apa dia?"

"Kita berbincang di bilik perbincangan tuanku"

Aku tiba di bilik perbincangan bersama Duke dan Michael. Aku berdiri di birai pintu. Ada 55 orang pekerja istana menunggu ku. Aku duduk menghadap mereka semua

"Tuanku izinkan saya memperkenalkan peramal di istana ini" Kata Duke. Di sebelahnya terdapat seorang lelaki tua yang berjanggut putih sehingga ke paras pinggang

Aku mengangguk

"Saya Lance tuanku. Peramal di istana ini. Saya tahu apa yang sebebarnya berlaku izinkan laa saya memberi keterangan"

"Silakan... "

"Kalau apa yang kita dapat lihat situasi di sini sekarang. Terdapat 105 orang pekerja di istana ini. 50 darinya telah bertukar menjadi debu dan hilang begitu sahaja. Kalau saya tidak silap, perkara ini sama situasinya dengan 1000 tahun dahulu sewaktu pemberontakan puak Pessima yang memberi gambaran mimpi ngeri. Apabila mimpi ngeri mula menguasai, semua orang di dunia nyata akan hilang harapan terhadap kita dan puak yang paling pertama akan hilang adalah puak Signum iaitu puak yang memberi petanda dalam bentuk mimpi. Mereka jarang diperlukan jadi mereka akan terus hilang. 50 pekerja yang hilang adalah puak Signum dan yang masih tinggal adalah pekerja dari puak Animo"

Aku terkelu lidah "Bukan kah puak Pessima sudah hilang dari dunia mimpi ini?" Aku bertanya dan semua pekerja kelihatan mengaanguk

"Ya. Itulah yang membuatkan saya keliru tuanku. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi" Lance berkata

"Tunggu.. Kalau yang hilang adalah puak Signum, adakah Ryan juga turut hilang?!!" Aku berdiri memandang Michael

"Bukan semua puak signum hilang tuanku. Mungkin Ryan tidak bertukar jadi debu" Kata Lance cuba menenangkanku

"Apa bukti kamu Ryan masih ada? Mana DIA?!!!!" Air mataku mula berjujuran "APA SEMUA NI?!" Aku melutut sambil meraung

Zingggg! Telingaku di hinggapi satu dengungngan yang menyakitkan. Satu suara berbisik sinis "Tak perlu risau. Saya tahu apa yang terjadi"

Dan..... Tanah terasa bergegar seperti jutaan kaki berjalan memasuki kota. Aku terkejut dan berdiri mendapatkan tingkap

"Saya dah sampai... " Suara itu berbisik lagi

Aku membuka tingkap dan melihat bala tentera yang ramai. Kesemuanya berkelubung hitam dan berbadan sasa. Michael dan semua orang di dalam istana ini melihat keluar. Mereka juga melihat benda sama. Tentera yang menakutkan

"Puak Pessima?!" Lance terkejut

Ibarat ombak tsunami menghambat jiwaku. Puak pessima?! Macama mana mereka boleh muncul di sini?!

Queen of DreamWhere stories live. Discover now