H-06

55 8 4
                                        

-———————— ————————-

HUMANOID : 06
— HIDUP

-——————🔺ENJOY🔻—————-

"Saya sarankan untuk teruskan rawatan kemo terhadap cik Jieun, Prof. Ubat-ubatan yang saya sediakan tak menjamin kesembuhan dari kanser dia." Nasihat doktor peribadi upahan Jung Hoseok.

Suasana kamar tidur Jieun menjadi tegang dan sunyi dengan keadaan Jieun yang semakin teruk. Mata bundar Hoseok merenung adiknya sudah dipasang alat bantuan pernafasan. Jari Hoseok memicit dahi tanda runsing.

"Saya tahu, dok. Tapi jieun berkeras tak nak jalankan sebarang rawatan.. saya nak dia sembuh tapi.." Hoseok mula hilang kata-kata.

"Prof sebagai abang kandung dia pujuklah dia elok-elok. Mana tahu dia ubah fikiran?" doktor peribadi lelaki itu memberi suntikan semangat.

Hoseok hanya menggangguk lemah.

"Kalau begitu saya pergi dulu, prof."

"Baiklah."

Setelah pemergian doktor, Hoseok mengambil tempat di birai katil menatap wajah pucat lesi adiknya sendiri. Sesekali rambut hitam Jieun diusap lembut. Tangan dingin milik Jieun digenggam dan diusap.

Hatinya dilanda keresahan.

Manakan tidak, Jung Jieun sudah menghampiri ambang maut. Abangnya jadi serbasalah kerana pentingkan diri sendiri. Tak semena-mena, mata Hoseok membahang.

"Abang kejam, abang biarkan adik sakit. Mianhei, jieun. Mian." tutur kata maaf diulang dengan nada berbisik.

Jieun mula tersedar bila mendengar bunyi menarik hingus. Hangat tangan Hoseok mengusap kulitnya buat dia berasa tenang. Imej riak ceria bersama barisan gigi arnab muncul difikiran. Gadis ini turut merindui karenah tunangnya. Entah apa khabarnya di hospital ?

"Abang.." jieun berpaling ke arah Hoseok yang sudah berair mata bersama wajah memerah.

"Hm, adik dah sedar. Adik lapar ke?" Hoseok menepis airmata cuba melarikan diri dari keadaan hiba itu.

Hoseok mahu bangun namun pantas Jieun menggenggam tangan abangnya walaupun tak seerat dulu.

"Abang, adik dah tak lama. Abang kena buat persiapan. Lusa Jungkook keluar dari hospital, keadaan akan jadi teruk kalau abang tak bertindak cepat." Amaran Jieun dengan nada yang rendah namun jelas kata-katanya ditangkap oleh pendengaran abangnya.

Hoseok terduduk semula. Halkumnya bergerak-gerak menelan air liur barangkali menahan keinginan untuk meratapi adiknya. Malangnya, Hoseok terlalu sayangkan Jieun tak mungkin dia mampu menerima takdir ini.

"Kita buat kemo. Lupakanlah segala cita-cita abang. I-i cant forgive myself if i lost you."

Jieun mula rentap tangan abangnya cuba buat abangnya sedar dari serabut difikirannya.

"No! Its must go on! You deserve me but not my destiny."

Gugur air mata kejantanan yang disembunyikan. Begitu berat ujian menimpa dirinya. Dia berbelah bagi.

"Tolong jangan buat abang tak tenang, jieun. You have choices in your life, apa yang adik rancang tak semestinya tercapai—"

"Akan tercapai! Yes, i have choices and my choice it is, and that the reason why im here and alive as your sister. Just keep moving, hoseok. Sciene and technology must and should keep moving on not turning back, by hook or by croock eventhough death or alive all the things in one. Whos the professor now, Jung Hoseok? Wheres your identity as professor?!" Tempelak Jieun dengan serius.

"Jieun.."

Jieun mula diserang sakit dibahagian dadanya. Sakitnya bukan kepalang, Jieun mengerang kesakitan. Genggamannya dilepaskan dari tangan Hoseok. Gadis itu menekan dada sambil meramas kain baju didadanya. Penglihatan Jieun mula berpinar-pinar.

Jung Hoseok mula gelabah menggegar tubuh adiknya yang mula tak sedarkan diri.

###

"Sayang!" Jerit Jungkook.

Tubuhnya yang lena terbaring di katil wad bangun mengejut. Dahinya dibasahi peluh dingin walaupun penghawa dingin terpasang. Mimpi ngeri pasal Jieun cukup buat dia tak tenteram.

Jungkook menunduk melepaskan keluhan seiring tangannya meramas cadar katil. Rambut panjang menutup separuh wajahnya. Jantungnya masih berdegup pantas menukarkan suasana malam yang sunyi bertambah ngeri.

Kini mata Jungkook tidak mahu terkatup. Dia mahukan pengubat sakit keresahannya. Tak lain tak bukan, Jung Jieun sendiri.

Dengan nafas tak sekata-kata bersama air liur yang ditelan terasa kesat dikerongkong. Lelaki ini gagah jua meninggalkan wad persendiriannya. Pintu wad ditolak dengan bahu dan berlari ke arah kaunter.

Matanya menilau sana-sini mencari kelibat gadis berambut perang gelap bersama tocang kecil yang disepit dengan sepit reben putih dibelakang kepalanya.

Hanya dia sahaja yang ada sepit itu disebabkan pemberiannya sendiri. Dia akan serang sesiapa yang cuba memakainya.

"Jieun-ahh." Panggil Jungkook separa jerit.

Kaki tanpa berselipar mula berpijak rumput dikawasan luar hospital. Taman lapang dimana gadis itu selalu mendongak ke langit melihat bintang menjadi tatapan Jungkook.

Malangnya, dia tiada. Taman itu kosong tanpa penghuni setianya begitu hati Jungkook.

Tanpa Jung Jieun, hidupnya seakan tiada makna.

Tubuh gigil Jungkook mula rebah ke tanah. Nafas tersekat-sekat manakala tangannya mencarik-carik tanah.

Mata Jungkook terpaku pada batu sebesar tapak tangannya sejauh jarak tangannya. Tangan gigilnya mula mencapai batu itu lalu diangkat tinggi. Tubuhnya sudah diposisi baring, dia mahu hentikan semua perit ini dengan cederakan diri sendiri.

Jari Jungkook mula bergerak melepaskan batu. Matanya dikatup rapat.



|| v o m m e n t s ||

Maaf terlebih dari 500+ takut tak sempat update pasnih . ☹️

HUMANOID ' JJKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang