IM BACK FINISHING UNTIL THE END PROMISE !
▄︻̷̿┻̿═━一
Malise bangun dari tidur yang panjang. Matanya berkelipan sebelum mengesan dimana dia beradu. Dia pasti dikurung dalam makmal.
Khayalan lenanya bukan satu mainan tidur.
Yulli yang berdiam dalam rangka tubuhnya memberi kesan ulangan memori.
Kebimbangan mula menerjah. Cepat-cepat dia meninggalkan makmal mencari Hoseok.
Malise menyentuh pintu kaca utama. Setelah pintu terbuka luas. Malise berhenti melangkah. Tangannya menggumpal penumbuk.
Dunia seakan baru dibom seperti mana dalam mimpi. Hampir sahaja dia mahu melepaskan air mata.
Puluhan tentera pasukan khas berbaris rapat bersama senjata dan penghadang menyasar pada Malise sendiri.
Daddy, Jung Hoseok yang sadis. Tepi bibir yang pecah. Mata yang bengkak membiru. Kotor debu dan darah mengotori bajunya.
Adakah ini semua hasil tangannya ?
"d-daddy?" Malise menyeru dengan nada lemah.
Malise jatuh terduduk di lantai dengan menekup wajah sambil meratapi khilafnya yang bukan datang darinya sendiri.
"Malise? Malisee you have to be quick! Here sedative , you have to kill Yulli's neurone in your body. NOW before you end the world by yourself.. " pujuk Hoseok bersama tangannya memberi picagari terisi cecair hijau.
Hoseok dalam diam tersenyum sinis. Dia mendekati Malise perlahan. Tangannya bersedia untuk menikam Malise dengan sedatifnya.
Bangg !
Peluru dilepaskan tepat ke betis Hoseok dari arah tidak diketahui. Tentera mula bergesa menyelamat Hoseok dan ada menunggu arahan "tembak" ke arah Malise.
"Damn it! Kau memang pengkhianat!" jerit Hoseok seoktaf.
Malise mendongak dan terlihat seorang beruniform seperti tentera lain di hadapannya. Dia melutut sebelah kaki dan menghulurkan tangan pada Malise untuk bangun.
"J-jungkook?"
Jungkook hanya tersenyum dan menarik tangan Malise bangun dari lantai.
"nanti saya terangkan.. Sekarang kita kena lari." jawab Jungkook.
Tangan dingin Malise digenggam erat oleh Jungkook. Lelaki ini kembali berdepan tentera yang bila-bila masa membedil tubuhnya dengan peluru.
Jungkook menjeling ke langit melihat dronnya berjaya melepaskan ratusan kertas membuktikan kejahatan Prof. Hoseok.
"Inspektor Jeon ! Apa semua ini?!" soal salah satu tentera itu.
Dasar saintis gila talam dua muka.
"kematian Lee Ji eun adalah salah satu rancangan gila Prof. Hoseok! Ini baru sikit ada banyak lagi yang saya bongkarkan. Sehingga berjumpa lagi Prof !" lantang Jungkook bersuara.
Jungkook melempar bola asap hitam ke tanah dan kepulan tebal asap hitam membutakan pandangan mereka.
Akhirnya Malise & Jungkook ghaib dari pintu utama makmal.

ANDA SEDANG MEMBACA
HUMANOID ' JJK
Science Fiction⚠️ H I A T U S JUNG HOSEOK | JEON JUNGKOOK Walaupun aku bukan gadis yang kau cintai, demi melihat kau tersenyum aku sanggup gadaikan perasaan cinta yang bertakhta dalam hati besi ini. "Mulai saat ini, awak akan jadi Lee Jieun bukan Malise lagi tau...