"Mana ketua kamu?!" Aku bertanya. Memandang puak pessima yang begitu ramai dengan perasaan yang agak cuak. Michael di sebelahku kelihatan sedikit berpeluh
Puak pessima mempertawakanku. "Kau tak setanding dia HAHAHAHA" Seorang dari mereka berkata
Mereka membuka jalan dan seseorang yang berkelubung hitam berjalan dari situ dan mendekatiku. Dia kini berada di hadapanku tetapi aku tetap tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas "Jadi inilah ratu kita?" Katanya sinis. Dia membuka kelubung hitamnya. Terselah wajah seorang lelaki yang amat tampan. Rambutnya perang, matanya bewarna biru dan coklat. Aku seperti tidak percaya dialah yang menjadi ketua pemberontakan 1000 tahun yang lalu
"Kenapa... Terkejut nampak aku tak menua?" Dia tersenyum "Aku juga punya kuasa yang hebat. Aku tidak akan menua meskipun usiaku meningkat"
"A... Apa kau buat kat sini?" Aku bertanya
"Jangan laa buat-buat lupa Amy... " Dia memegang pipiku dengan lembut. Tapi kelembutan itu tidak lah terasa selesa. Ianya ibarat menarik semua kuasaku sebab lama-kelamaan aku berasa lemah semangat
"Jauhi tangan kotor kau tu!" Michael menderam dan menolak kuat lelaki tersebut. Tolokan Michael tidak menjejaskannya
"Budak tak guna!" Dia menghayunkan tangannya di udara dan sebilah pisau muncul menikam Michael
"MICHAEL!" Aku hendak mendapatkan Michael yang sedang mengerang kesakitan tetapi rambut ku ditarik dari belakang
"Tak usah risau tentang dia... Baik kau risau tentang kerajaan kau dahulu" Dia berbisik di telingaku dan sekali lagi aku berasa lemah
"Apa maksud kau?" Dalam keadaan yang tercungap-cungap mencari nafas aku bertanya
"Sebab kau akan ku lucutkan jawatan" Dia menarik nafasnya "Sebab aku akan ambil alih kerajaan ini. AKU LAH RAJA YANG SEBENAR. RAJA KENGERIAN"
"Kau takkan dapat kalahkan ratu kami dan kau langsung tak layak untuk perintah kami!" Seorang penduduk kota berkata
"Lebih baik kau tarik balik kata-kata kau... "
"Tak. Kau memang tak layak" Penduduk kota itu berkata lagi
"Kau buat aku tiada pilihan" Raja kengerian menarik lagi rambut ku. Dia mencekikku dari arah belakang "Kau kata dia layak! Puteri kamu nii baru menyebabkan aku dan puakku terlepas dari kurungan kami. Dia membenarkan kami masuk ke sini!"
Sekarang baru lah aku tahu macam mana puak Pessima muncul kembali. Raja kengerian menyamar sebagai orang tua yang sakit dan meminta agarku mengizinkan dia masuk. Itu perangkap!
Penduduk kota terkilan dengan apa yang Raja Kengerian katakan. "Orang macam ni kau katakan layak?" Raja kengerian mencekik aku dengan semakin kuat
"Apapun aku takkan dapat kebenaran kau tanpa pertolongannya. Perkenalkan pembantu baru aku... " Raja Kengerian menunjuk ke arah seorang lelaki yang berkelubung. Lelaki tadi membuka kelubung hitamnya dan ibarat batuan besar menghempap jiwaku. Aku berasa di khianati. Orang itu adalah Ryan
"Kau tolong dia RYAN?!!" Michael yang masih bertahan hidup membentak
Air mataku jatuh membasahi pipi. Ryan khianati aku? Ianya lebih sakit daripada rasa di abaikan. AKU BENCI KAU RYAN!
Imbas kembali
Nobody POV
Ryan lari membawa dirinya ke dalam hutan imaginasi. Masih terngiang di mindanya rasa bersalah. Dia tidak sangka dia baru sahaja menikam bahu Michael. Sambil menikmati permandangan air sungai yang mengalir dia menangis
"Kenapa kau nak sedih?" Seorang lelaki berdiri di belakangnya
Ryan bangkit dan menoleh "Sapa kau?!"
"Aku Raja Kengerian. Jangan risau, aku takkan sakiti kau"
"Aku tak percaya!"
"Aku cuma datang nak bagi kau tawaran. Kau ikut aku. Kau akan jadi hebat. Kau akan lebih hebat dari Michael. Ayah kau takkan agungkan dia lagi. Ayah kau akan agungkan kau seorang saja" Raja Kengerian berkata
Ryan berfikir sejenak. Sejak dahulu lagi dia dibayangi bayang Michael. Ayahnya malah semua orang tidak mengharapkan dia melainkan Michael. Budak sakti yang dipungut
"Betul ke ni?"
"Ya. Lagipun, kalau bukan sebab kau... Aku takkan dapat kembali ke sini" Raja kengerian menghulurkan tangannya
Ryan menyambut tangan itu dan ibarat satu renjatan, dia merasa satu kuasa yang hebat mengalir ke dalam tubuhnya
"Sekarang ni aku nak kau bayangkan apa-apa saja mimpi buruk dan ianya akan bertukar menjadi nyata"
Ryan mencuba. Dia memikirkan sesuatu dan satu bom yang besar meletus dari sungai menyebabkan ikan-ikan di dalamnya mati. "Aku ada kuasa macam puak comitatus?"
"Cuma fikir untuk memberi gambaran yang ngeri" Raja Kengerian memegang bahu Ryan
"AKU HEBAT SEKARANG HAHAHAHHA" Ketawa jahat bergema di hutan imaginasi itu
Imbas Kembali(END)
Amy POV
"Aku hebat sekarang Michael. Maaflah... Aku lebih pilih kuasa" Ryan tersenyum sinis
"Bawa mereka ke istana" Raja Kengerian melepaskanku dan berjalan ke istana. Penduduk kota hanya terdiam dan tak berdaya membuat apa-apa
Dalam keadaan yang lemah aku tertiarap mencari nafas. Aku dapat merasakan seutas tali menjerut tubuhku. Aku diangkat. Aku tidak dapat melihat apa-apa sekarang. Mataku semakin kabur dan semuanya bertukar menjadi gelap~
👑
Dunia Nyata,
Hospital besar,Nobody POV
"Amy... Amy!" Aoran menggoncang tubuh Amy yang terbaring kaku. Bacaan nadi tiba-tiba menunjukkan adiknya itu tidak bernafas. Bunyi tittt memanjang membengitkan telinga
"DOKTOR... DOKTOR!" Aoran berteriak. Dia menekan butang kecemasan dan dalam beberapa saat seorang doktar dan tiga orang nurse masuk
"Nadinya tidak dapat dibaca doktor" Seorang nurse berkata
"Hidupkan defibrillator sekarang!"
Seorang nurse menolak Aoran keluar. Dia menghidupkan defibrillator iaitu alat yang digunakan untuk mengecas jantung yang tidak berfungsi menggunakan elektrik
Doktor tersebut mula mengecas dan menekannya di kawasan badan berdekatan jantung Amy. 2 kali pengecasan dilakukan dan mujur saja kali yang ketiga jantung Amy berjaya dikejutkan dan membolehkan jantung menghantar darah ke seluruh badan
"Pasangkan alat pernafasan" Doktor tersebut mengarahkan sebelum keluar menemui Aoran
"Awak ni ahli keluarga Amy kan?" doktor itu bertanya. Aoran mengangguk
"Amy tidak dapat bernafas sendiri lagi. Dia kini harus di sokong dengan alat pernafasan" Doktor itu menjelaskan
Aoran terkesima. Dia menelefon ibu dan ayahnya yang sedang berehat setelah semalaman mengawasi Amy untuk memberitahu perkara tersebut
Aoran masuk ke dalam bilik wad semula. "Berjuang lah Amy. Abang minta maaf" Aoran duduk di birai katil melihat wajah adiknya yang pucat itu sambil menangis
YOU ARE READING
Queen of Dream
Fantasy[COMPLETED] "Kau akan menjadi ratu di dunia kami" Ryan "Tak, bukan aku. Aku cuma gadis biasa dan tak penting" Amy "Di dunia kau sahaja. Di dunia kami, kau amat penting" Michael Amy Lana hanya seorang budak biasa yang tiada peduli tentang kehadiranny...