H-09

35 6 0
                                        

-———————— ———————-

HUMANOID : 09
— Operation Cod Red

  -——————🔺ENJOY🔻—————-

Malise berlari diruang wad yang sunyi hanya ditemani cahaya malap. Matanya yang bercahaya bersama riak kosong memberi maksud tersirat.

Pintu pejabat Jung Hoseok diceroboh oleh gadis itu tanpa serbasalah. Kerusi putih di hadapan meja kerja ditolak kebelakang sambil merampas tetikus membuka email Jung Hoseok sendiri.

From LeeIU_25

Jari telunjuk Malise menekan tetikus dengan pantas pada email yang dihantar oleh Ji eun sehari yang lalu.

Terpapar thumbnail Jieun tersenyum indah duduk dibangku dalam wadnya sendiri. Butang play ditekan.

" hai,malise. Bila awak tengok video nih maksudnya segalanya akan berubah sekelip mata dan saya tiada di dunia ni."

Malise melabuhkan punggung di kerusi putih tadi sambil telinga setia mendengar suara Lee Ji eun yang bergema di corong pembesar suara.

" saya amanatkan pada humanoid kod 001 Alita untuk menjadi pasangan Jeon Jungkook. Saya serah jasad dan memori sepenuhnya pada awak, harap Mal kendalinya dengan bijak dan baik. Jeon Jungkook bukan seorang lelaki yang manja semata-mata. Dulu, dia adalah lelaki sejati yang melindungi setiap orang yang dia sayang macam superman tapi dia lagi super! Nanti awak akan tau juga."

Mata Malise melihat gadis di dalam video itu tersenyum dalam tawa kecilnya. Begitu unik sifat dan mentaliti manusia. Mampu memberi  berlainan reaksi dalam satu masa.

"Jaga Jungkook dan Daddy Jung baik-baik ye?"

Tayangan sudah berakhir. Namun hati Malise bagai berdolak-dalih untuk memikul tanggungjawab ini.

Kringg!

Telefon meja mula berdering melenyapkan segala fikiran yang serabut dalam otaknya. Malise terus menarik gagang telefon lalu ditekap pada telinga.

"We dont have much time. Ppali, we have operation red code."

###

Tubuh Jungkook diikat dengan kemas pada kerusi dekkan tindakan agresif Jungkook yang hingga kini masih sama.

"L-lepaskan aku lah! Aku nak tengok Jieun! Tolonglah!" Jerit Jungkook menggegar seluruh ruangan dingin bilik pembedahan.

Hoseok akan mengetuai pembedahan ini. Dia menyarung sarung tangan kedua-dua tangannya juga lengkap dengan pakaian khas untuk pembedahan tersebut. Topeng muka ditarik menutup separuh wajahnya.

Picagari diangkat lalu menyedut cecair dari botol kecil. Cecair kuning mula memenuhi picagari. Hoseok mula mengatur langkah mendekati Jungkook bersama picagari ditangannya.

Jungkook melihat figura bersama picagari dengan penuh kegelisahan. Traumanya terhadap doktor yang sering bertindak ganas pada dirinya menghantui fikirannya.

"Jauh dari aku, setan!" Tempelak Jungkook.

Hoseok mula menolak kuat bahu Jungkook baring ke katil begitu pembantunya menahan lelaki itu dari banyak bergerak.

"Theres no way to run from me, Jungkook. Cukup kau rampas semuanya. You deserve right." Kata Hoseok.

Pandangan Jungkook kebetulan bertemu permukaan dinding kaca dihadapannya. Sekujur tubuh berdiri bersama deraian air mata walhal wajahnya sikitpun tak beriak.

"Malise, tolong aku arkh—"

Jarum halus mula terbenam di permukaan kulit leher Jungkook. Perlahan cecair ditolak memasuki pembuluh darahnya. Perlahan kelopak mata Jungkook terkatup.

Malise mula membelakangi dari memerhati Jungkook yang kaku. Perlahan jarinya menyentuh pipi yang basah. Cecair jernih di hujung jari ditenung lama.

"Tak mengapa sakit sekarang, Jungkook. Kita akan rasa sakit sama-sama then kebahagiaan milik kita juga, Jung. Welcome back, Jung."

Setelah kian lama, bibir Malise tersenyum lebar dan tampak bahagia. Tinggal selangkah sahaja sebelum dia dapat apa yang dia mahukan.

|| vomments ||

HUMANOID ' JJKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang