H-05

42 10 0
                                        

A/N 🗣:
Mesti fikir tenaga nasional berhad kan? HAHAHA ehem— dont play ii geget nak?

-———————— ————————-

HUMANOID : 05
— TRANSFORMATION NEW BORN

  -——————🔺ENJOY🔻—————-

Transformation New Born / TNB atau dikenali sistem pemindahan jiwa dan ingatan dari manusia ke sebuah robot bermain dalam fikiran genius Jung Hoseok.

Eksperimentasi telah berjaya dilakukan 5 bulan lepas. Ia boleh digunakan cuma satu masalah.

Pihak kerajaan Neotropolis tidak meluluskan sistem itu dijalankan secara rasmi untuk rakyat. Hoseok berasa sangat kesal. Matanya memandang kosong ke arah susunan bangunan bercahaya dari Bandar Neotropolis sendiri.

Balkoni bilik lelaki itu selalu menjadi tempat dia mencari ketenangan. Disini juga dia selalu bermanja, bergurau bersama mendiang isterinya Kwon Miran.

Pagar penghadang digenggam kuat oleh kedua tangannya. Marahnya masih belum terlepas. Dia cuma perlu seorang manusia yang rela dijadikan bahan untuk mengaktifkan sistem TNB.

"Abang!" Tegur Jung Jieun dari belakang.

Hoseok berpaling dan melihat adik perempuannya tersenyum indah, lengkap berpakaian pijama satin hitam. Jieun mengangkat dua cawan dalam tangannya.

"Susu suam untuk dua orang. Eun ada sesuatu nak bincang, boleh?" Soal gadis bersama senyuman yang tak lekang dibibir merahnya.

Buaian kayu dihujung balkoni menjadi tempat perbincangan. Mereka terdiam seketika setelah duduk di buaian. Jieun melemparkan pandangan ke wajah dingin Hoseok.

"Abang masih fikirkan pasal TNB?" Tembak Jieun seperti dapat baca dari air muka abang sulungnya.

Hoseok tersenyum kecil lalu membalas pandangan adiknya, rambut hitam ikal mayang milik Jieun dielus lembut.

"Nampaknya macam tulah, abang tak puas hati lepas abang jadi tonggak utama Banda Neotropolis ni maju.. begini pula diorang buat." Luah Hoseok dengan nada kecewa.

"Abang buat semua ni sebab Kak Miran kan? Abang simpan mayat dia dekat makmal betul tak?"

Riak muka Hoseok mula berubah. Tangannya perlahan jatuh ke bawah. Namun Jieun menangkap tangan Hoseok lalu digenggam erat.

"Jangan abang. Tolong jangan. Abang sayang Kak Miran kan, tergamak abang jadikan dia bahan ujikaji abang?" Soal Jieun selembut-lembut sutera putih.

Hoseok terdiam lalu melarikan pandangan. Laju sahaja matanya dipenuhi air mata, terus didongak melihat langit gelap yang hanya terang dengan cahaya bulan.

"Andai satu hari, tuhan sayangkan adik abang ni. Jung Jieun dengan rela, nak serahkan semuanya pada abang. Tunaikan segala permintaan Malise Jung. Jieun pasti lepas semua ni jadi, everything gonna be perfect as your wish and that time i wanna you know that i love you than myself, professor." Peha Hoseok ditepuk sekali.

Perlahan kepala Hoseok bergerak ke arah wajah ceria Jieun. Mutiara-mutiara jernih hangat membasahi pipi merah Hoseok sendiri.

"No, its not—"

Katanya ditepis laju oleh Jieun.

"Janji! Ini permintaan terakhir adik. Abang takkan hidup dalam kekusutan dan adik boleh pergi dengan tenang. Percayalah." Pujuk Jieun sambil merenung dalam kedua iris abangnya yang berkilat dengan air mata.

Hoseok terus mendakap tubuh genit Jieun dan melepaskan semua tangisan yang terpendam. Kehilangan Miran bersama anak yang dikandung amat terkesan dalam hidupnya. Namun dia juga tak sanggup merelakan adik yang jiwa mulia ini pergi dulu dari dia.

Jieun hanya melebarkan senyuman sambil mengusap belakang Hoseok. Dia tahu segala ini akan menjadi takdir dalam hidupnya. Niatnya mahu semua orang yang disayangi hidup bahagia andaipun dia mati adalah satu syaratnya.


|| V O M M E N T S 🖤 ||

Hm, min terharu dengan watak Jieun pegang.
Kind hearted dia tahap dewa!
Sedihla , apa kata korang ?

HUMANOID ' JJKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang