-———————— ➿ ————————-
HUMANOID : 02
HOSPITAL HARRISON-——————🔺ENJOY🔻—————-
"Pengubahsuaian wajah, berjaya. Tahniah, Dr Prof. Jung Hoseok. Fizikal Malise Jung 100% persis manusia." Beritahu Sally.
Hoseok tersenyum riang. Robot kaku itu diaktifkan semula. Kini, robot itu dipindah ke kerusi berkusyen tebal seperti kerusi urut. Ia adalah tempat pengecasan dan pemeriksaan dibuat.
Cermin segi empat tepat dihulur pada Malise. Gadis humanoid itu mengambil cermin dari tangan Hoseok dan mengacu ke wajah.
"D-daddy, terima kasih." Ucap Malise dengan suara bergetar, perasaannya berbaur.
"Sekarang, Malise akan belajar jadi manusia biasa. Ingat pesan daddy, jangan pernah rasa insecure dengan diri sendiri. Malise Jung cukup sempurna dimata daddy dan semua orang di luar. Percayalah, mereka akan tergilakan Malise nanti." Pipi merah Malise dicuit lalu mengusap rambut panjang gadis itu.
Seakan belaian seorang ayah kepada anak.
Its our daughter, Miran. , monolog Jung Hoseok dalam hati.
###
Hoseok melangkah ke arah seorang gadis berkot putih. Malise yang asyik menoleh kiri dan kanan membuntuti Hoseok ke mana sahaja. Kawasan bangunan putih menjadi fokus Malise. Iris hazel Malise mula mengskan.
Hospital Harrison
Hospital ini menempatkan pesakit-pesakit yang mengalami kecelaruan mental."Kenapa abang datang tak bagitahu?" Ujar gadis itu.
"Saja, nih abang kenalkan Malise Jung. Malise ini adik Daddy, Lee Ji eun." Hoseok memeluk bahu Malise.
Malise menunduk hormat. Ji Eun hanya tersenyum.
"Boleh bawa abang pergi jumpa, Jungkook?" Pinta Hoseok, air muka Ji Eun berubah.
"B-boleh."
Pintu Wad 197 ditolak perlahan oleh Lee Ji Eun. Mereka melangkah masuk ke ruangan dingin. Malise tertunggu-tunggu untuk melihat gerangan jejaka bernama Jungkook itu.
Mata Malise bersinar melihat figura lelaki berpakaian baju putih belang biru yang duduk termenung melihat luar jendela. Rambut hitamnya sudah panjang parat setengah telinga.
Nampak serabai namun wajah lelaki itu amat mendamaikan hati seorang humainod.
"Sayang, abang saya nak jumpa awak."
Mata Malise terus bertemu dengan tangan Ji eun yang menggenggam erat tangan Jungkook. Panggilan manisnya pada Jungkook buat jiwa Malise meracau dalam diam.
Malise terus beriak kosong.
Dia pun bingung memikirkan apa yang terjadi padanya seminit yang lepas.
"Malise sayang? Kenapa tercegat dekat pintu tuh meh lah duduk sini." Ajak Hoseok yang sudah duduk dikerusi.
Malise terkelu lidah melihat semua memandang ke arahnya. Akhir sekali, iris hazel Malise terpaku pada wajah Jungkook yang pelik.
Sekali lagi, dia merasa tak sedap dibahagian dadanya. Dia mengusap pelan di dada.
"Malise terasa lemas dengan bau hospital, mal tunggu dekat lobi boleh, daddy. Nanti kalau ada apa-apa, Mal call." Malise pinta keluar dari wad.
Hoseok menjadi sangsi sejurus risau melihat anak gadisnya seperti tidak selesa.
Vomments❤️
manusia punya hati tapi robot punya perasaan. ')

ANDA SEDANG MEMBACA
HUMANOID ' JJK
Ciencia Ficción⚠️ H I A T U S JUNG HOSEOK | JEON JUNGKOOK Walaupun aku bukan gadis yang kau cintai, demi melihat kau tersenyum aku sanggup gadaikan perasaan cinta yang bertakhta dalam hati besi ini. "Mulai saat ini, awak akan jadi Lee Jieun bukan Malise lagi tau...